RichWorks berkongsi 10 cabaran perniagaan pada tahun 2022 - Cerita Ita                                                             RichWorks berkongsi 10 cabaran perniagaan pada tahun 2022 Langkau ke kandungan utama

RichWorks berkongsi 10 cabaran perniagaan pada tahun 2022

RichWorks berkongsi 10 cabaran perniagaan pada tahun 2022

Assalamualaikum semua, aku pernah dengar pasal RichWorks ni dah bertahun lamanya.. sejak aku masih duduk di Kuantan lagi.. pernah menghadiri seminar percuma yang dianjurkan oleh Syarikat RichWorks ni pada masa tu.. aku akui RichWorks membuka mata kami pada waktu tu.. 

RichWorks berkongsi 10 cabaran perniagaan pada tahun 2022
RichWorks berkongsi 10 cabaran perniagaan pada tahun 2022


cuma kami masih belum ada rezeki untuk berjaya dalam perniagaan.. kerana ingin berjaya tu tak mudah.. kena lalui pelbagai cabaran dan dugaan.. pada tahun 2022 selepas segala yang berlaku akibat pandemik Covid19 ni, cabaran yang perlu dihadapi dalam perniagaan mungkin lebih lagi dari tahun sebelumnya..

 

Seminar RichWorks bagi membantu usahawan

Walaupun kami telah menceburi bidang perniagaan ni.. tetapi pengalaman yang kami ada tidak cukup lagi untuk berkongsi cabaran perniagaan yang ada terutama pada tahun 2022 ini.. marilah kita menyelami apa yang dikongsikan oleh Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr Azizan Osman mengenai 10 cabaran bisnes, selepas pandemik dan 2022 yang ditayangkan secara langsung pada hari Ahad ini jam 8 pagi di dalam Live Session di saluran Telegram Azizan Osman Official..

Datuk Wira Dr Azizan Osman ketika memberi ceramah


RichWorks bersama pengasasnya sejak tahun 2008 lagi telah berjaya sebagai syarikat bimbangan perniagaan yang sangat berjaya dan dikenali ramai.. ramai usahawan yang telah dibantu sejak 13 tahun yang lalu.. mereka juga turut membantu usahawan untuk bangkit selepas dan ketika pandemik melanda.. dan juga ketika negara mengalami saat banjir terburuk pada tahun lalu..  

Jadi aku kira perkongsian yang akan dibuat nanti tentunya berdasarkan pengalaman mereka bertahun lamanya membimbing usahawan.. Antara 10 cabaran perniagaan yang akan dikongsikan oleh beliau iaitu peneraju RichWorks dalam slot tersebut adalah:


1.       1. Kenaikan harga barangan

Kenaikan harga barang



2.       2. Sentimen pasaran dan pemasaran

3.       3. Kadar inflasi


Pendapat aku sebagai pemerhati dalam bidang ini.. sebagai seorang usahawan, jika inginkan kejayaan dalam perniagaan mereka.. untuk tahun 2022 ini, mereka perlu lebih agresif dan betul-betul ‘kenal’ perniagaan mereka.. terutamanya mengenai cabaran yang akan mereka hadapi pada tahun 2022 ini terutamanya selepas pandemik melanda..

POSITIF



Corak perniagaan akan berubah dan telah pun berubah.. terutama melibatkan kaedah pemasaran produk.. ada banyak yang perlu dipelajari oleh usahawan bagi meningkatkan pendapatan perniagaan.. dan yang paling penting perlu bersedia menghadapi cabaran kritikal perniagaan di waktu ini..



Bagi mereka yang sedang berjuang dalam perniagaan dan bergelut dengan pelbagai persoalan aku kira inilah masanya untuk membuka minda dan mengambil peluang untuk memahami cabaran perniagaan di tahun 2022 ini bagi memastikan usahawan lebih bersedia untuk melalui saat sukar dan mungkin juga akan memberi ruang dan peluang bagi usahawan yang ingin menceburi bidang baru setelah perniagaan yang diusahakan tidak begitu berjaya akibat pandemik..

 

Jangan fikir tahun 2022 ini bisnes semakin mudah! 10 cabaran kritikal perniagaan sekarang!


Faktor kenaikan harga barang

 


Ini apa yang Dr Azizan kongsikan pagi tadi :

 

Banyak perkara saya kaji dalam tempoh 2 minggu lalu antaranya sentimen pasaran, kadar inflasi dengan kenaikan harga barang yang telah jangka malah sebut pada Ogos tahun lalu lagi.

Kenaikan sesetengah barang dilihat sekitar 30% hingga lebih 100% ketika ini.

Sebab itu, kritikalnya untuk anda semua ada kesedaran ini, terutama mereka yang sedang jalankan bisnes kerana bukan mudah pada tahun ini. 

Semalam, saya berpeluang bersama dengan kumpulan pemilik syarikat dan peniaga Cina bahawa memang banyak syarikat sedang tutup atau dah lingkup. 

Walaupun peniaga ini ada kilang di China, mereka sudah tak nampak apa perlu dibuat, selain tak pandai soal pemasaran.

Saya juga sedar bahawa sebenarnya untuk mula semula bisnes dari kosong agak susah bila ditanya seorang usahawan dalam pembinaan, apa bisnes yang bagus ketika ini?

Pertama kali, saya tidak tahu memberikan jawapan apa.

Tapi saya sedar bahawa bagi mereka yang ada bisnes ketika ini dan kekal lakukan seperti biasa, maka dia akan 'mati'!

Hal ini kerana pasaran bergerak perlahan dan orang ramai tidak berbelanja agresif seperti sebelum ini.

Kalau kekal dengan usaha normal, anda akan mati dan jika kekal kecil anda akan pupus.

Maka sebagai Titanium di bawah bimbingan saya, tak bersyukur jika anda tak buat betul-betul untuk berkembang.

Sedangkan ada sebahagian Titan yang sangat agresif, berjuang betul-betul untuk berkembang dan kekalkan momentum.

Saya ulang, pasaran kini perlahan dan orang lebih berjaga-jaga untuk membeli.

Kalau anda lagi slow dari pasaran maka tunggu saja untuk 'mati'.

Hargai apa yang anda ada sekarang, buat dengan lebih baik dan agresif lagi.

Bayangkan jika anda sendiri terpaksa mulakan bisnes baru dari kosong, apa yang boleh dibuat?

Bagi yang dah ada bisnes, anda sudah tahu pasaran, cuma 'malas' nak engage lagi.

Bila pasaran perlahan maka anda perlu lebih pantas, guna semua platform yang ada. Jika takut-takut, anda akan ketinggalan. 

Bersama dengan saya Ahad ini, khas buat bangsa usahawan terutama pemilik bisnes yang masih tak nampak jalan ketika ini.

 


Untuk menyertai sesi live ini bolehlah terus sertai saluran Telegram Azizan Osman Official sekarang

 

kesilapan yang ramai orang buat


Aku mungkin bukan orang yang sesuai untuk memberikan nasihat perniagaan.. tapi aku cuma tau satu je.. jika kita diberi peluang untuk memperolehi ilmu.. jangan sesekali melepaskan peluang itu.. sebab jika kita rebut peluang itu.. ianya mungkin membuka ruang dan peluang yang lain.. yang mungkin lebih besar dan tidak pernah kita terfikirkan.. jadi rebutlah peluang selagi masih ada masa..

Ceritaita.

 

Ulasan

  1. perkongsian yg bukan calang-calang. dah le free saja. rugi kalau x rebut peluang

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...