Assalamualaikum semua, baru ni aku cuti teman uruskan temujanji Hadi atau Abg Chik kat hospital.. Sebelum tu ada aku letak gambar Abg Chik atau nama surat beranak dia Hadi kat klinik.. dia ada masalah cecair keluar dari telinga kiri dia hari Khamis lepas.. jadi tiba-tiba waktu awal pagi dia kejut kami kat bilik nangis-nangis tak boleh tidur sebab telinga dia sakit.. jadi itulah permulaan dia aku bawak ke klinik..
Otitis media sakit dalam telinga Hadi |
Sebenarnya Abg Chik ni dah lama sangat dah kena Otitis Media atau sakit telinga ni.. cuma kali terakhir aku cerita dalam blog ni ialah pada 2017.. selepas tu masih ada masalah cuma tak sempat nak menulis je.. ada masa cecair dia tu cair dan rupa macam campuran darah dan air je.. tak jernih tak jugak keruh sangat.. dan ada masa cecair tu pekat macam nanah.. baunya mashaAllah takyah cakap la.. busuk sangat.. kadang kesian dia bila kena sebab dia sendiri pun tak tahan bau busuk tu dan rasa tak selesa..
Otitis Media ni apa benda sebenarnya? Marilah kita tambah pengetahuan mengenai Otitis Media..
Otitis media sakit dalam telinga |
Apa itu Otitis Media?
Otitis Media adalah sakit telinga terutamanya disebabkan oleh masalah jangkitan di telinga tengah (di belakang gegendang telinga). Dalam sesetengah kes, masalah dalam tekak atau mulut, seperti jangkitan tekak (tonsilitis, faringitis) yang disebabkan bakteria atau virus yang akan sebabkan terjadinya otitis media..
Abg Chik (Hadi) bersama adik Adam |
Dalam kes Abg Chik ni pada asalnya dia kerap kena selsema waktu dia kecik dulu.. memula dulu kami masukkan dia ke taska dari lepas pantang sampailah ke umur dia cecah setahun lebih.. tapi dia memang mudah kena selsema.. tau je la kalau budak kat taska ni.. bersilih ganti yang kena selsema.. tak baik-baik pun ada.. tapi kalau dulu kan masih belum ada penyakit macam Covid 19 ni.. jadinya ibubapa masih hantar anak ke taska dengan alasan.. cuma selsema..
lepas je kejadian telinga dia sakit dan berlakunya jangkitan dalam telinga sampai menyebabkan gegendang telinga dia berlubang terus kami hantar dia ke pengasuh pulak lepas tu.. alhamdulillah sakit telinga dia berkurangan.. ada aku ceritakan kisah sakit telinga berpanjangan Abg Chik ni.. kat entri SAKIT TELINGA..
Abg Chik masih lagi ada susulan temujanji doktor pakar ENT di HSA sebelum ni.. dan doktor ada bagi ubatan yang sesuai bila dia hadapai masalah macam ni lagi.. tapi disebabkan rumah kami kena banjir baru ni semuanya dah rosak.. dan susulan temujanji pun dah terlepas.. itulah sebabnya kami kena susunkan semula bila dah tinggal di Kluang ni..
Malangnya tak sempat nak susun jadual nak ke klinik, sakit telinga Abg Chik muncul lagi.. kali ni cecair tak berapa nak keruh dan cair keluar.. sampai menitik-nitik.. kena pulak sumbat telinga dengan tisu waktu nak dapatkan rawatan di klinik dan hospital..
Tapi ini lebih baik dari kena sedut sebab cecair yang ada dalam telinga tu pekat seperti nanah.. dah beberapa kali juga telinga Abg Chik kena sedut atau di hospital mereka selalu panggil keadah rawatan ni ialah suction.. sampaikan jadi trauma dah dia..
gegendang telinga berlubang dalam telinga Hadi |
Telinga Abg Chik ni dan tahap berlubang dah sebenarnya.. sebelum ni doktor tak cadangkan untuk tutup gegendang telinga yang berlubang tu sebab ada masanya lubang tu boleh tertutup sendiri.. pernah juga lubang tu tertutup elok dulu tapi terkoyak semula sebabkan kena jangkitan otitis media sekali lagi.. yang kami perasan setiap kali dia naik ke sekolah dalam masa yang agak lama akan dedahkan dia kepada jangkitan berulang kali..
Bekalan ubat untuk sakit telinga |
Untuk kali ni doktor berikan ubat titis telinga yang boleh digunakan hanya untuk jangkamasa pendek sehingga 5 hari je kemudian berhenti guna (yang ni dapat di klinik) dan ubat spray hidung Nasonex untuk elakkan jangkitan selsema kembali berulang.. ada juga ubat pil Loratadine jika ada demam boleh makan bila perlu.. doktor juga nasihatkan supaya sumbat telinga dengan penyumbat telinga bila nak mandi atau terdedah kepada air..
Doktor masukkan juga nama Abg Chik dalam senarai nama untuk prosedur rawatan seterusnya nanti untuk tutup lubang dalam telinga dia.. semoga dipermudahkan kesembuhan buat Abg Chik.. kesian bila dia terpaksa cuti sekolah berkali-kali dan ketinggalan pelajaran disebabkan sakit dia..
Ceritaita
Kesiannya abang chik, semoga dia cepat sembuh.
BalasPadamsemoga abg chik kembali sihat
BalasPadam