Selamat Hari Wanita Sedunia
Assalamualaikum semua, hari ni 8 Mac rupanya merupakan hari istimewa buat semua yang bergelar wanita di dunia ini.. Jadi Ceritaita pun nak ucapkan Selamat Hari Wanita buat semua pembaca Ceritaita..
Selamat Hari Wanita Sedunia |
Setiap kali sambutan Hari Wanita ni ada je keluar puisi yang menarik ditujukan khas buat semua wanita.. tak kurang jugak la asa lelaki yang cemburu sebab nak jugak diadakan hari lelaki.. haha
Istimewanya wanita diungkap dengan pelbagai cara.. ada yang meraikan dengan kiriman bunga.. kek dan juga hadiah.. meriah di sana sini..
Pada aku tak kisah la korang nak raikan hari macam ni mengikut kemampuan masing-masing.. tapi ada aku yang tak pernah sambut ni, ianya tak menjadi sambutan wajib.. namun turut hargai semua ucapan yang diberikan oleh semua orang termasuk kawan-kawan tersayang..
Apa pun yang berlaku.. wanita hebat ialah mereka yang sentiasa berkorban tanpa mengharapkan balasan apa pun tetapi sentiasa melemparkan senyuman walau apa pun ujian yang dihadapinya.. Selamat Hari Wanita Sedunia semua!
Ceritaita
selamat hari wanita ita
BalasPadamSelamat hari wanita sedunia Ita....
BalasPadam