Makan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang - Cerita Ita                                                             Makan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang Langkau ke kandungan utama

Makan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang

Makan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang

Makan Roti Puri di Restoran Ali Hussin Kluang


Assalamualaikum semua, baru ni kami luangkan masa lagi cuba restoran viral di Kluang ni.. orang luar pun dah sampai dan merasa makan roti puri di Restoran Ali Hussin Kluang ni tapi kami yang dekat belum pernah merasa lagi.. malu la jugak.. haha.. jadi ada masa kami bawaklah anak-anak makan kat sini..




Tu dia kereta parking

Memula kami sampai macam terkejut jugaklah bila tengok kereta yang banyak parking di sepanjang jalan.. eh lupa nak bagitau kat mana Restoran Ali Hussin ni..  restoran ni mudah je korang nak jumpa.. kalau korang datang dari luar Bandar Kluang dan dari arah lebuhraya korang akan jumpa restoran ni dulu sebelum jumpa bandar Kluang.. dari susur keluar Air Hitam tu cuma lebih kurang 10 ke 15 minit je nak sampai kat sini.. dia berada sebelah kanan kalau dari highway tu.. ala kalau nak senang korang waze atau guna google maps je.. dia berada betul-betul depan Institut Veterinar Malaysia di Air Hitam..



ok aku ulang balik ayat aku.. memula kami sampai terkejut jugaklah bila tengok kereta yang berderet kat parking.. sampai penghujung jalan tu pun ada yang parking.. kami la tu.. haha.. punyalah teringin nak makan roti puri yang digembar gemburkan sedap katanya.. jadi kami nekad singgah masa dalam perjalanan ke Ipoh baru ni.. kebetulan hari tu hari cuti umum kan.. haruslah ramai orang.. 


Nampak je kereta banyak tu, kami ingatkan kami dah takde peluang nak makan roti puri di Restoran Ali Hussin ni.. dengan sedihnya menapak la jugak masuk ke dalam restoran.. tapi eh bila kami sampai kat pintu kedai dan mengikut SOP kedai untuk Covid 19 tu.. elok je kami nampak ada je meja yang kosong lagi.. bukan satu tapi banyak meja kosong ok.. rupanya restoran ni menyediakan banyak meja untuk pelanggan mereka.. korang boleh pilih je mana nak duduk.. ada kat luar yang takde bumbung pun ada..


Ini tempat sediakan Roti Arab



Ini pulak ruangan jualan cemilan dan kuih muih

ini ruangan diorang buat Roti Puri



Bila dah sampai ni apa lagi.. aku sibuk la nak ambik gambar keseluruhan restoran.. besar restoran ni.. dan bersih jugak pada pandangan mata aku.. ada 2 ruangan utama untuk memasak yang aku nampak.. area depan yang sibuk sediakan roti arab.. dan area belakang yang sibuk jugak memasak roti puri.. 


Ni pulak makanan dan lauk siap dimasak dia


kat tengah-tengah tu ada juga tersedia makanan siap dimasak macam mee goreng, mihun goreng, nasi goreng dan ada juga sedikit lauk pauk.. kat belah tepi sikit ada dijual pelbagai jenis kuih muih.. aku ambik peluang sambil basuh tangan kat sinki untuk tengok keseluruhan kedai.. ternampak pulak seorang pekerja tengah sibuk buat biskut.. ya biskut raya ok.. nampak sedap jugak tu.. haha..


antara pilihan kuih muih yang ada



ada pelayan yang datang ke meja kami dan ambik tempahan.. kami order roti arab dan roti puri dia.. ada jugak ambik nasi goreng sebab anak-anak nak.. kuih muih sikit.. jadilah.. buat isi perut sebagai bekal sebelum perjalanan.. ada jugak pelayan tu offer kari kambing.. macam sedap bunyinya kan.. ?kalau ikutkan lapar memang nak makan semuanya yang ada tapi memikirkan duit tunai dalam tangan tak berapa nak ada jadi makan je secukupnya.. kari kambing kita simpan lain kali..


Nasi goreng.. abg long kata sedap




Set Roti Puri

Set Roti Arab



Sampai je tempahan yang kami mintak tu macam terlopong la tengok rupa roti puri dia yang cantik menawan.. lain la dengan resepi roti puri viral yang aku buat tanpa yis tu haa..  yang tu roti puri kampung resepi zaman berzaman.. roti puri kat sini lembut dan tak cukup satu la bila makan tu.. tapi memandangkan aku ingat duit tak berapa nak ada jadi aku cukupkan je la walau rasa tak cukup.. hahaha.. 


Sedap rupanya.. Patutlah Viral!

Roti Arab dia pun sama wei.. lembut dan sedap je bila lalu kat tekak tu haa.. kena pulak dengan kuah kari dan kuah dal dia tu haa.. sesuai sangat.. ini belum perkena dengan kari kambing lagi ni.. kalau kena dengan kari kambing aku rasa lebih terangkat rasanya.. 


Lembut betul roti puri dia.. aku rasa dia guna tepung oatmeal


Harga satu set roti puri atau roti arab sekali dengan kuah kari ialah RM5 je.. pada aku sangat berbaloi.. kami puas makan dan rasa kenyang.. alhamdulillah.. nasi goreng yang anak-anak makan pun sedap juga.. begitu jugak kuih muih yang kami ambik tadi.. keseluruhannya kami puashati makan roti puri dan roti arab kat Restoran Ali Hussin Kluang ni.. ada rezeki kami pasti nak singgah lagi.. ala korang kalau nak makan roti arab sedap.. kat shopee pun ada jual ya.. https://shp.ee/8zf933b


macam biasa lepas makan kami akan kemas macam ni.. susun semuanya supaya pekerja mudah angkat


Muka ceria lepas perut kenyang.. Jom jalan!

eh lupa nak bagitau restoran ni buka pada setiap hari kecuali hari Selasa ya.. mereka tutup kedai setiap Selasa..  tapi rezeki kami betul hari kami datang tu sebenarnya hari Selasa tapi mereka buka sebab cuti umum.. kiranya akan tutup setiap Selasa kecuali cuti umum.. haa gitu.. biasanya akan buka pada waktu pagi sehingga jam 2 petang macam tu.. Sila la korang datang singgah ke Restoran Ali Hussin kalau berkunjung ke Kluang ya.. jadikan tempat wajib singgah bila datang ke Johor..


Ceritaita







Ulasan

  1. tergoda juga bila tengok gambar roti dan makanan-makanan lain tu :D

    BalasPadam
  2. Selalu lalu sini tapi jarang2 singgah
    Pemes dia kari kepala ikan

    BalasPadam
  3. bestnya roti puri. lama dah tak makan.

    BalasPadam
  4. Lama tak makan roti puri. Kalau ada rezeki ke sana boleh singgah makan sini nanti.

    BalasPadam
  5. nampak pekat dal dia tu meti sedap ni

    BalasPadam
  6. Puri ni nak makan memang sedap makan di kedai, kalau tapau dah tak best... rindunya nak lepak mamakkkk

    BalasPadam
  7. Suka roti puri tapi tak pandi buat...haha

    BalasPadam
  8. Nampak sedap tu. Tak pernah makan roti puri ni. So tak tahu rasa dia exactly macamana..Tak apa boleh beli kat shopee yang Dr share link dlm entry ni..Nak ke Kluang, jauh benor pulak. So beli ready made pun boleh..hehe...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...