Datuk K dedah rahsia kejayaan Asyraf Khalid - Cerita Ita                                                             Datuk K dedah rahsia kejayaan Asyraf Khalid Langkau ke kandungan utama

Datuk K dedah rahsia kejayaan Asyraf Khalid

Datuk K dedah rahsia kejayaan Asyraf Khalid kerana Dr Azizan Osman

Assalamualaikum semua, tengok tajuk macam pelik pulak aku nak bergosip pasal artis di Malaysia.. mereka yang aku sebut ni bukan artis pun tapi orang-orang terkenal yang hidupnya ada kaitan dengan artis terkenal di Malaysia juga iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.. 

Datuk K dedah Asyraf berubah kerana Dr Azizan Osman


Aku kan mengikuti Instagram Asyraf , anak kepada Datuk K yang umum tau adalah suami pada Datuk Seri Siti Nurhaliza.. dan baru ni dia ada tunjuk majlis sambutan hari lahir Datuk K yang dirancang olehnya bagi meraikan ayah tersayang.. aku ni kalau bab emosi perihal mak ayah ni memang agak sensitif dan mudah tersentuh la.. memang aku tengok sampai habis sebab video tu..


Kehidupan orang berjaya ni selalu boleh jadi inspirasi buat orang lain.. itu antara sebab aku follow IG mereka.. dalam post IG Asyraf tu ada Datuk K diminta membuat ucapan.. dengar ucapan pun rasa tersentuh tau.. sebabnya dalam ucapan dia terungkap semuanya termasuk rahsia kejayaan Asyraf Khalid sebagai usahawan berjaya selama ini..

mutyara


Mulanya dulu aku tertanya-tanya juga siapa orang yang bertanggungjawab membimbing Asyraf Khalid sehingga berjaya.. ada juga terfikir mungkin sebab dia anak usahawan berjaya.. tapi bila didedahkan oleh pengakuan Datuk K sendiri dalam majlis ni terbukti yang kejayaan Asyraf Khalid adalah anak didik  Datuk Wira Dr Azizan Osman dan hasil bimbingan Titan RichWorks.. 



Waktu majlis tu jugak Asyraf meluahkan perasaannya.. antara yang disebut ialah apa yang mendorong kejayaannya selama ini..

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini.

"Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," 

Hantaran di instagramnya telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja.. akulah salah seorang yang menonton dengan penuh perasaan.. suka betul baca kisah kejayaan macam ni.. terutama bila ianya membanggakan semua orang tersayang termasuk ibu bapa..




Kalau ada yang tertanya-tanya kenapa kena rasa teruja sangat dengan kisah kejayaan Asyraf Khalid ni? Sebabnya Asyraf sendiri mengakui yang dia merupakan budak nakal dan selalu mengecewakan bapanya serta merasakan diri ini sangat tak berjaya.. tapi akhirnya Dr Azizan Osman berjaya mengubah sikapnya.. RichWorks bukan sahaja melahirkan usahawan yang berjaya tapi juga memberi kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks..







Masa aku baca yang Dr Azizan Osman dijemput ke majlis sambutan harijadi Datuk K anjuran anaknya Asyraf Khalid ni rasa macam pelik.. rupanya baru tau Dr Azizan Osman merupakan Mentor beliau selama ini.. jadi rahsia kejayaan Asyraf Khalid nampaknya bukan rahsia lagi.. Asyraf meluahkan rasa syukur beliau dalam majlis ini..

"Saya faham perjalanannya masih jauh namun sangat bersyukur dengan luahan bapa buat pertama kali di hadapan mentor sendiri."

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup."

"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"



Dalam pada itu, Asyraf melihat Azizan sebagai mentor yang terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa.

"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi.

"Mereka meskipun sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara betul dilakukan," 


Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan kagum kebolehan yang dimiliki Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan.. yang paling best waktu dengar ucapan dia.. bayangkanlah seorang usahawan terkemuka pun kagum dengan Dr Azizan Osman.. Datuk K juga ada menyatakan Dr Azizan berjaya merubah hidup anaknya Asyraf Khalid dalam masa 3 tahun ini dengan sangat baik..

“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat.

“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya.

“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” 



Sementara itu, Datuk K turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan.


Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” 

Secara peribadinya aku memang sangat kagum waktu tengok video majlis ni.. bagaimana kisah seorang yang kita anggap berjaya kerana sebab latar belakang keluarga tetapi rupanya kisah kejayaannya adalah lebih dari itu..

Mutyara



Terbuktilah jika tiada usaha masakan kita boleh berjaya untuk mengapai semua impian dalam hidup.. teruslah berusaha tanpa jemu untuk mencapai semua impian.. usaha tangga kejayaan.. Jadikan juga kejayaan orang lain sebagai sumber inspirasi untuk kita lebih berjaya..



Ceritaita




Ulasan

  1. kagum dgn nilai dan value yang diajar or Dr Azizan ni. patutlah ramai yg berjaya. tahniah asyraf

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah, kejayaan sesaorang kadang memang dengan sokongan keluarga juga kan kak...

    BalasPadam
  3. betul apa yg dikata. Nak buat apa-apa mesti ada guru dan berilmu. Proses trial & error tu pun kita boleh percepatkan bila berguru

    BalasPadam
  4. Tahniah Kepada Asyraf kerana berjaya dalam dunia peniagaan, Hebat bimbingan Richworks

    BalasPadam
  5. Tahniah Asyraf terbaiklah bimbingan Richworks membawa kejayaan... kena ikuti kelas Richworks lepas nih

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...