Resepi Apam Kampung Sukatan Cawan
Assalamualaikum semua, petang semalam balik kerja aku sempatlah mengodak tepung buat apam kampung.. bukan untuk minum petang tapi minum malam.. hehe..
Resepi Apam Kampung Sukatan Cawan |
Selama ni aku guna timbangan gram kan? memang biasanya kat rumah ni mudah guna penimbang sebab penimbang biasanya ada je kat dapur sebab shah selalu guna untuk buat pau dia tu.. tapi disebabkan ada permintaan mintak aku buat dalam resepi apam mudah guna sukatan cawan jadi aku cubalah ubah ikut kehendak yang meminta tu.. maaflah jika ada kekurangan ya..
Resepi apam kampung sukatan cawan ni aku olah dari resepi apam kukus mudah yang aku pernah tulis jugak dulu.. tapi yang dulu tu aku letak marjerin sikit bagi lebih lembut dan gebu.. ikut sukalah nak guna yang mana ya.. dua-dua resepi setakat ni menjadi dan sedap dimakan jugak..
Resepi Apam Kampung Sukatan Cawan
by Cerita Ita
Bahan-bahan
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis segera (aku guna jenama mauripan)
10 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
Secubit garam
Air secukupnya
pewarna jika suka
1/2 biji kelapa parut
Cara-cara
2. satukan tepung, gula, garam dan yis yang telah direndam dalam satu bekas mengadun.
3. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau (aku guna handwrisk je..)..terus masukkan air sampai adunan jadi macam rupa adunan untuk buat jejemput (cengkodok bilis).. aku tepuk sikit-sikit adunan ni bagi yis tu naik sikit.
4. masa ni kalau suka ada warna cantik-cantik sikit boleh letak pewarna la..(anak-anak suka strawberi..maka aku letak pewarna merah aka sirap ros je)
5. bila tengok adunan agak naik masa tepuk tu (ada buih-buih sikit) boleh tuangkan minyak masak dan kacau lagi bagi sebati.
6. curah adunan dalam loyang yang dah disapu dengan minyak terlebih dulu. pastikan jangan melebih 1/2 dari loyang sebab apam ni akan naik lagi..
Adunan semasa direhatkan sebelum kukus |
7. Biarkan adunan naik sekejap (dalam 30-40 minit).. nak lagi cepat biasanya aku masukkan dalam oven (jangan hidupkan suis) atau tutup rapat bekas adunan dia.. sementara tu boleh panaskan periuk kukus..
8. Kukus antara 30-40 minit jugak ( pastikan air dalam kukus betul-betul panas dan kukus dengan api sederhana)..pastikan jugak tutup loyang dengan aluminum foil atau tutup bawah tutup kukus dengan kain (ini untuk elakkan air dari menitik ke atas apam)(aku kukus 30 minit api kuat)
Adunan sedang dikukus - aku guna 35 minit untuk kukus elektrik |
9. biarkan sejuk dan bila dah sejuk baru boleh potong siap dihidangkan dengan kelapa parut (kelapa parut ni boleh dikukus bagi tahan lama dan tambah garam secukupnya sebelum dihidangkan dengan apam)
Apam Kampung siap dikukus |
Korang bolehlah cuba buat sebab resepi ni sangat mudah dan boleh buat sambil buat kerja lain jugak.. boleh juga nak jadikan pembuatan resepi yang mudah macam ni sebagai aktiviti bersama dengan anak-anak.. sangat seronok tau.. selamat mencuba!
Ceritaita
Untuk info dan maklumat lain :
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
https://t.me/katasemangathidup
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Sedapnya...suka makan tapi x pandai buat...
BalasPadamSedap ni buat breakfast atau minum petang. Cecah kelapa parut... terangkat
BalasPadamyum yum sedapnya alahai apam kampung macam ni
BalasPadammacam best je kak, hehe tapi saya ni nak malas apam malas betul
BalasPadamsedapnye apam macam nih memang fav saya, lama tak buat nanti boleh guna resepi ni.. thnak you share resepi tau
BalasPadamApam kampung pun sedap
BalasPadamsedap makan apam kg kelate yg berempah...manis2 pedas...
BalasPadam