Terjumpa Penjual Kerang, Kupang, Kijing, Kepah dan Remis di JB
assalamualaikum semua, hari ni hari cuti lagi di Johor ni.. Kat Johor ni kan cuti Jumaat dan Sabtu jadinya biasa aku ambik kesempatan pergi ke pasar pada setiap hari Sabtu.. Kadang-kadang aku pergi hari Jumaat untuk tambah stok barang basah untuk dapur dan apa yang patut.. kesempatan pulak diambil baru ni sebelum PKPD bermula di Selangor dan Kuala Lumpur..
Terjumpa penjual kerang, kupang, kijing, kepah dan remis di JB |
Mesti ada yang tanya kenapa di Selangor dan KL yang PKPD tapi di selatan atau di Johor ni yang sibuk panik berbelanja kan? sebabnya dari pengalaman yang lepas masa Pasar Borong Selayang kena PKPD, semua harga bahan basah termasuk ikan melambung tinggi harganya.. semua bagi alasan sukar dapatkan bekalan.. jadi kali ni PKPD seluruh Selangor dan KL apatah lagi kan.. mesti alasan sama digunakan..
Jadi sebelum terjadi elok la kami berjaga-jaga.. ramai orang kat rumah ni.. karang susah kalau semuanya tak ada.. memang la anak-anak setakat ni tak banyak kerenah.. mereka boleh je makan apa saja pun.. tapi sebagai ibubapa tentunya nak anak makan makanan yang berzat dan kalau hari-hari yang sama je tentu jemu juga..
Terjumpa penjual kerang, kupang, kijing, kepah dan remis di JB
Kami pergi ke 2 pasar pada hujung minggu baru ni.. Pasar di @mart dan Pasar Dahlia.. masa dalam perjalanan ke Pasar Dahlia tu aku ternampak orang jual Remis di tepi jalan.. kedudukannya betul-betul di hadapan SK Taman Cempaka.. disebabkan kami lama tak makan remis.. aku minta la shah berhenti tanya harga.. kali terakhir kami makan masa datang ke Kuala Selangor dengan adik aku dulu.. lama dah tu.. tahun 2016 @ 2017 kalau tak salah..
Ada bermacam jenis kerangan |
Bila dah turun tanya harga tu.. alang-alang aku tanya je la semua yang sedang dijual.. yang jual ni agak pemalu.. aku minta izin ambik gambar tapi dia lari pulak.. haha.. tapi dia bagi juga kad dia.. namanya Mohammad Fikri.. dia ni juga penjual insuran.. setiap hari akan berniaga kupang, remis, kijing, kepah dan kerang di lokasi yang sama bermula jam 10 atau 11 pagi hingga jualan habis.. kalau tak habis sampai 5 atau 6 petang dia akan ada situ..
Mujur yang sorang tu supporting |
Harga berpatutan.. harga remis masa aku tanya RM6 sekilo.. kerang pun jauh lebih murah dari pasaran.. kalau di pasar jejak RM16-18 sekilo tapi dengan dia cuma RM13 sahaja sekilo.. tapi kami cuma beli remis.. itu pun masih belum masak lagi.. belum fikir lagi resepi apa yang sedap dan sesuai untuk anak-anak makan..
nombor telefon penjual |
Kalau sesiapa yang berhajat nak beli kerangan ni jugak boleh la berkunjung ke gerai jualan yang terletak berhadapan dengan Sekolah Rendah Taman Cempaka.. korang waze je nama sekolah tu atau cari di Google Map.. aku kongsikan la sebab ada yang tanya kat komen bawah tu.. https://goo.gl/maps/h6Tf9wk32eD3M8vP7 .. klik je link tu untuk tuju sekolah tu ya.. brader ni jual betul-betul depan sekolah.. eh kalau nak call dulu tanya stok pun boleh.. ini nombor telefonnya.. Mohammad Fikri 011 -39695652..
Ceritaita
Kijing tu kita tataw, kijang tau laaa..
BalasPadamKat rumah ni kurang sikit kerang-kerangan, tapi kalau dekat nak jugak dtg beli
keke.. kita pun selalu orang tua je sebut tapi tak kenal.. tapi nampak sedap dan banyak isi kak.. next time nak try beli gak
PadamSekirenye boleh disharing lokasinya via Google Maps mungkin akan sangat membantu para pembaca untuk dapat berkunjung Cik. Salam kenal dari Indonesia...
BalasPadamterima kasih atas kunjungan dan maklumbalas pak.. telah diupdate..
Padamdah lama x makan species kerang, etak, kepah, lokan, dsb. Sesekali teringin nak makan benda ni. TQ sbb sudi exchange blog list ye?
BalasPadamwow puas hati boleh beli mcm2 kat gerai ni kan ita.. baru tau pkpd selangor kl rupanya kat johor pun affacted ye
BalasPadamYang lain pernah makan tapi kijing tak pernah...macam nak cuba lah...tak tahu sini ada tak sebab rare ni
BalasPadamAssalamualaikum Puan Dr. Rozita terima kasih kerana kongsi cerita dan rezeki bersama. Semoga rezeki Dr. Berpanjangan dan berkat dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan baik.
BalasPadamAssalamualaikum Puan Dr. Rozita terima kasih kerana kongsi cerita dan rezeki bersama. Semoga rezeki Dr. Berpanjangan dan berkat dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan baik.
BalasPadam