Syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan - Cerita Ita                                                             Syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan Langkau ke kandungan utama

Syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan

Syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan

Assalamualaikum semua, korang sihat ke? hari ni aku nak kongsikan pengalaman kami sekeluarga berbelanja di Jalan Jalan Japan dalam entri syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan.. apa tu Jalan Jalan Japan? eh kalau aku tulis mesti ada yang nak tanya apa benda la yang aku sebut ni.. Jalan Jalan Japan ni sebenarnya adalah pusat perniagaan barang-barang terpakai dari Jepun yang dikumpulkan dan dijual semula di Malaysia melalui premis yang berada di Malaysia.. di Malaysia tau.. bukan di Jepun walaupun namanya Jalan Jalan Japan.. 

Syoknya berbelanja di Jalan Jalan Japan

Tapi serius la.. masa aku menulis ni pun boleh tersenyum lagi tau sebab membayangkan seronoknya berbelanja kat sini.. kiranya kalau korang masuk tu kalau setakat nak luangkan masa sejam tu memang tak cukup la.. sebab kami pergi sini paling kurang pun 3 jam.. itu pun tak cukup jugak nak pusing tengok semua barangan yang ada dijual kat sini.. 

Jalan Jalan Japan di KIP Mall Masai

Kalau ikutkan Jalan Jalan Japan ni ada beberapa cawangan.. lebih kurang 8 cawangan yang dah ada di seluruh negara.. setakat ni cawangan Jalan Jalan Japan ni dah ada di JJJ One City Sky Park, USJ, JJJ 1 Shamelin Mall, Cheras, JJJ CenterPoint Seremban, JJJ M3, Gombak, JJJ KIP Mall Bangi, JJJ Lotus's Rawang, JJJ KIP Mall Masai, JB, dan di JJJ Lotus's Seberang Jaya.. banyak kan? yang kami pergi baru ni ialah cawangan di JJJ KIP Mall Masai di Johor Bahru.. cawangan di KIP Mall Masai ni dah dibuka sejak 25 Mei 2021.. rugi la baru tau sedangkan dah lama buka.. semua cawangan ni dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.. kecuali cawangan di Seberang Jaya yang hanya dibuka sehingga jam 9 malam.. 

ini sebahagian dari gambar dari hadapan JJJ.. dalam tu lagi banyak

Masa kami memula sampai kagum jugaklah sebab besar premisnya ni.. dan berbaloi barangan yang dipamerkan.. dan rambang juga la mata kami terutama anak-anak.. mana taknya kat sini ada berbagai ruangan barang jualan yang dipamerkan.. ada bahagian pakaian yang ada pelbagai pilihan.. dari pakaian kanak-kanak hinggalah ke pakaian dewasa.. yang paling bestnya siap dilabelkan mengikut saiz kalau untuk kanak-kanak.. kalau dewasa tu dilabelkan mengikut jenis pakaian.. harga pulak? berbaloi wei.. dari harga serendah rm5 ke atas pun dah dapat pakaian yang kualitinya sangat memuaskan..

bahagian barangan dapur dan hiasan meja

bahagian barangan bayi

bahagian pakaian

sibuk kami meninjau carseat

ada banyak lagi bahagian yang ada dalam Jalan Jalan Japan ni contohnya macam bahagian pakaian wanita, bahagian pakaian lelaki, bahagian pakaian kanak-kanak, bahagian barangan bayi, bahagian barangan dapur, bahagian hiasan meja, bahagian barangan golf dan bahagian barangan khemah dan aktiviti luar.. dalam banyak-banyak bahagian ni yang paling menarik hati kami ialah bahagian khemah dan aktiviti luar.. kami tuju yang ni dulu dalam banyak bahagian tu.. maklumlah dah berangan nak cukupkan peralatan berkhemah kami kan.. haruslah mencari kat sini.. eh ada juga bahagian kasut dan beg-beg jugak tau.. 

bahagian alat tulis dan serbaneka

pinggan mangkuk yang cantik-cantik dan unik

alat mainan

tinjau punya tinjau kami dapat capai apa yang kami nak.. kami berjaya borong 2 khemah untuk berkelah.. dan 1 beg untuk penyimpanan dan penghantaran barang.. mehlah aku ceritakan satu-satu apa je yang kami beli hari tu.. siap gambar barulah korang boleh menghayati apa yang aku tulis kan? karang korang membayang jadi lain pulak kang.. haha.. bukan tak tau minda korang tu haa.. heppp.. 

Bahagian khemah dan aktiviti luar 



meja portable yang kami dapat

ok item pertama yang kami dapat ialah meja portable ni sebenarnya.. dah senang hati masa dapat.. lama dah tinjau.. harga pun ok.. sekali bila staff bantu bukakan.. alamak.. patah pulak kakinya.. jadi kami tak jadi la beli.. kemudian kami cari khemah pulak.. jumpa yang satu ni.. menarik rupa dan harganya juga.. bila staff bantu pasangkan wah.. terus setuju ambik je la.. sayang terlepas.. lepas ni nak berkelah di tepi pantai senanglah ada khemah macam ni.. tak panas dan selesa nak letak makanan atas tu.. 

khemah ni harganya rm40 je.. berbaloi kan..

barang kedua yang kami dapat ialah khemah juga.. khemah yang ni.. juga khemah untuk berkelah.. yang ni nampaknya lebih kukuh sebab boleh pacakkan atas tanah supaya tak bergerak.. menarik! kenapa kena ada 2? sebab kalau ada keluarga besar senang semua boleh sama-sama berkelah kan.. pasang 2 ni sebelah menyebelah dan boleh makan-makan dan berehat dengan selesa.. nanti kami balik Kuantan dah berangan nak berkelah jugak ni.. bolehlah kami pasang dan tunjuk nanti ok.. hehe.. tak sabar..

khemah kedua rm40 juga.. dan terbayang ada makanan terhidang belah dalam tu.. 

staff sangat bagus melayan kami memilih dan mencuba satu persatu.. terbaik staff JJJ!

ada jugak khemah kami dapat dan minta staff cuba pasangkan aritu.. khemah comel macam kat gambar bawah ni.. masa cuba pasang terus Adam semangat duduk dalam tu.. memang best tengok.. tapi sayang pulak batang besinya dah patah pulak.. dalam masa yang sama Adam jumpa mainan pistol tu dan minta staff pasangkan bateri untuk cuba samada mainan tu ok atau pun tidak.. dan tengoklah senyuman pada muka Adam bila pistol tu berjaya berbunyi.. suka betul dia.. hehe.. sayangnya khemah ni kami tak jadi ambik.. 

bahagia dia duduk bawah khemah macam dia punya.. haha

tak dapat beli ada kenangan jadilah

bagus staff melayan Adam ni.. suka dia benda tu berbunyi



lihatlah senyuman Adam tu.. Adam memula pakai mask tapi lelama ntah mana masknya

barang lain yang kami beli ialah beg simpanan ni.. kalau ikutkan beg ni selalu yang rider hantar makanan gunakan dan dah lama jugak kami nak cari.. maklumlah shah kan jual air.. sebelum ni shah gunakan kotak polisterin je kalau buat penghantaran.. sekali jumpa ni apa lagi terus grab la.. nak tau harganya? cuma RM20 je untuk beg ni tau... dah ianya masih elok macam baru! pembelian yang sangat berbaloi bagi kami.. 

Beg delivery RM20

Berbaloi sangat kan? puashati dapat ni..

ada juga kami belek permainan untuk anak-anak.. antaranya set Bingo ni.. cuma RM3 harganya.. sangat berbaloi.. kami berjaya habiskan masa bersama keluarga dengan lebih baik.. anak-anak pun suka.. ada la beberapa barangan mainan anak-anak yang kami beli.. soft toy pun banyak sangat pilihan.. harga pun berbaloi dengan pembelian.. 

sibuk layan abg long memilih

hadi dengan adam dah buat dunia dia masing-masing

Limited edition punya dia simpan dalam kaca ni.. kena minta staff keluarkan jika berminat

kami beli set Bingo ni tanpa kertas tu.. kertas tu kami print sendiri dari online..

aku ada juga bagi peluang anak-anak untuk pilih apa yang diorang nak.. macam abg long dapat mouse pada One Piece macam kat atas ni RM2.. kakak dapat beg cantik bawah ni dengan harga hanya RM1.. ya seringgit je.. eh kami beli juga alat untuk toilet train si Adam yang harganya cuma RM2 dan RM3 je.. eh lupa pulak nak bagitau aku ada beli juga pinggan cantik.. hahaha.. biasalah mak-mak..

mouse pad one piece

beg cantik RM1

maknya yang sibuk nak beli sebenarnya.. haha

RM3

RM4

pada aku Jalan Jalan Japan ni sebenarnya menawarkan pembelian yang penuh dengan kejutan.. korang berkemungkinan jumpa item rare yang harganya sangat murah dan berbaloi.. korang juga dinasihatkan untuk rujuk staff jika nak cari barangan yang korang tak jumpa nak cari atau perlukan khidmat staff untuk pemasangan atau bantuan lain.. korang jugak boleh cuba dulu setiap barangan yang menggunakan bateri atau elektrik untuk tau barangan tu berfungsi dengan baik sebelum korang bawak balik.. bagi barangan kaca atau yang mudah pecah korang boleh bungkus dulu dengan suratkhabar sebelum korang bawak balik macam makcik bawah ni yang suka betul lepas bungkus pinggan yang dia beli.. haha.. aku la tu..

cikta yang gembira

keluarga cikta yang gembira

harus diingatkan juga yang sekarang ni kita masih lagi dalam pandemik Covid 19 jadinya korang kena lengkapkan syarat vaksinasi 2 dos dan tiada gelaja ketika nak berbelanja di JJJ ni ya.. pastikan juga guna sarung tangan yang dibekalkan dan scan kodbar waktu check in melalui MySejahtera.. sentiasa amalkan penjarakan sosial jugak ya..

lagi satu kalau korang nakkan diskaun bagi pembelian atau apa-apa info mengenai Jalan Jalan Japan atau JJJ ni korang boleh layari laman web JJJ dan facebook JJJ macam kat bawah ni untuk maklumat lanjut.. yang penting kena ingat hashtag ni #JalanJalanJapan #Hargagiler


Website : https://www.jalanjalanjapan.com.my

Facebook :  https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia


Ceritaita

Baca juga kisah cara berbelanja di IKEA DAMANSARA , kisah masalah JNT JOHOR , kebaikan BIO ESSENSE ROSE GOLD WATER , penyediaan BUAH TANGAN UNTUK ORANG MENINGGAL.





Ulasan

  1. ammi baru tau pasal JJJ ni semalam dari sorang blogger juga.
    balik Seremban nanti nak try pegilah. selalu je nampak tapi nak masuk mall tu macam tak kose pulak

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...