Menyimpan dengan bijak untuk masa depan - Cerita Ita                                                             Menyimpan dengan bijak untuk masa depan Langkau ke kandungan utama

Menyimpan dengan bijak untuk masa depan

Menyimpan dengan bijak untuk masa depan

Assalamualaikum semua,  kali ni aku nak bercerita kisah menyimpan duit senyap-senyap dalam Maybank. Mesti ada yang tanya macamana simpan duit senyap-senyap dalam Maybank tu kan? 


Menyimpan dengan bijak untuk masa depan


Sebenarnya bukanlah simpan senyap-senyap tanpa diri sendiri tau pun. Tapi lebih kepada simpanan berdisiplin tanpa perlu korang buat pun simpanan tu.. tak perlu nak buat bank transfer. Tak perlu beratur kat mesin ATM pun. Sangat mudah! 


Meh la aku ceritakan macamana aku buat. Mula kisahnya setiap tahun aku akan asingkan duit gaji sikit untuk perbelanjaan penting tahunan macam bayar duit cukai kenderaan atau roadtax kereta dan duit untuk kegunaan sekolah anak-anak dan hari raya. 


Biasanya untuk perbelanjaan macam ni kalau korang tak asingkan awal-awal tentu akan rasa terduduk bila sampai masa nak bayar tapi duitnya takde kan. Sebab jumlahnya bukanlah jumlah yang kecil untuk dikumpulkan dalam satu masa. Macam kami ada 2 buah kereta dan 4 orang anak bersekolah. Mau berpinar mata bila tetiba kena bayar selepuk gitu. 


Macam baru ni siap bayar yuran dan duit buku je pun dan lebih RM1200 untuk 4 beradik ni. Itu termasuklah keperluan sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah agama. Tapi tak termasuk lagi keperluan pakaian sekolah dan kasut tau. Jadinya bayangkanlah kalau tak menyimpan tu. Mau sesak jugak la. 


Kebetulan pulak ada kawan aku ceritakan pasal keadah penyimpanan tabung di Maybank yang mudah ni. Jadi aku dah cuba sejak tahun lepas lagi dan alhamdulilah ianya sangat membantu aku dalam pengurusan kewangan yang lebih teratur.


Caranya mudah je. Meh aku tunjukkan ya. 


Cara menyimpan menggunakan Maybank


1. Mula-mula korang kena pastikan korang ada akaun dan pengguna Maybank2u. Ni yang utama sekali. 


2. Lepas tu korang boleh login macam biasa ke akaun Maybank menggunakan Maybank2u. Eh lupa nak bagitau. Aku tunjuk dengan guna website tau. Sebab aku tak simpan aplikasi Maybank dalam telefon pun. 


Cari yang macam ni kat belah bawah


3. Bila dah login tu korang scroll belah bawah hingga jumpa tulisan 'create goal' macam gambar kat atas ni ya.


Yang ni keluar lepas klik 'create goal'

Ada bermacam jenis kategori yang boleh korang pilih


4. Kemudian korang klik perkataan tu dan dia akan keluar paparan macam kat atas ni. Korang boleh pilih kategori yang korang nak dan letakkan nama 'goal' korang tu dan pilih komitmen yang korang nak buat. Macam gambar seterusnya di bawah tu. Lepas tu korang boleh pilih komitmen korang tu pulak. Yang ni aku lupa pulak ambik gambar. 


Dia ada pilihan 'by duration' yang bermaksud mengikut tempoh masa yang korang nak. Macam contoh korang nak dalam tempoh 6 bulan dari sekarang. Jadi korang boleh pilih 'by duration' tu. Satu lagi pilihan ialah 'by monthly commitment', yang ni korang boleh pilih kalau korang nak tetapkan mengikut berapa je jumlah yang korang boleh sumbang. Nanti kat hujung baru dia bagi tempoh masa untuk capai sasaran mengikut kemampuan bulanan korang tu.


Ini contoh sasaran yang aku buat


5. Lepas tu korang boleh la tetapkan macamana sasaran korang tu nak dicapai. Komitmen tu korang boleh pilih sama ada nak guna  Konon macam contoh yang aku bagi kat atas ni ialah korang nak sasarkan cukai kenderaan korang. Katalah macam aku nak guna RM1200 untuk cukai kereta tu, jadi aku set 'by duration' sebab aku nak cukup jumlah tu sehingga bulan yang aku nak guna. 


Kemudian lepas tu aku tetapkan dari akaun mana aku nak dipotong. Aku masukkan pulak jumlah RM1200 yang aku nak capai selepas 9 bulan akan datang. Kemudian masukkan pulak 'first deposit' atau deposit pertama. Jangan risau pulak tengok angka RM50 tu. Sebab paling sikit untuk mulakan deposit adalah RM10. Jadi boleh je korang nak letakkan RM10 yang paling minima.


Lepas tu korang set pulak yang bawah dia lagi iaitiu tarikh pertama korang nak simpanan pertama korang dimulakan. Macam aku tu aku letak 5 Mac 2022, Jadi nanti secara automatik dia akan potong setiap 5hb setiap bulan bermula 5hb Mac. Lepas tu nanti dia akan automatik jugak keluar berapa yang korang perlu simpan untuk mencukupkan RM1200 dalam masa 9 bulan tu nanti. Dalam contoh aku ni, dia perlukan RM128 setiap bulan untuk mencukupkan RM1200 tu nanti.


Selesai semuanya korang klik tulisan hijau 'start' kat bawah tu dan dia akan bermula menyimpan untuk korang.


Paparan akhir yang akan keluar bila tekan start

6. Bila dah buat semua langkah kat atas tu nanti, dia akan keluar paparan macam kat atas ni. Sasaran aku untuk menyimpan RM1200 dalam masa 9 bulan lagi telah pun disetkan. Nanti akan ada potongan secara automatik dari akaun aku ke dalam akaun simpanan tersembunyi ni yang aku tak boleh kacau.


7. Tapi adakala nanti kalau korang ditakdirkan sesak atau di saat kecemasan yang mana nak perlukan duit tapi takde simpanan lain. Jangan bimbang sebab simpanan korang ni masih lagi boleh membantu. Bukanlah maksudnya bila dah set ni dah tak boleh buat atau guna untuk tujuan lain dah. Takkkk. 

Jangan fikir macam tu ya. Korang masih boleh pergi kat paparan bulatan "goal" korang tadi dan nampak tak 3 titik yang kat bawah tu? Haa.. tekan titik tu kemudian dia akan keluar paparan macam atas ni. Pilihan untuk 'view detail' atau papar keseluruhan, 'top up amount' atau tambah amaun dan akhir sekali ialah 'remove goal' atau batalkan sasaran. Haa jika sesak nak perlu batalkan sasaran yang dibuat boleh tekan yang 'remove goal' tu ya.

Pada aku setiap sistem ada Pro dan Contra dia. Macam ni Pro dia ada banyak, aku rasa tak perlu aku nak senaraikan semua la kan. Cukup kalau aku kata sangat mudah nak set dan nak guna. Orang yang tak pandai IT atau kaedah kewangan asas pun boleh buat. Yang lain ialah ianya PERCUMA. Contra dia satu je yang aku nampak. Korang cuma boleh setkan goal sehingga 3 atau 4 goal saja dalam satu-satu masa. Lebih dari tu dah tak boleh. Jadi pandai-pandailah nak manfaatkan ya.

Mudah sangat sebenarnya nak menyimpan guna kaedah ni. Ianya pada aku sama macam korang main kutu. Bagi duit tetina sampai masa dah cukup duitnya. Hati pun senang tanpa rasa terbeban. Bagi sesiapa yang nak mulakan aku alu-alukan sangat. Semoga ada manfaat pada semua yang membaca ya. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Bagus juga ada cara digital. Boleh tengok dan diingatkan berapa jumlah sudah disimpan.

    BalasPadam
  2. penah nampak gak kaedah penyimpanan mcm ni bagus juga kan utk disiplinkan diir. mmg kena asingkan awal2 kalau tak mmg lenyap gitu je duit tu kan haa

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...