Ambil vaksin Booster Covid 19 secara walk in - Cerita Ita                                                             Ambil vaksin Booster Covid 19 secara walk in Langkau ke kandungan utama

Ambil vaksin Booster Covid 19 secara walk in

Assalamualaikum semua, aku dah selamat ambil vaksin Booster Covid 19 secara walk in pada bulan Disember baru ni.. lupa je nak ceritakan di blog.. maklumlah hujung tahun ni banyak betul perkara nak dibereskan.. semua yang patut buat untuk 2021 kena selesaikan dulu.. jadinya banyak cerita tertangguh.. antaranya cerita ambik booster ni la..

Ambil vaksin Booster Covid 19 secara walk in


cerita awalnya aku berjalan-jalan ke Muar sebelum tu.. saja la bawak anak-anak tinjau daerah lain yang ada kat Johor ni sementara ada rezeki kat Johor.. balik dari Muar tu aku perasan banner untuk daftar pengambilan vaksin secara walk in kat luar BP Mall.. tapi disebabkan dah lewat jadinya aku pergi hari selepasnya.. 

Sampai kat situ ingatkan boleh terus ambik.. rupanya tak boleh pulak.. kena beratur untuk ambik tarikh temujanji.. dah ambik temujanji tu dapat hari lain.. balik dulu dan datang pulak kemudian pada hari lain.. dan akhirnya selesai ambik vaksin.. 


Anak-anak sama sibuk nak bergambar.. haha



Proses sangat cepat bagi yang dah ada nama dan masa temujanji.. waktu sampai tu dia mintak rekod vaksin dos pertama dan dos kedua.. kemudian beratur terus untuk tunggu giliran.. sangat-sangat cepat dan mudah.. tak sampai 10 minit semuanya dah siap.. lega.. 

waktu vaksin dos pertama dan kedua aritu aku dapat vaksin Sinovac.. kali ni pulak aku dapat vaksin Pfizer.. alhamdulillah setakat ni ketiga-tiga dos ni tak beri kesan memudaratkan sangat pada badan.. cuma setakat sengal-sengal bahu tempat dicucuk tu je.. 



walaupun kesan dekat badan aku tak teruk itu tak bermakna aku akan pertimbangkan pulak vaksin untuk anak-anak di bawah umur 12 tahun.. yang ni aku kena fikirkan semula baik-baik.. sebab setakat ni aku tengok ketahanan budak-budak bawah 12 tahun ni lebih kuat berbanding orang dewasa.. 


Bilik suntikan

Tempat menunggu selepas vaksin.. tapi aku tak masuk pun.. 



kalau dewasa dan berisiko tinggi tak vaksin tu agak merbahaya juga.. ini pendapat aku ya.. setiap orang ada pandangan berbeza.. raikan pendapat masing-masing je cukup.. tapi tunaikanlah kewajiban vaksin 2 dos untuk kesejahteraan semua..   

Ceritaita

Ulasan

  1. Ada tempat ambil gambar. Di klinik saya ambil tiada props begitu. Apapun alhamdulillah berjalan lancar.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah setel dah ita ye. aku first week lepas booster heart beat laju sampai 100 ta. skrg ni dh turun 80 tapi terasa kuat

    BalasPadam
  3. Kita baru kemarin cucuk booster. 1st day tak rasa apa. Semalam baru kena demam. Teruk jugalah tangkap urat.

    BTW, salam perkenalan. Jemput singgah blog kita.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...