Resepi Vadei yang mudah
Assalamualaikum semua, hari ni tetiba rasa nak buat sendiri kuih vadei kegemaran ni.. selalunya beli je.. bila dah PKP ni asyik payah je rasa nak pegi kedai semua tu.. jadi kita buat je la sendiri.. resepi vadei ni senang jugak rupanya.. itu pun lepas aku terjumpa kat facebook resepi vadei yang mudah nak buat tu yang laju-laju suruh shah beli kacang dhal.. ala kacang dhal beli kat kedai eco je pun.. rm2.10 boleh dapat 43 biji yang sedang-sedang.. boleh la kan..
Resepi Vadei yang mudah |
eh korang tau tak Eco Shop ni ada jual barang online jugak? kalau yang rasa tak selamat nak pergi dan beratur ramai-ramai kat Eco shop tu elok la beli online je kat https://shp.ee/gumwvzb ..
kaki pun tak penat berdiri.. order je tau-tau barang terus sampai rumah.. kalau ada nak menyumbang kat keluarga atau sesiapa pun boleh sesiap order minta hantarkan ke alamat yang korang nak.. senang benar guna link https://shp.ee/gumwvzb je.. selesai!
ni haa semua yang dapat dari adunan bahan di bawah |
Vadei ni ada yang panggil masalodeh jugak.. aku pun tak berapa tau nama sebenarnya.. tau panggil vadei je la.. ni kuih masyarakat India asalnya tapi dah nama satu Malaysia ni semua benda la kita kongsi.. terutamanya makanan.. itu yang paling best jadi rakyat Malaysia.. eh jom tengok Resepi Vadei yang mudah ni..
Resepi Vadei Yang Mudah
Senang je wei nak buat..
Bahan-bahan
1 plastik kacang dhal beli kat Eco Shop https://shp.ee/gumwvzb... aku lupa nak tengok berapa gram 😆 (rendam semalaman.. aku rendam pagi malam kisar simpan peti ais.. esok paginya baru buat..)
4 tangkai cili kering (gunting halus dan rendam kejap bagi lembut)
4 tangkai cili padi (gunting halus jugak)
4 tangkai daun kari (gunting halus jugak, kalau suka rasa daun kari banyak bubuh banyak pun ok)
1 biji bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih (kisar @ tumbuk)
1 inci halia (kisar @ tumbuk)
1 sudu besar jintan manis @ jintan kasar (kisar @ tumbuk)
1 sudu besar jintan manis @ jintan kasar (sangan @ goreng atas kuali tanpa minyak)
3 sudu teh garam
1/2 sudu teh ajinomoto
Minyak untuk menggoreng
bahan yang telah dicampurkan dan disebatikan |
Cara-cara
1. Rendam kacang semalaman dan kisar tanpa air sampai hancur. Asingkan dalam 2 sudu besar yang tak dikisar untuk dapatkan kesan khas rupa kacang dhal dalam vadei yang dah siap nanti 😆
2. Campurkan kesemua bahan yang disenaraikan di atas ke dalam kacang dhal yang dah dikisar kecuali minyak untuk menggoreng tu.. Janganlah minyak tu dicampurkan sekali.. minyak tu nak guna kemudian..
3. Gaul rata kesemua bahan dengan rata. Guna tangan pun ok. Kalau was-was pakailah glove. Aku guna tangan gitu je pasal nak jampi serapah suami dan anak-anak lebih senang guna tangan gitu je.. eh 😜
4. Biarkan kejap adunan dalam 10-15 minit.
5. Bentukkan adunan menjadi bulat dan leper.
adunan telah dibentuk |
6. Goreng dalam minyak yang panas dengan api sederhana. Menggoreng ni memerlukan kesabaran kerana agak lama sikit. Kalau api kuat yang dalam tak masak dan luar garing sangat sampai jadi keras.. Jadinya api sedang dan biar dia masak sempurna.. Bila dah kekuningan sebelah tu barulah dipalingkan sebelahnya lagi..
7. Siap untuk dihidangkan..
Vadei ni pertama kali aku buat tapi nampaknya senang je rupanya.. lainkali aku nak cuba tambahkan rempah kari pulak bagi rasa dia ada pedas-pedas kari sikit.. lepas tu nak asingkan yang pedas tu nak tambahkan cili padi pulak ke kan.. bagi lagi terangkat rasa dia.. Satu lagi tips.. kalau korang nak rendam lama kacang tu lebih dari 5 jam dinasihatkan untuk basuh dan ganti airnya ya.. selamat mencuba resepi vadei yang mudah ni!
Dah siap goreng garing |
Ceritaita
sedap makan sambil tgk tv. tak sedar duk menyuap kan. hihi
BalasPadamsalam singgah
BalasPadamwahhh suka ni
mkn panas , garinggg mabelesss
suka makan kuih masalodeh ni. sedap :)
BalasPadamnampak mcm senang je. kena try buat jugak ni.. terima kasih share resepi
BalasPadamSamaaaa! Favorite jugaaa vadei niiii <3
BalasPadamtq ita share resepi aku x penah buat sendiri vadei
BalasPadam