Resepi Bubur Kacang Hijau Durian Paling Mudah, Senang dan Sedap
assalamualaikum semua, hujung minggu baru ni aku ada buat bubur kacang hijau durian.. teringin dah lama dah sebenarnya.. kali ni baru termakbul.. itupun lepas jumpa durian murah di jb ni.. kalau nak ikutkan ini bukan kali pertama aku buat bubur kacang hijau.. dah banyak kali jugak.. tapi selalu buat macam tak berapa nak jadi la jugak.. kali ni ntah kenapa sedap betul rasa kat tekak bubur kacang hijau durian kali ni..
Resepi Bubur Kacang Hijau Durian Paling Mudah, Senang dan Sedap |
tu yang terasa pulak nak kongsikan dengan korang macamana aku buat bubur kacang hijau durian kali ni.. setelah mengikut beberapa petua dan cara aku rasa macam cara ni lagi mudah dan cepat.. sedap pulak hasilnya tu..
dulu-dulu memang aku tak pernah belajar betul-betul la nak masak bubur kacang hijau durian ni sebenarnya.. lepas tu bila dah belajar sikit-sikit tu aku cuba la buat.. ada yang kata kena rendam dulu kacangnya nak bagi lembut dulu baru boleh masak.. ok jugak cara ni tapi lama betul nak menunggunya 😅.. jenis orang tak berapa sabar macam aku haruslah mencari resepi bubur kacang hijau durian yang paling mudah, cepat dan sedap..
ada jugak yang ajar guna pressure cooker.. ada dalam percubaan jugak ni.. ada masa kering je dalam tu tak lembut jugak... hahaha.. ada masa yang lembut tapi tak menetapi citarasa la pulak sebab dah jadi terlebih hancur.. kira dah macam tak rupa kacang dah bila dikacau.. kecewa habis la masa ni.. aku teringin nak cari yang masih rupa kacang tapi lembut.. dan akhirnya cara yang ni menjadi nampaknya.. meh la kita kongsikan resepinya jom!
Resepi Bubur Kacang Hijau Durian Paling Mudah, Senang dan Sedap
Bubur kacang hijau sedap |
tu dia... sikit punya panjang tajuk.. hahaha
Bahan-bahan
1 kg kacang hijau
1 liter santan pekat
2 cawan gula merah (dimasak dulu dengan daun pandan dan tapis)
3 sudu gula pasir
1 sudu teh garam
1 inci halia
2 helai daun pandan
Air secukupnya
Cara-cara
1. Basuh kacang hijau dan toskan.
2. Sangai (goreng tanpa minyak) kacang hijau sampai kering airnya.
3. Masukkan dalam periuk berisi air 2 kali ganda dari sukatan kacang hijau, didihkan air dan matikan api. Biarkan kacang berada dalam air panas ni selama sejam. Lepas tu kacang dah kembang dan kemudian dah boleh masak bubur anda.
4. Tambahkan air gula merah, gula pasir, halia, garam dan daun pandan dalam periuk berisi kacang hijau, tambahkan juga air.
5. Bila dah mendidih, boleh masukkan santan perlahan-lahan dan kacau rata.
6. Tunggu sehingga santan mendidih dan masukkan durian dan kacau rata.
7. Rasa dulu bubur dan boleh matikan api jika rasa dia dah cukup manis dan lemaknya.
8. Boleh la dihidangkan.
Korang kalau dah ada cara lain untuk masak bubur kacang hijau durian ni dan taknak guna cara aku ni ok je.. pasal aku pun bukan pandai masak sangat pun.. haha.. aku ni pun cuba pelbagai cara untuk pastikan dapat cara uang sesuai dan kena dengan selera kami anak beranak.. selamat mencuba!
Ceritaita
Pertama kali ni dengar kacang hijau kena sangai dulu.. nanti nak try buat. Terima kasih ya resepinya.
BalasPadamsedapnya.. aku baru buat 2 hari lepas.. alang2 musim doyan ni kan
BalasPadam