Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021 - Cerita Ita                                                             Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021 Langkau ke kandungan utama

Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021

Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021 

Assalamualaikum semua, kawalan pergerakan telah mengubah cara kita membeli-belah sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Data bulan Ramadan Shopee dari tahun 2019 ke 2021 menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah menjadi lebih intuitif apabila ia melibatkan pembelian atas talian.

 

Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021 

Dengan kemajuan teknologi dan cara membeli-belah Ramadan yang telah menjadi lebih digital, Shopee menyaksikan lonjakan dalam carian untuk produk dari semua segmen di atas platform sepanjang bulan Ramadan bagi tempoh tiga tahun lepas.

Rakyat Malaysia Beralih ke atas Talian untuk Dapatkan Keperluan Ramadan mereka

 Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021 

Kata carian Baju Kurung telah dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang musim Ramadan pada tahun 2021. Ini menampakkan peningkatan sebanyak 433 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun 2020. Pada bulan Ramadan 2020, populariti kata carian tersebut meningkat sebanyak 265 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Baju Kurung dicari hampir 3.3 juta kali sepanjang Ramadan 2021 



Bagi segmen kesihatan dan kecantikan, kata carian foundation telah dicari lebih dari 90,000 kali di Shopee, peningkatan yang ketara berbanding tahun 2019 di mana ia dicari kira-kira 28,000 kali. Pada tahun 2021, kata carian tersebut meningkat kepada lebih dari 197,000 kali. Ini menunjukkan ramai yang menyambut Ramadan membeli produk yang membantu meningkatkan penampilan mereka untuk sesi bergambar bersama keluarga semasa musim Raya.  

 

Sementara itu, kata carian Kuih Raya meningkat kepada 253,603 kali sepanjang bulan Ramadan tahun lepas dari 58,331 kali pada tahun 2020 kerana Kuih Raya merupakan salah satu keperluan dalam rumah tangga rakyat Malaysia yang meraikan perayaan itu dan juga merupakan buah tangan yang diberikan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan mereka.

 

Para pengguna juga mencari barangan automotif seperti topi keledar, minyak enjin, pengelap cermin kereta, penapis minyak dan lilin kereta di atas talian. Sebagai contoh, kata carian wiper telah dicari sebanyak 8,365 kali pada bulan Ramadan 2020 kerana kedai perkakasan dan alat ganti mempunyai waktu operasi yang terhad sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pada bulan Ramadan tahun lepas, ia telah dicari lebih 27,000 kali.

 

Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata bahawa kawalan pergerakan telah melatih rakyat Malaysia untuk membiasakan diri dengan e-dagang dan Shopee kini menjadi platform utama untuk dapatkan barangan keperluan Ramadan mereka yang dibeli di luar talian sebelum ini.

 

“Sebagai contoh, terdapat peningkatan dalam jualan untuk ketupat palas, krim BB dan concealer semasa bulan Ramadan pada tahun 2021. Produk-produk ini merupakan barangan popular yang dibeli oleh para pengguna di luar talian sebelum ini. Namun begitu, produk-produk tersebut menjadi barangan yang paling banyak dijual di atas talian dalam kategori produk mereka pada tahun lepas.”

 

Bagi 3 produk terlaris dari setiap kategori untuk tempoh tiga tahun yang lalu, Shopee telah kongsi yang berikut:

 

Kategori

3 produk paling banyak dijual sepanjang Ramadan 2021

3 produk paling banyak dijual sepanjang Ramadan 2020

3 produk paling banyak dijual sepanjang Ramadan 2019

Barangan Runcit & Produk Haiwan Peliharaan

Detergen Pakaian

Detergen Pakaian

Sampul Raya

Sampul Raya

Keropok/Kerepek

Serbuk Keju

Ketupat Palas

Sampul Raya

Set Hadiah Kuih Raya

Kelengkapan Rumah & Kediaman

Bekas Makanan

Kotak Simpanan Barang

Kotak Simpanan Barang

Bantal

Bekas Makanan

Straw Minuman Guna Semula

Kain

Ubat Nyamuk

Peralatan Membakar Kek/Kuih

Peralatan Rumah

Pemproses Makanan

Pemproses Makanan

Pemerah Jus Mudah Alih

Penggoreng Udara

Pemerah Jus Mudah Alih

Pemproses Makanan

Pemerah Jus Mudah Alih

Periuk Nasi

Periuk Nasi

Kesihatan & Kecantikan

Mask Muka

Mask Muka

Mask Muka

Krim BB dan foundation cair

Syampu

Syampu

Concealer

Produk untuk Bulu Kening

Produk untuk Bulu Kening

Fesyen Muslim

Baju Kurung

Hijab

Baju Melayu

Kain Pelikat

Baju Melayu

Telekung

Baju Melayu

Blaus Wanita

Hijab

Aksesori Muslim

Kerongsang

Sejadah

Tasbih

Sejadah

Tasbih

Kerongsang

Tag Hijab

Kerongsang

Sejadah

Automotif

Injap Tayar

Rim Sukan

Pen Cat Tayar

Pen Cat Tayar

Pen Cat Tayar

Penutup Hab Pusat Roda

Nat Roda

Penutup Roda Rim Sukan

Nat Roda

 

Dengan musim Ramadan yang kian menjelang, rakyat Malaysia boleh mendapatkan keperluan Ramadan mereka semasa kempen Ramadan Bersama Shopee dari 4 hingga 18 April 2022. Pengguna Shopee boleh menikmati penghantaran percuma dengan perbelanjaan minimum RM5, Tawaran Ramadan RM10 serta berpeluang memenangi sebuah Vespa Sprint S 150 melalui Hadiah Mingguan Motosikal sepanjang tempoh kempen tersebut.

 


Sambil bersiap-sedia untuk menyambut bulan Ramadan bersama Shopee, para pengguna juga akan disambut oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Ratu Pop Malaysia sebagai duta tempatan platform e-dagang semasa kempen Ramadan Bersama Shopee. Untuk menambahkan kemeriahan pada musim perayaan, jenama kecantikan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, SimplySiti akan membawa kejutan kepada para pengguna dengan pelancaran rangkaian kosmetik baharu di kedai rasmi Shopee Mallnya. Dapatkan keperluan untuk menghias diri bersama SimplySiti untuk musim Raya akan datang di https://shopee.com.my/simplysiti.

 


Anda juga boleh dapatkan keperluan Ramadan anda di Shopee Mall daripada jenama-jenama seperti: Akemi, Celovis, Dessini, Dr. Cardin, Enfagrow, Gaabor, Garnier, Grafen, Honor, Infinix, Kiehl's, Kitchenz, Levi's, Logitech, Maserati, McDonald's, Mydin, MY Mentholatum, OPPO, Perfect Diary, PinkFlash, Polo Hill, Skechers, Tefal dan Vinda atau cari apa sahaja yang anda perlukan di https://shopee.com.my/m/ramadan-sale.


Ceritaita


Ulasan

  1. nak raya ni tentulah ramai survey online aje kan. jaga sop. jap lgi nk jenguk shopee gak aa

    BalasPadam
  2. Waduh seram nak klik, takut terjebakk hahahaha

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...