Syarat Tambahan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) - Cerita Ita                                                             Syarat Tambahan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) Langkau ke kandungan utama

Syarat Tambahan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)

Syarat Tambahan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)

Assalamualaikum semua, korang pernah dengar tak pasal Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) satu ketika dulu? faham tak maksud program ni?  sejak dulu apa yang aku faham pasal program ni ialah ianya memberi peluang kepada yang bukan warganegara Malaysia untuk memiliki rumah di Malaysia sebagai aset.. 


Syarat Tambahan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)
Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)



Bila dengar orang bukan warga negara boleh beli rumah ni aku mulanya ingat macam senang-senang je ke diorang ni beli rumah kat Malaysia.. rupanya lain.. Program MM2H di Malaysia ni sebenarnya dah bermula semenjak 2002 lagi.. dan sehingga Julai 2021 ada lebih 50 ribu permohonan MM2H yang diluluskan dan aktif merangkumi lebih 28 ribu prinsipal dan lebih 28 ribu tanggungan.. daripada jumlah ini terdapat 8 ribu peserta yang tidak pernah bermastautin di Malaysia.. 


Program MM2H ini dikira telah berjaya meransang ekonomi negara dengan pendapatan berjumlah RM11.89 billion iaitu secara kumulatif melalui fi visa, pembelian hartanah, pembelian kenderaan persendirian, simpanan tetap dan perbelanjaan isi rumah.. namun begitu dari jumlah lebih 50 ribu pemastautin ini hanya 10 ribu sahaja yang sudah membeli aset.. 10 negara tertinggi memohon menyertai MM2H membabitkan warganegara China lebih 1,000 permohonan; Jepun melebihi 200 permohonan; United Kingdom; Bangladesh; Korea; Singapura; Amerika Syarikat; Australia; Taiwan dan Indonesia.


Jadi jelaslah program ini bukan hanya membenarkan yang bukan warganegara untuk membeli aset tapi ianya adalah program membolehkan yang bukan warganegara tinggal sementara dan seterusnya menjana ekonomi di dalam Malaysia..

Malaysia Speciality
Keistimewaan Malaysia


Malaysia, yang terkenal dengan taraf hidup berkualiti tinggi yang mampu dimiliki dan ekonomi yang berkembang maju, merupakan salah satu ekonomi Asia Tenggara yang paling cergas kerana pertumbuhan industri dan kestabilan politiknya yang berterusan sejak beberapa dekad yang lalu. Negara ini juga menawarkan kombinasi sempurna pada unsur-unsur yang dicari oleh warga asing termasuk iklim tropika, makanan kontinental, pulau dan pantai, tempat bersejarah dan banyak lagi. 


Dengan begitu banyak untuk dinikmati dan diterokai di Malaysia, Kerajaan Malaysia telah melancarkan Program Malaysia Rumah Keduaku pada tahun 2002 untuk membolehkan warga asing yang memenuhi kriteria untuk tinggal di Malaysia untuk jangka masa yang lama. Mereka yang memenuhi kriteria Program akan ditawarkan pas lawatan sosial 10 tahun kemasukan berganda yang boleh diperbaharui. 


Ia terbuka kepada semua warga asing dari negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia tanpa mengira bangsa, agama, jantina atau umur. Mereka ini boleh memohon untuk belajar, bekerja atau mengikut ahli keluarga di Malaysia mengikut syarat yang ditetapkan. ~ Petikan  dari laman web Rasmi Portal Malaysia My Second Home..


Program ini bagaimanapun telah dihentikan sementara pada tahun 2019 dan telah pun diaktifkan semula pada tahun 2021 dengan beberapa syarat tambahan..


Syarat Tambahan Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H)


1. Syarat keberadaan di Malaysia sekurang-kurangnya selama 90 hari (kumulatif) dalam setahun.

2. Pendapatan luar negara (offshore income) peserta sekurang-kurangnya RM40,000 sebulan, berbanding RM10,000 sebelum ini.

3. Tempoh pas lawatan sosial jangka panjang MM2H adalah lima tahun serta boleh dilanjutkan selama lima tahun lagi dan seterusnya, tertakluk kepada syarat permohonan.

4. Pengisytiharan aset cair sekurang-kurangnya RM1.5 juta.

5. Kadar fi pas dari RM90 dinaikkan kepada RM500 setahun dan fi proses dikenakan sebanyak RM5,000 bagi prinsipal serta RM2,500 bagi setiap tanggungan.

6. Pembaharuan pas, pertukaran prinsipal, pertukaran kewarganegaraan peserta dan tanggungan juga perlu menjalani dan lulus tapisan keselamatan.

7. Peserta juga perlu mengemukakan Sijil Berkelakuan Baik (Letter of Good Conduct) untuk semua peserta dan tanggungan dan kerjasama KDN dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta ejen-ejen pelancongan.

Dengan syarat tambahan ini dijangka akan menyumbang untuk merancakkan ekonomi Malaysia melalui Program MM2H ini.. ini kerana KDN memberi jaminan bahawa hanya peserta berkelayakan dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah dibenarkan menyertai program ini.. ~ sumber FreeMalaysiaToday 

Bolehkah warganegara asing membeli rumah di Malaysia?


Ramai yang mungkin tau pasal sesiapa yang berada dalam program ini juga dibenarkan untuk membeli rumah kediaman mereka di Malaysia.. mungkin juga ramai yang tak tau mengenai ini.. sesiapa yang menyertai program MM2H ini boleh  membeli mana-mana unit rumah kediaman pada nilai minima RM 1,000,000 bergantung lokasi hartanah tersebut.. Mereka juga boleh membuat pengiraan bayaran bagi pembelian rumah di Malaysia..

Bolehkah warganegara asing membeli rumah di Malaysia?


Terdapat juga syarat-syarat lain seperti di bawah ni.. Mengikut syarat yang telah ditetapkan, mereka boleh memiliki sebarang jenis rumah dan hartanah kecuali:

1. Rumah yang bernilai kurang daripada RM1 juta

2. Unit perumahan kos rendah dan sederhana yang ditentukan oleh pihak kerajaan.

3. Rumah yang berada di atas Tanah Rizab Melayu.

4. Rumah atau hartanah yang diberikan kepada Bumiputera dalam mana-mana projek pembangunan yang telah ditentukan oleh pihak berkuasa.

Oleh itu, mereka boleh memiliki sebarang jenis rumah yang diinginkan kecuali tanah perindustrian dan juga Tanah Rizab Melayu.. ~ sumber Majalah Labur


Pendapat aku memandangkan Malaysia sedang mengalami cabaran dalam mencapai kestabilan ekonomi, program MM2H ini dilihat mampu memberi pelbagai impak positif terhadap ekonomi negara. Aset-aset yang bernilai yang tidak mampu dibeli oleh warganegara dapat dijual kepada warga asing sekaligus menyebabkan hartanah atau projek perumahan mewah tidak terbengkalai dan tidak dibazirkan begitu sahaja.. tapi ianya tetap ada pro dan kontra..


Ceritaita


Ulasan

  1. Time kasih share
    jauh lagi nak sampai kesitu
    Atleast boleh share dgn kawan2 yg lain

    BalasPadam
  2. Boleh tahan juga syarat dia. Terima kasih share syarat ni semua

    BalasPadam
  3. Kalau kat Johor ni saya ingat ramai warga Melayu Singapura dah membeli rumah di Malaysia... Ye lah.. duit sana besar berbanding Malaysia kan.. sudah tentu diorang mampu beli rumah kat Malaysia...

    BalasPadam
  4. Patutnya kerajaan focus dkt orang local dulu, dh lah makin lama rumah makin mahal

    BalasPadam
  5. mmg ramai org luar yg ambil mm2h esp yg bersara tu kan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...