Anemia Ketika Mengandung
Anemia Ketika Mengandung ~ sumber facebook |
Apa dia Anemia?
Ada banyak persoalan kan? sebenarnya anemia ni adalah keadaan berlakunya kekurangan hemoglobin (Hb) di dalam sel darah merah.. tu yang biasanya bila pergi pemeriksaan rutin untuk ibu mengandung akan ada buat bacaan Hb ni kan? cara klinik buat ujian Hb untuk ibu mengandung ni ialah mereka biasanya akan ambil sampel darah dan hantar ke makmal untuk ujian Hb.. penting ya untuk tau ni.. sama penting untuk tau jenis darah dan rhesus..
Paras Normal Hb dalam darah
Bacaan biasanya dinilai melalui paras bacaan Hb dalam darah.. jika bacaan di bawah 10.5 (g/dl) akan dikira sebagai menghadapi masalah dan ibu mengandung perlu dipantau.. biasanya kalau bawah dari 11g/dl je staf di klinik dah kategorikan kita sebagai bermasalah dan berpotensi akan turun lagi.. biasanya akan dicatat dengan pen merah.. ada jugak kes yang akan jadi bacaan lebih teruk macam bacaan dalam gambar di bawah ni..
Paras Hb ~ sumber the Asian parent |
setakat ni aku kalau mengandung, yang paling teruk pun akan berada di 10.8g/dl.. itu pun dan diberi nasihat berjela-jela dan pelbagai cadangan makanan.. kenapa macam ni? sebab punca anemia tu sendiri la..
Punca anemia
Anemia boleh berlaku disebabkan 8 sebab berikut:
1. Kekurangan nutrien zat besi
2. Kekurangan nutrien Vitamin B12
3. Kekurangan nutrien Vitamin C
4. Kekurangan nutrien Asid Folik
5. Kekurangan nutrien protein
6. Kehilangan darah kronik
7. Jangkitan seperti jangkitan cacing dan malaria
8. Penyakit Talasemia
haa.. kebanyakan punca adalah kekurangan nutrien.. sebab itulah biasanya akan dinasihatkan pasal pengambilan makanan yang betul dan berzat bagi ibu mengandung.. penting sangat part ni tau.. walau tak lalu macamana pun korang sebab loya atau mabuk sebab alahan mengandung tu.. kena pastikan korang makan makanan yang berkhasiat..
Bila berbual ada yang tak berapa faham apa kesan kekurangan hemoglobin dalam darah jugak.. kena tau dulu fungsi hemoglobin ni.. hemoglobin ni berfungsi untuk mengangkut oksigen dan zat makanan yang kita makan ke seluruh badan kita.. sebab tu bila berlakunya anemia atau kekurangan hemoglobin ni secara tak langsung badan akan menjadi kurang oksigen atau dipanggil hipoksia dan seterusnya kekurangan tenaga..
sel darah merah dalam badan ~ sumber google |
Itu yang akan muncul tanda-tanda macam kuku tak sihat.. badan letih dan lesu.. rasa berdebar-debar.. ada masa susah bernafas.. boleh juga menyebabkan pitam dan wajah pucat..
Kesan Anemia pada Ibu Mengandung
Kesan anemia pada ibu mengandung mungkin akan lebih teruk lagi.. boleh berlaku tumpah darah semasa dan selepas bersalin.. tekanan darah tinggi atau dipanggil eklampsia.. boleh berlaku keguguran dan risiko kematian kepada ibu mengandung.. ianya juga beri kesan kepada bayi yang dikandung seperti kematian janin.. kelahiran bayi tak cukup bulan dan kelahiran bayi yang kurang berat badan..
Anemia semasa hamil |
Rawat Anemia ketika mengandung
1. Pengambilan pil hematinik
Kalau ibu mengandung dah dikesan mengalami anemia atau bacaan Hb kurang dari 11 g/dl ni biasanya akan dinasihatkan untuk mengambil pil hematinik yang terdiri dari 4 jenis pil iaitu pil zat besi (ferrous fumarate), pil asid folik, pil vitamin C dan pil vitamin B kompleks.. aku jenis yang kena makan kesemua pil ni di setiap kehamilan aku yang 5 anak tu.. semua kena makan ok.. sabar je la..
Fungsi Pil Hematinik ~ Sumber JKN Negeri Sembilan |
Tapi memang perlu ya pil-pil ni semua.. ianya disebabkan kandungan zat besi, B kompleks dan asid folik tu penting sangat dan diperlukan untuk pembentukan sel darah merah.. pil vitamin C pulak perlu untuk meningkatkan penyerapan zat besi.. pil ni sedikit sebanyak membantu untuk memulihkan kekurangan sel darah merah dalam badan..
Sumber JKN Negeri Sembilan |
Ada juga mitos yang mengatakan pil hematinik akan menyebabkan saiz bayi bertambah besar.. tapi ianya tidak benar.. ianya membantu Hb ibu mengandung pulih dan janin dapat membesar dengan sihat.. kena ingat jugak hanya digalakkan untuk makan pil ni bersama air kosong atau jus buah-buahan saja.. jangan sesekali ambik bersama air kopi, air teh , minuman berkola, minuman bercoklat atau susu sebab ianya mengandungi bahan yang menghalang penyerapan zat besi..
2. Pengambilan makanan kaya zat besi
3. Tingkatkan penyerapan zat besi
Dah amalkan makanan tapi kalau tak jaga penyerapan zat besi pun tak guna jugak.. makan-makan habis gitu je.. jadi untuk tingkatkan penyerapan zat besi ni kena lebihkan pulak makanan yang membantu penyerapan zat besi dalam setiap hidangan makan korang nanti..
Sumber JKN Negeri Sembilan |
Antaranya boleh tambah buah atau sayur yang kaya dengan vitamin C.. boleh juga minum jus buah-buahan.. makan makanan dengan pencicah buah-buahan macam sambal mangga.. tomato atau limau kasturi.. sambal mangga dengan limau kasturi ni aku selalu buat.. sedap.. boleh juga kalau nak gunakan perencah daripada sumber haiwan macam ikan bilis, udang, isi ayam atau isi daging..
Korang jugak kena kurangkan pengambilan makanan yang menghalang penyerapan zat besi macam kopi, teh, minuman berkola dan minuman bercoklat.. boleh kalau korang nak minum tapi kena pastikan 1 hingga 2 jam selepas waktu makan utama atau selepas makan pil hematinik..
Sumber JKN Negeri Sembilan |
eh susu pun boleh jadi penghalang penyerapan zat besi tau.. jadi sama jugak elakkan minum waktu makan utama dan kalau boleh minumlah di antara waktu makan utama.. contoh waktu minum pagi, minum petang atau minum malam..
4. Rawat Anemia cara Ita
Aku kan memang mengalami masalah anemia ni pada kesemua 5 kehamilan.. cuma yang akhir je ada bagus sikit.. tapi setiap kali kena aku akan pastikan aku minum pati delima Gulsan.. korang nak cari kat shopee pun ada.. PATI Delima Gulsan Murah .. cara aku ialah aku akan minum sesudu besar pati delima Gulsan waktu awal pagi dan sekali lagi pada waktu sebelum tidur malam.. alhamdulillah nampak keberkesanannya.. memang Hb meningkat.. cuma hati- hati kalau korang penghidap kencing manis waktu mengandung atau dipanggil gestational diabetes mellitus..
Pati Delima Gulsan rawat anemia |
Delima dan khasiatnya
Khasiat Delima:
Pati Delima
Harapnya perkongsian macam ni membantu semua ibu mengandung yang alami masalah anemia atau kekurangan Hb waktu mengandung kat luar sana..
Ceritaita
Pernah kena dulu masa pregnant semua org tegur nape muka pucat padahal diri sendiri tak lerasan. Patut asyik pening aje. Mmg bahaya especially kalau mengandung. Tq for sharing ta
BalasPadam