Misi Mencari Baju Raya di Butik AISY ASYRAF JOHOR BAHRU ( ANGSANA MALL )
Misi Mencari Baju Raya di Butik AISY ASYRAF JOHOR BAHRU ( ANGSANA MALL ) |
Kalau kat Johor ni banyak gila butik dan tempat jual baju raya tapi biasanya kami akan tumpu jugak cari tempat mudah dan selesa. Disebabkan kami kebetulan ada hal di Johor Bahru baru ni dan sambil mengimbau tempat tinggal lama yang kami tak sempat pun nak raya betul-betul hari tu. Last-last pergi lah masuk Angsana Mall tempat yang ramai orang datang bila masuk musim raya.
Fuhhh bila je sampai di sana, mata ni jadi rambang. Mana taknya. Pilihan untuk cari baju raya lelaki punyalah banyak. Eh bukan baju raya lelaki je. Baju raya perempuan pun macam-macam fesyen ada dijual di Angsana Mall ni. Paling kami suka kalau pergi Angsana Mall ni ialah tempat makan kat situ memang banyak lah. Jadi tak jadi masalahlah nak cari tempat berbuka nanti. Kami suka food court dan restoran makanan segera kat sini. Semuanya ada. Tandas dan surau pun sangat selesa. Macam hotel 5 bintang.
Lepas tu kat Angsana Mall ni kalau korang ingat sebelum musim pandemik lagi memang sebenarnya jadi tempat orang memborong keperluan raya macam baju raya, hiasan raya dan paling best tingkat bawah dia penuh dengan jualan kuih muih raya. Ya Allah sampai taktau la nak pilih la. Orang sekitar pasti tau la. Ada kawan kami ni pun kata Angsana Mall ni penuh dengan kenangan dari zaman kecik-kecik cari keperluan raya. Kira Angsana Mall ni tempat wajib pergi la gitu.
Butik Aisy Asyraf di Angsana Mall |
Tawaf punya tawaf. Nah mata ni berkenan tengok satu butik ni. Warna hijau gelap. Kawasan butik ni buatkan mata memanggil-manggil untuk singgah. Dahlah dekat dengan parking. Kami keluar je dari parking masuk ke Level 3. Terus jumpa butik ni di sebelah kanan. Eh mudah je nak nampak.
Dari jauh oooi dah nampak |
Level 2 No 19 Angsana Mall |
Abang-abang, kakak-kakak kalau masuk Angsana Mall ni kalau tak singgah Butik Aisy Asyraf ni satu kerugian besar. Sebab apa tau? Sebabnya baju-baju dia banyak pilihan warna korang. Patutlah la mata ni memanggil-manggil sebab warna dia lawa-lawa betul. Sudah lah warna-warna dia lawa, kain dan design dia pun cantik. Part kain ni memang kami kagum. Semua yang masuk pegang kain pun dah terpikat.
Haa... pilih la yang mana berkenan ada 2 versi kat situ |
Mencuba baju di Butik Aisy Asyraf
Yang bestnya aku paling suka tengok muka Shah.. bukan selalu kan kami cuba baju yang khas untuk butik lelaki je macam ni. Kali ni ada kesempatan aku suka tengok reaksi dia. Setiap kali keluar dari bilik persalinan tu muka dia ceria betul. Memang beza la sangat. Aku dapat bayangkan betapa selesanya dia pakai baju dari koleksi Butik Aisy Asyraf Johor Bahru ni.
Ceria je cik abang kita dapat baju raya |
Butik Aisy Asyraf Johor Bahru |
Lepas ni tahu dah kalau masuk musim perayaan memang cari dekat butik Aisy Asyraf je. Aku dah siap iklan dengan adik beradik dan kawan-kawan. Adik beradik Shah kat Kuantan pun sibuk suruh kirim belikan baju sebab diorang tengok dari gambar pun dah berkenan. Kami kata takyah susah-susah nak kirim. Baju Butik Aisy Asyraf ni boleh online je pun. Zass terus sampai rumah. Senang kan?
Yang bestnya orang dari Singapore pun datang ke Butik ni. Ada yang borong sampai 10 helai. Maklum lah Kawasan tumpuan buat rakyat Johor dan Singapore la kata kan. Katanya dia borong siap-siap untuk family dia. Rupa-rupanya dia dah ambil order siap-siap tu. Lepas ni siapa yang dari singapura tu boleh lah ambil order siap-siap. Sempadan dah buka ni memang peluang terbaik datang ke sini.
Masa kami datang hari tu pun ada pelanggan yang datang dari Sabah borong jugak untuk saudara dan kawan-kawan. Terkejut aku dengar dia minta bungkus 10 helai jugak. Eh dia belek-belek lebih kurang je tau. Tu aku kata pegang kain pun dah terpikat. Tapi korang tu kalau tak boleh datang ke butik. Korang boleh je order online. Nanti kat bawah aku tulis sekali laman web dan nombor untuk hubungi lebih mudah.
Koleksi baju raya 2023
Aku nak jugak la ceritakan pasal design koleksi baju raya 2022 yang ada di Butik Aisy Asyraf ni kan. Dah nama blogger rugi kalau dah sampai tapi tak cerita. Korang boleh la baca kemudian mudah sikit nak buat pilihan nanti. Ada banyak design baju raya kat sini ok. Sampaikan Shah angkat letak banyak-banyak kali pasal taktau nak cuba mana satu dulu 😂.
Mana model yang lagi hensem ni haha |
Kemasan leher pada Kurta Hatta 2.0 Jahitan dia kemas betul |
Tapi sebabkan ada bini dia yang cekap. Cewaaah puji diri sendiri. Jadi aku suruh dia cuba dulu Kurta Hatta 2.0. Kenapa 2.0? aku pun tertanya benda sama.. sebab dulu dah pernah keluar koleksi Kurta Hatta jugak dan mereka buat penambahbaikan dari segi design dan kain juga warna dan dinamakan Kurta Hatta 2.0 pulak. Tapi serius wei. Selesa dan sedap kain dia. Guna cotton premium katanya. Shah kata selesa macam taknak tanggal la.. eh jangan macam-macam bang. Baru cuba satu ni. Hahaha. Cepat betul boleh balik.
Haa.. tak nampak buncit kan.. hehe |
Yang aku suka pasal Kurta Hatta 2.0 ni ialah cutting dia tu. smart! Kalau orang perut buncit pakai pun elok je terletak sampai tak nampak la perut buncit dia haha. Kenyit mata sikit. Dan kalau korang buat pembelian untuk Kurta Hatta ni akan ada disertakan sekali butang baju melayu yang cantik macam kat bawah ni ya. Dah siap satu pakej. Takyah keluar modal asing. Tapi kalau terasa nak beli butang je pun boleh. Butik memang ada jual 2 jenis butang baju Melayu yang cantik. Buat je la pilihan.
Pilihan Butang baju melayu yang ada dan facemask |
Tapi lepas tu dengan kuasa bini yang agak veto ni aku suruh dia cuba Kurta Fadani pulak. Yang ni cantik gak sebab leher dia jenis teluk belanga. Staf butik ni cakap paling laris la kat Johor ni. Ye la orang Johor kan sinonim dengan baju melayu leher teluk belanga. Jadi kalau terasa nak sarung Kurta pulak tahun ni boleh la cuba koleksi Kurta Fadani ni. Yang bawah ni Shah pakai Kurta Fadani. Ada 2 warna yang Shah cuba.. yang dalam gambar bawah sekali tu model dia pakai.. yang tu kocek kat tepi je.. boleh pilih la antara 2 versi ni..
Lupa bagitau Kurta Fadani sesuai untuk lelaki yang bersaiz besar. Kira untuk plussize tu korang memang wajib datang. Korang pasti berkenan. Model dia pun gunakan Angah pelawak terkenal tu. Aku suka warna-warna dia. Kain pulak jenis ringan dan serap peluh. Siap ada poket tau, senang nak bubuh sampul duit raya untuk isteri nanti.. hahaha.
Bergaya pulak dengan beg.. fuyoo |
Lepas tu Shah cuba pulak Kurta Nabella. Kata staf butik, ni koleksi tahun lepas tapi pada aku disebabkan tahun lepas kita raya macam tak raya jadi tak salah kan kalau aku nak jugak tulis. Pasal ini antara Kurta yang patut korang cuba. Design dia unik sebab ada gabungan bahagian bercorak. Bukan nak kata apa la ya tapi mata aku berkenan betul Kurta Nabella ni.
Bergaya di hari raya dengan Kurta Nabella |
Bila Shah pakai dan berdiri dekat kaunter tu aku rasa macam jatuh cinta kali pertama balik la kat dia. Hahaha.. Drama ek. Tapi taklah drama aku memang cakap jujur ok. Segak betul bila dia sarung Kurta Nabella ni. Dah gaya YB balik melawat kawasan je dah. Mujur je pilihanrya dah habis. Hahaha. Shah pun berkenan betul dengan yang dia pakai ni jugak.
Cantik design ni |
Kurta Hatta
Nak cerita la waktu Shah cuba ada satu pasangan ni tengah cuba jugak, suami dia sarung Kurta Hatta 2.0 lepas tu terus mintak saiz sebab dah berkenan. Tapi isteri dia siap tunjuk kat Shah sambil cakap. "Abang, yang itu pun cantik jugak. Abang taknak cuba dulu? ". Haaa nampak tak aura dia kat situ? Jadi pergi cari lekas Kurta Nabella. Bawak gi kerja hari-hari pun cantik ni.
Barangan lain di Butik Aisy Asyraf
Perfume |
Ada kurta retro lain di belakang shah tu |
Kurta Rafi Kids |
Kain pelikat |
Kemeja Pak Maun |
Kurta Manna Kids |
Rekaan Terkini Butik Aisy Asyraf
Kalau untuk koleksi raya 2022 ni Butik Aisy Asyraf menampilkan beberapa rekaan terkini iaitu Kurta Hatta 2.0, Kurta Syirazi, Kurta Syirazi Kids dan juga Kurta Fadani. Ada juga baju melayu teluk belanga iaitu Baju Melayu Adika yang boleh dibeli secara online dan penghantaran akan dibuat di seluruh negara. Beli cepat wei sebelum kehabisan.
Ada banyak lagi pilihan. Kalau yang suka design batik pun ada. Kalau yang suka design retro pun ada. Kalau yang bawak anak-anak nak menyinggah sini nak cari warna untuk padankan satu keluarga pun boleh. Senang sekaliarung kan? Ada jugak dijual kain pelikat kat sini. Nak buat samping atau pakai dengan Kurta pun boleh. Butik ni pun jual beg dan perfume untuk lelaki. Korang datang dan boleh je tanya dengan staf Butik yang sangat-sangat membantu. Laju je diorang ni buat kerja. Sebut nama warna tu pun tak tergeliat lidah macam aku. Hahaha.
Setiap pembelian akan disertai dengan kotak dan beg yang cantik. |
Lokasi Butik Aisy Asyraf Johor Bahru
Untuk orang Singapura pulak ada promosi special sempena sempadan dibuka. Setiap pembelian RM500 dan ke atas akan dapat perfume dan facemask secara percuma. Pastikan whatsapp dulu nombor di bawah untuk promosi ni ya. Aku aku sertakan lokasi, nombor Whatsapp untuk butik ni ya. Kalau sesiapa yang nak beli online pun boleh je terus ke laman web mereka. Selamat memborong!
Butik Aisy Asyraf Johor Bahru
Level 3 Lot 19 Angsana Mall
Johor Bahru
WhatsApp - 0197548210
Laman web : https://www.aisyasyraf.com
Ceritaita
waa dah beli baju raya ye ita.. cantik2 design dan color pun byk pilihan
BalasPadamLama gilerr tak pi Angsana ni, lagi time ramadan, penuh saja area sana. Mesti dh banyak raya jual kan.. koleksi Aisy Asraf ni pun smart juga..
BalasPadamTak sabar nak merasa raya macam sebelum covid... ni kena buat persiapan awallah kan... menarik juga pilihan dekat kedai ni
BalasPadamBergaya sungguh hero kak ita pakai kurta, juju suka tgk dia pakai tema hijau lumut tu ganding dengan beg dan songkok tinggi, mmg terlajak hensem! Kurus!!!!
BalasPadamhasben kita suka giler kurta aisy asyraf ni. kain best. kualiti memang terbaik. dah 4 tahun masih elok lagi.
BalasPadamJarang dah g angsana ni .. mmg banyak kedai .. celah2 lau nak cari baju raya kena la pegi siang .. malam masa confirm tak cukup lg2 anak ramai
BalasPadamTerujanya tengok baju-baju Melayu lelaki tu.. kalaulah dekat dah boleh gi. Dia kalau beli baju ni.. bila tak test sarung kat badan macam tak sah rasa.. hihi
BalasPadamKurta tu nampak simple n nice. Warna merah tu cantik sgt.
BalasPadamBaju budak pun ada. Tengok Kain dia jenis high quality, mesti selesa pakai kan.
Beli baju Melayu untuk Pak Zain jenama ni kat Bangi...ada rezeki lebih skit belikan yg mahal skit..tahun ni theme kami hitam...hehehe
BalasPadam