Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali - Cerita Ita                                                             Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali Langkau ke kandungan utama

Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali

Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali


Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali
Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali



assalamualaikum semua, hari ni aku luangkan masa dengan anak-anak bereksperimen.. main ujikaji sains sikit la bagi otak berkarat ni berkilat semula.. sambil-sambil tu kita bagi anak-anak bermain dan otak mereka berfikir sikit.. yang bestnya kali ni kita main dengan benda yang bebudak suka.. nak tau apa tak? main ujikaji dengan sabun.. tapi ni kali bukan dengan sabun biasa-biasa ya... kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali.. 

Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali
Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali


kenapa kami nak buat ujikaji ni? sebabnya dah ada banyak sabun antibakteria di pasaran yang dikeluarkan sekarang ni tapi pernah ke kita tau yang sabun tu semua adalah sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan tidak membahayakan anak-anak? bila si kakak husna baru -baru ni kena gatal-gatal sampai terpaksa kami bawa dia ke klinik untuk dapatkan rawatan dan Doktor nasihatkan kakak supaya tidak menggunakan sabun ketika mandi.. terus buat kami sedar mungkin ada kandungan sabun yang biasa kami gunakan tu tak sesuai untuk kulit kakak yang masih lagi dikategorikan sebagai kulit kanak-kanak.. 

pH kulit normal
pH kulit normal


kalau ikutkan pun pH normal kulit kita adalah antara 4.7 hingga 5.75.. jadi kalau kita tergunakan sabun yang mempunyai pH yang lebih dari ini dan terlampau beralkali ianya mungkin akan bawa masalah pada kulit.. jadi sesuai ke kalau benarkan kana-kana gunakan sabun antibakteria biasa untuk dewasa yang berada di pasaran? dan kali ni kami diberi misi luar biasa ni sebagai EJEN RAHSIA haha..  kami diminta buat ujikaji menguji menguji sabun dewasa dan sabun Carrie Bacbuster with Ejen Ali ni menggunakan kertas litmus... menarik kan? ada jugak aku rakam hasil kerja abg chik tadi.. nanti dah siap aku tunjuk la.. tapi sebab tak sabar aku cerita dulu kat sini hasilnya.. 

Kami cuba ujikaji dengan sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash With Ejen Ali

bahan ujikaji
satu bekas belah kanan sabun Carrie Bacbuster dan belah kiri sabun dewasa



macamana kami buat uji kaji ni tadi? kami sediakan 2 bekas yang berisi sabun Carrie Bacbuster with Ejen Ali dan satu lagi bekas dengan sabun dewasa.. kami letakkan kertas litmus ke dalam kedua-dua bekas dan biarkan selama 5 saat dan kemudian kami bandingkan kedua-dua kertas dengan ukuran yang disediakan.. dan hasilnya.. kertas litmus pada sabun dewasa berubah menjadi warna hijau  ke hijau gelap yang mana pHnya diantara bacaan 7 ke 8 iaitu beralkali dan warna kertas litmus pada sabun Carrie Bacbuster tidak berubah yang mana pHnya berada pada bacaan 5 ke 6 iaitu neutral!

hasil ujikaji
hasil ujikaji

hasil kajian
hasil kajian


hasil ujikaji ni tadi menunjukkan sabun antibakteria dewasa yang kami gunakan sekeluarga selama ni sabun yang beralkali dan rupanya tidak berapa sesuai untuk kulit.. kalau orang dewasa mungkin oklah tapi kanak-kanak mungkin akan ada masalah macam si kakak.. kakak ni dulu kalau salah sikit je dengan diaper dia memang cepat ada reaksi pada kulit dia.. dan dari hasil ujikaji ni jugak menunjukkan yang sabun Carrie Bacbuster Hand and Body Wash with Ejen Ali sabun sesuai buat untuk kank-kanak sebab ianya adalah neutral dah tidak mengubah warna kertas litmus sedikit pun.. 

sabun selamat untuk kanak-kanak dan bayi
kertas litmus Carrie Bacbuster yang tidak berubah warna


jadi kalau sesiapa yang ada anak yang mengalami alahan kulit terhadap sabun yang ada di pasaran tapi dalam masa yang sama nak cari sabun antibakteria bagi melindungi anak-anak, boleh la mencuba sabun Carrie Bacbuster ni.. dengan formulasi boleh menghapuskan 99.99% bakteria dan 5X lebih lembut pada kulit berbanding sabun dewasa.. semoga hasil ujikaji yang kami buat ni membantu ibubapa di luar sana untuk membuat pilihan lebih baik ya.. 

Ceritaita

Ulasan

  1. wah bagus ni dah ada result experiment so boleh tau la mana yg elok utk kulit kita dan family kan

    BalasPadam
  2. ya betul juga...perlu berhati-hati dengan penggunaan sabun mandi.

    kalau tidak naya juga jadinya

    BalasPadam
  3. ada dapat handwash ejen ali tu as free gift..tak pernah guna pun lagi

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...