Gerobok Rezeki di Masjid, Surau dan sekolah di seluruh negeri Johor - Cerita Ita                                                             Gerobok Rezeki di Masjid, Surau dan sekolah di seluruh negeri Johor Langkau ke kandungan utama

Gerobok Rezeki di Masjid, Surau dan sekolah di seluruh negeri Johor

Gerobok Rezeki di Masjid dan Surau seluruh negeri Johor

assalamualaikum semua, sukanya aku baca tajuk berita hari ni..  dalam pada kita semua seluruh dunia berperang melawan dengan wabak Covid 19 ni tentunya terdapat golongan yang sedang kesusahan dan kesempitan dalam hidup akibat kehilangan pekerjaan atau orang tersayang..  

gerobok rezeki di masjid dan surau di seluruh negara
Contoh gerobok rezeki di SKTDA


di sebalik kesulitan disebabkan wabak penyakit ni ada banyak hikmah kebaikan yang muncul..  antaranya inilah dia..  peluang untuk bersedekah dan beramal kepada golongan yang memerlukan.. peluang untuk meraih sebanyak mungkin bekalan untuk dibawa ke negeri abadi..  bukan hanya sesama Islam yang bersedekah tetapi semua agama dan bangsa juga.. suka betul aku tengok budaya ni..  


bermula dengan bermacam kisah sedih yang kita dengar..  ramai yang terkesan dengan hutang dan kesempitan hidup sehinggakan ada yang mengambil jalan singkat untuk membunuh diri..  berita terkini kes bunuh diri dah jadi viral di sana sini.. ini berita yang sangat sedih..  cukuplah dengan kadar kematian disebabkan oleh Covid19 ini setiap hari yang cukup membuat hati hancur..  janganlah pula ditambah dengan berita kematian disebabkan bunuh diri..  minta dijauhkan semua ini dari rakyat Malaysia.. 


sebelum ini bantuan hanya digerakkan oleh badan kebajikan atau NGO tertentu sahaja..  tetapi selepas tu timbul pula viral bendera putih yang diwujudkan untuk membantu semua yang memerlukan tetapi tidak mampu meminta atau malu untuk meminta-minta.. syukurlah dengan ini ramai keluarga dapat dibantu.. ada yang sebenarnya telah bertahan selama berbulan-bulan tanpa bekalan makanan yang cukup..  ada yang sudah makan hanya untuk hidup dengan berkongsi apa saja yang tinggal..  

Gerobok rezeki di SKTDA

gerobok rezeki di masjid dan surau johor
Gerobok rezeki di SKTDA



kemudian bantuan untuk yang memerlukan ini juga dikembangkan dengan kaedah sumbangan bakul makanan oleh wakil rakyat..  sumbangan oleh masjid dan surau seperti tajuk berita hari ni.. mana-ma individu yang memerlukan boleh ambil keperluan di mana-mana masjid dan surau di seluruh negeri Johor.. bukan hanya untuk orang Islam sahaja.. juga telah digerakkan gerobok rezeki ini di kebanyakan sekolah-sekolah dalam Malaysia..  antaranya sekolah anak-anak kami di SK Taman Damansara Aliff..  gambar pertama dan kedua yang aku tunjuk kat atas tu adalah gerobok rezeki yang ditubuhkan oleh pihak sekolah..  sesiapa boleh menyumbang dan mengambil jika perlu.. terima kasih warga SKTDA.. 


Terima kasih buat semua tenaga kerja yang terlibat dalam aktiviti seperti ini walau di mana pun kalian..  walau sebesar mana sumbangan kalian..  sesungguhnya ini membuktikan Malaysia tentu mampu mengharungi dugaan wabak ini sehingga ianya berakhir..  selama ini hanya mampu baca berita seperti ini di negara besar seperti di Jepun ketika dilanda bencana..  tapi kini aku sangat bersyukur aku berada di Malaysia..  subhanallah..  rakyatnya sangat prihatin terhadap nasib orang lain..  semoga Allah merasa kasihan di atas usaha sedikit kita ini dan terus mengangkat wabak ini dari bumi.. amin.. 


Ceritaita.





Ulasan

  1. Alhamdulillah, samalah kita berkongsi rezeki

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan.. syukur.. rezeki kita yang lain juga dapat terlibat..

      Padam
  2. Alhamdulillah.. semoga cara ini dapat meringankan beban ujian mereka yang memerlukan bantuan sebegini.

    BalasPadam
  3. Semoga dapat meringankan beban mereka yg memerlukan.. sedih dgar kisah2 yg lalu kat timeline.. nak bantu kdg tak mampu.. Hanya doa saja huhu

    BalasPadam
  4. semoga usaha ini dapat bantu yg memerlukan

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...