Hilangkan kesan dagu berlapis dengan Safi Youth Gold
Assalamualaikum semua, baru ni aku belek muka kat cermin.. dah nampak sangat rasanya kesan penuaan bila umur dah masuk 40an ni.. macam-macam la nampak.. perasan kedutan makin ketara.. lebihan lemak pun dah mula ada di merata-rata.. tu yang gigih jugak la berdiet dan buat senaman ringan untuk pastikan berat badan tak berlebihan.. tapi baru ni aku diperkenalkan dengan produk baru dari Safi iaitu Safi Youth Gold.. Yang bestnya boleh hilangkan kesan dagu berlapis dengan Safi Youth Gold.. haa teruja?
Hilangkan kesan dagu berlapis dengan Safi Youth Gold |
Sebenarnya Safi Youth Gold membawakan 2 rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal Safi Youth Gold iaitu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum dan Lifting 24K Serum Cleanser yang boleh bantu memberikan kesan ketara mengurangkan 50% kesan dagu berlapis dalam masa 15 minit je tau.. aku dah cuba serum dia yang ringan dan tak melekit bila dipakai di muka ni.. sedap la pakai sebab dia mudah menyerap.. Bonusnya ianya menganjal dan mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing & tirus dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold!
Hilangkan kesan dagu berlapis dengan Safi Youth Gold |
apa je yang ada dalam produk Safi terbaru ni? Safi Youth Gold Lifting C Duo Serum ni diformulasi dengan Teknologi Golden C-Lift , kombinasi Vitamin C & Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin C biasa.. dengan Duo Age-Coreccting Actives iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 7 untuk 7 Dimensi pembaharuan keremajaan kulit yang berfungsi untuk menegangkan kulit , meningkatkan keanjalan, melindungi kulit dari pengoksidaan, meningkatkan kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak..
semua fungsi ni kalau korang sedar memang sesuai la sangat untuk kulit yang semakin meningkat umur.. dah baiki semua fungsi kulit secara tak langsung juga ia akan bantu meningkatkan kelembapan kulit dan seterusnya jadikan kulit korang lembut je bila disentuh.. menarik kan?
Korang boleh dapatkan produk Safi Youth Gold ni di pasaran dengan harga berpatutan RM59.90 untuk Safi Youth Gold Lifting Golden C Serum dan RM19.80 untuk Safi Youth Gold Lifting 24K Serum Cleanser.. di semua rangkaian Aeon Wellness dan Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee & Lazada.
Maklumat lanjut :
Lifting Golden C Duo Serum - https://bit.ly/3izM0fm
Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj
Ceritaita
bagus utk aku ni ita.. dagu dah mula berlapis ni haha
BalasPadam