Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku
Assalamualaikum semua, cuti umum bulan lepas kami habiskan masa bersama keluarga untuk jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku di Batu Pahat.. ini adalah pengalaman yang bagus buat kami sekeluarga terutamanya aku sendiri mengenali Johor sebagai negeri kelahiranku..
Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku |
Sejak kecik lagi aku adalah seorang yang bercita-cita tinggi.. selalu memberontak sebab tak dapat buat apa yang aku nak buat sebab kekangan jantina.. dulu kan macam tu.. kau perempuan.. kau bukan lelaki jadi kau tak boleh buat itu.. kau tak boleh buat ini sebab kau perempuan..
tapi aku tak pernah menyalahkan orang tua dalam hal ni.. diorang pun tersepit dengan keadaan walhal pemikiran diorang bukan sesempit itu. buktinya aku orang pertama dalam keluarga yang dilepaskan untuk belajar hidup sendiri sejak dari umur 13 tahun lagi.. aku sangat hargai kepercayaan mak abah pada aku selama ni..
cuma keluarga aku susah.. ada aku ceritakan dalam kisah Aku Orang Susah yang belum berkesempatan untuk aku sambung lagi.. disebabkan itu kami tak berpeluang nak berjalan-jalan walaupun ke daerah berdekatan sekitar Johor..
tapi kali ni aku berpeluang tinggal di Johor asbab pekerjaan.. aku akan gunakan kesempatan ni sebaik mungkin untuk mengembara seluruh Johor dan kenal tempat menarik di Johor.. setakat ni kami dah berjalan ke Dataran Tanjung Emas, Muar.. banyak lagi tempat lain yang kami belum pergi.. semoga ada rezeki kami nanti..
Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku |
sebenarnya ini kali pertama aku jejak kaki di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat ni.. bukan aku je.. anak-anak pun sama.. jadi semua macam tak dapat nak bayangkan Pantai Minyak Beku ni macamana.. aku sendiri tak pernah tau.. eh aku lupa betul nak ambik gambar batu berpahat yang ada kat kampung minyak beku ni.. lainkali pergi mesti kena datang ambik gambar ni..
Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku |
Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku |
Rupanya baru tau yang Pantai Minyak Beku ni pantai yang berbatu.. sama macam Pantai Batu Hitam di Kuantan.. tapi air kat sini lagi best dan bersih pada aku.. sedap la bila kau rendam kaki dalam airnya yang jernih tu..
Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku |
Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku |
Mula-mula aku sampai aku tak bagi anak-anak turun ke dalam air.. sebab risau tak tau paras air tu sebenar.. yelah bukannya pernah sampai pun kan.. rupanya waktu kami sampai dalam pukul 1 petang tu air tengah pasang.. jadi ada jugaklah keluarga yang sedang mandi manda.. jadi anak-anak mintak kebenaran..
Penyudahnya dari rendam kaki sikit terus masuk ke dalam air.. haha.. aduhai payah nak tahan dah bebudak ni.. tapi air pasang tu macam tak lama.. dalam sejam macam tu air dah surut.. dan kami pun berkemas nak balik sebab hari makin panas.. tapi menyinggah pulak ke taman permainan yang ada berdekatan..
Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku |
Kat Pantai Minyak Beku ni best tau.. ada tengah dibangunkan kawasan tapak perkhemahan.. cuma belum dibuka lagi.. ada juga tempat jualan makanan melalui Food Truck dan gerai-gerai.. di bahagian pintu masuk berhampiran tandas dan bilik mandi pun ada deretan kedai makan..
Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku |
berdasarkan maklumat dari Berita Harian mengenai Nostalgia Minyak Beku yang diterbitkan pada Januari 2020 jelas menceritakan sejarah Kampung Minyak Beku mendapat namanya.. berikut kisahnya..
Namun, tidak ramai mengetahui perkampungan pinggir pantai itu yang dibuka pada 1818, sebenarnya turut menyimpan khazanah sejarah bagaimana wujudnya Kampung Minyak Beku.
Setiausaha Pertubuhan Waris Keturunan Daeng Ahmad (WARDAH), Ibrahim A Karim, berkata perkampungan nelayan itu diasaskan oleh Allahyarham moyangnya, iaitu dikenali sebagai Daeng Ahmad, pada 1818.
"Daeng Ahmad berasal dari Sulawesi, Indonesia. Dia datang ke sini pada mulanya untuk bertemu dengan warisnya yang ada di sini. Kemudian kapal yang dinaikinya mudik di kawasan muara Kampung Minyak Beku.
“Dia melihat kawasan ini agak sesuai untuk dibangunkan sebagai sebuah perkampungan. Oleh itu, dia kemudiannya belayar ke Temasik (sekarang Singapura) untuk mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada pihak pemerintah pada waktu itu untuk membuka kawasan di sini.
"Hasratnya membuka perkampungan baharu di tepi laut ini mendapat kebenaran tetapi pihak pemerintah turut memberi tugasan kepada Daeng Ahmad untuk menjaga perairan Selat Melaka ini yang pada waktu itu turut berhadapan dengan ancaman lanun yang ramai dan ganas," katanya.
Ibrahim berkata, kepercayaan ini diberikan kepada Daeng Ahmad berikutan beliau dikatakan mempunyai ilmu mempertahan diri yang tinggi, kuat dan tidak takut kepada sebarang ancaman terutama lanun yang bermaharajalela di kawasan itu.
"Daeng Ahmad kemudiannya membuka perkampungan baharu itu di kawasan bukit berbatu dan juga berhampiran perigi Batu Pahat yang dibina oleh pihak Siam ketika mereka dalam usaha menyerang Melaka pada abad ke 15 dahulu.
"Ketika itu, ekonomi perkampungan ini sudah tentunya perikanan dan antara sumber lain ialah kewujudan pokok keruing yang banyak di kawasan ini, iaitu minyak daripada pokok itu akan digunakan sebagai bahan untuk menyapu pada rumah berikutan cat berwarna seperti hari ini masih belum wujud," katanya.
Beliau berkata, bagaimanapun berlaku peristiwa aneh pada suatu hari apabila minyak pokok keruing ini tidak mengalir atau menitis seperti kebiasaannya.
"Dengan kuasa Allah, berlaku perubahan cuaca apabila keadaan agak dingin berlaku. Pada waktu itu, proses mendapatkan minyak ini adalah dengan cara membuat takukan pada batang dan minyak itu ditadah dengan bekas khas, sama seperti yang dilakukan pada pokok getah.
"Perubahan cuaca menyebabkan minyak pokok ini tidak keluar dan ia membeku. Berikutan peristiwa ini jarang terjadi. Daeng Ahmad kemudian mencadangkan nama kawasan itu sebagai Minyak Beku dan dipersetujui pihak pemerintah,” katanya.
Pada mulanya, kampung ini hendak dinamakan sebagai Batu Pahat sempena kawasan perigi yang dibina pihak Siam untuk menampung bekalan air tawar, tetapi dikekalkan namanya sebagai Minyak Beku. Manakala Bandar Penggaram pula dikenali sebagai Batu Pahat.
Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku |
Jalan-jalan ke Pantai Minyak Beku |
menarik kan kisahnya? apapun kami semua suka suasana di Pantai Minyak Beku ni.. sesuai untuk dijadikan kawasan riadah bagi keluarga.. kami nak datang lagi di lainkali.. kalau korang berhasrat nak berkunjung ke Johor atau Batu Pahat tu boleh masukkan Pantai Minyak Beku ni dalam senarai tempat yang wajib dilawati di Johor..
Ceritaita
Seronok dapat jenjalan kat pantai macam nie dengan family kan Ita..
BalasPadamDah lamanya tak turuk ke pantai minyak beku
BalasPadamtak penah sampai sini lagi ita. selalu nampak signboard kalau ke bp haha. best gak tempat ni
BalasPadamFirst time dengar nama Pantai Minyak Beku ni. Rasanya banyak betul tempat x explore kat Johor lagi.
BalasPadamjika ada rezeki nak gak berjalan2 ke Johor...
BalasPadamPantai batu hitam tu pernahlah sampai.. tapi Pantai Minyak Beku ni pertama kali dengar. Kalau ke belah Johor bolehlah ajak singgah sini.
BalasPadamAkak memang anak jati johor
BalasPadamtapi lum pernah sampai lagi pantai ni 😄😄 cantik jugak tmpt dia
menarik sejarah tempat ni..ada rezki turun Johor boleh singgah sini.Macam best ja bawak anak-anak
BalasPadamooo ada nama pantai Minyak Beku ye. 1st time dengar, maklum la saya tak berapa familiar dengan Johor
BalasPadamBest dapat baca sedikit perkongsian sejarah Pantai Minyak Beku.
BalasPadamAir lautnya jernih, dan mesti seronok untuk berpiknik kan.
Saya first time dengar nama Pantai Minyak Beku nih… Nampak cantik Pantainye, tapi boleh mandi manda tak tu? air Nampak dalam...
BalasPadamBiasa dengar nama tapi baru tahu di Johor rupanya. Cantik pantainya. Ada rezeki ke johor bolehla pergi ke pantai ni. Memang tak pernah sampai lagi
BalasPadamwah bestnya jalan2 ke pantai ni.. tapi tula tak sangka ada kisah di sebalik tempat ni.. terbaiklah.
BalasPadamWah bestnya, om belom smpai lagi ke pantai minyak beku ni.
BalasPadamCantik pemandangan kat sini...Akak rindu sanagt nak lepak tepi pantai..ntah bila la nak pi
BalasPadam