Layan Drama Maid di Netflix - Cerita Ita                                                             Layan Drama Maid di Netflix Langkau ke kandungan utama

Layan Drama Maid di Netflix

Layan Drama Maid di Netflix

Assalamualaikum semua, sejak tahun lepas aku langgan Netflix.. asalnya sebab menyampah dengan saluran tv yang sedia ada.. dah jemu asyik tonton ulang-ulang.. lepas tu pulak bila aku kena kuarantin sebab Covid19 tahun lepas aku jadi terlayan la pulak drama Korea.. dan terbaru ni aku layan drama Maid di Netflix..


Layan Drama Maid di Netflix


selalunya aku jarang nak bercerita pasal drama atau filem tapi cerita Maid ni menukar persepsi aku dalam mengulas filem atau drama kerana drama Maid di Netflex ni sebenarnya berdasarkan kisah benar seorang ibu muda yang berjuang selepas didera secara emosi oleh teman lelakinya untuk membesarkan anak perempuannya sendiri di samping bekerja sebagai seorang pembantu rumah.. 

yang berdasarkan pengalaman sebenar Stephanie Land yang dilahirkan pada tahun 1978, setahun lebih tua dari aku.. pengalaman Stephanie Land ni beliau tuliskan dalam buku Maid: Hard Work, Low Pay and a Mother's Will to Survive yang telah diterbitkan pada tahun 2019.. 

Drama bersiri selama 10 episod ni diterbitkan pada tahun 2021 dan dilakonkan oleh watak utama Margaret Qualley sebagai Alex, Nick Robinson sebagai Sean (teman lelaki Alex) dan Anika Noni Rose sebagai Regina (pelanggan Alex yang kaya).. boleh aku katakan setiap episod dalam drama ni menyebabkan kita rasa betapa kuatnya semangat seorang ibu untuk mempertahankan hak dia untuk membesarkan seorang anak..

Alex diuji dengan keadaan Sean yang kuat minum arak dan menderanya secara emosi menyebabkan Alex merasa terasing dengan dunia luar juga latar belakang keluarganya yang berpecah belah.. 

Adegan sewaktu Alex nak dapatkan rumah untuk tinggal


setiap episod memaparkan kegigihan dan dugaan yang terpaksa Alex hadapi antaranya kesusahan untuk membayar yuran penjagaan anak.. kesusahan untuk mencari tempat tinggal.. mencari tempat kerja.. masalah dengan pelanggan, majikan dan desakan keluarga.. 

aku menonton setiap siri dengan penuh debaran dan kadang kala sampai tersorak pulak macam aku ada kat tempat tu.. bila tengok kegigihan Alex yang akhirnya berjaya keluar dari cengkaman teman lelaki dan membina hidup baru dengan menjadi pelajar di Universiti Montana buat hati aku rasa apalah sangat dengan ujian yang aku hadap.. orang lain lebih teruk lagi ujiannya.. insaf! ya buatkan kita insaf.. 

satu lagi yang aku dapat simpulkan di mana-mana pun sukarnya seorang ibu berjuang untuk dapatkan hak penjagaan anak.. dan juga nafkah anak jika seorang ayah tak mau bekerjasama.. di Malaysia pun kita ada masalah yang sama.. sedih dengan undang-undang yang tidak membantu ibu-ibu ini.. aku cuma menulis dari pandangan aku sendiri saja ok.. 

apa pun drama Maid ni pada aku boleh masuk dalam kategori wajib tonton dan drama ni masih dalam senarai 5 tontonan tertinggi di beberapa negara dan aku bagi 9/10 bintang!


Ceritaita


Ulasan

  1. kuat alex tu kan.. dasat cabaran dia. kisah benar la tu mmg patut tgk citer ni

    BalasPadam
  2. wah..nanti kita nak layan jugaklah cerita ni..Nampak menarik

    BalasPadam
  3. pengorbanan seorang ibu dalam membesarkan anak. sanggup redah semua rintangan asalkan dapat besarkan anak dengan baik :)

    BalasPadam
  4. belum start layan..yong pun baru jugak langgan netflix ..sekarang dok marathon tengok merlin..hehe

    BalasPadam
  5. dihayati semua kisah ibu yang berjuang apa pun
    mmg akan rasa tersentuh

    BalasPadam
  6. Kte lom tgk lagi ni kak..ok nnt carik sbb br habis tgk cte tinder

    BalasPadam
  7. saya ada kenalan ibu tunggal anak tiga, still muda lagi. Dah sah cerai. Dia nak masukkan tuntutan nafkah ketika bercerai, ex-husband tak setuju. Yang menyakitkan hati dia, dengan hakim tu sekali setuju tak perlu masukkan tuntutan nafkah.
    So now setiap bulan dia kena request pula duit kat ex husband dia untuk belanja anak.
    Macam berat sebelah la pula kes dia tu. Kenapa hak si bekas isteri sukar untuk dibela?

    BalasPadam
  8. Belum start layan cerite ni sbb tgh habiskan siri korean hehehhe

    BalasPadam
  9. Baca kak tulis ni nampaklah struggle betul kisah hidup ibu ini. Mesti siri netflix maid ni sarat emosi. Nanti bila dah ready boleh layan. Sekarang ni dok layan Marie Kondo je.. kiki

    BalasPadam
  10. menarik nya cerita ni.. ada iktibar nya. kadang2 tengok movie mcm ni secara tak langssung bagi inspirasi untuk diri kita. setuju, kadang2 kita ingt kita ni susah banyak cabaran, kat luar sana lebih ramai. dekat dunia nyata sana.

    BalasPadam
  11. haaa citer ni!! mmg suspen rasa sbb libatkan anak. terasa la emosi keibuan tu time tonton!

    BalasPadam
  12. kesian alex, dari apa sis cerita ni, seperti kisah dunia realiti sebenar cerita ni.

    BalasPadam
  13. Sama lah.. lama dah tak tengok tv... Suami pun layan Netflix ... Nampak macam best juga ni.. boleh info suami.. dia suka la layan drama bersiri camni kat Netflix.. sekarang ni dok layan drama Jepun... 😅

    BalasPadam
  14. Ok nanti masuk list. Sekarang tengah melayan Manifest huhu

    BalasPadam
  15. Ramai yang cakap citer ni best...nak kena tengok jugak nanti

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...