Kenangan raya yang wajib disimpan bersama The Empire Studio - Cerita Ita                                                             Kenangan raya yang wajib disimpan bersama The Empire Studio Langkau ke kandungan utama

Kenangan raya yang wajib disimpan bersama The Empire Studio

Assalamualaikum semua, kita dah masuk 15 Ramadan pun hari ni. Setiap kali Ramadan, terasa macam cepat je masa berlalu. Selalunya macam tu la baru je bermula Ramadan tetiba dah nak habis dah pun kan. Tahun ni entah kenapa mood nak raya tu lain macam sikit. Rasanya sebab dah 2 tahun tak beraya betul-betul seperti tahun- tahun sebelum agaknya.

the empire studio JB
Kenangan raya yang wajib disimpan bersama The Empire Studio


Korang pun rasa macam tu ke? Ntah kenapa dia punya perasaan macam kita kena tinggalkan kenangan manis-manis dengan semua yang ada bersama kita. Entahlah ya.. sejak dah mengharungi zaman pandemik Covid dan jugak merasa jadi mangsa banjir yang hampir kehilangan harta benda ni aku terasa la macam tu. ke aku je terlebih emosi agaknya hahaha. Tapi aku betul-betul rasa semua kenangan patut dicipta antaranya kenangan raya yang wajib disimpan. 

Potretkan kenangan raya bersama The Empire Studio

Sebelum ni aku tak pernah kisah pun nak bergambar sangat satu keluarga. Ok tipulah. Aku kisah sebenarnya tapi aku tidaklah sampai nak berbelanja nak pergi upah orang ambik gambar kami sekeluarga. Kali ni aku rasa beza sangat. Sebab aku rasa nak simpan kenangan yang indah dan cantik-cantik untuk anak-anak aku dan keluarga kami. 

Banyak la kisah yang berlaku buat aku rasa macam kenangan raya kali ni perlu menjadi kenangan raya yang wajib disimpan untuk kenangan berharga kami semua. Antara sebabnya bila dah merasa 2 tahun tanpa raya sebenar waktu PKP disebabkan pandemik Covid19 aritu. Memang sangat terasa la bila kena beraya kita-kita je dalam rumah.

Sebab kedua aku pulak sebab semua gambar kenangan kami habis rosak bila kami ditimpa banjir pada penghujung tahun 2021. Memang akan sentiasa tersemat dalam ingatan la peristiwa ni. Habis semua kenangan termasuk gambar dalam laptop pun habis rosak dalam banjir. Sangat sedih aku rasa.

Jadi kali ni kami luangkan masa jugak pergi ke The Empire Studio bila kami ada peluang ke Johor Bahru baru ni. Kat sini ada 4 studio yang cantik-cantik dekorasinya. Yang pentingnya aku nak tunjuk gambar kami sekeluarga dalam semua studio yang ada di Empire Studio ni supaya korang mudah nak buat pilihan berdasarkan warna baju raya korang nanti. 


Studio A




Studio B


Studio B



Studio C


Studio D


Korang boleh pilih jenis studio dan pakej yang sesuai dengan bajet korang. Pakej bermula dari harga RM150 hingga ke RM250. Aku letak la nanti harga pakej dan apa yang ditawarkan kat bawah nanti.Haa.. jangan lupa tau untuk booking dulu slot korang supaya pengambaran berjalan lancar.


pilihan pakej The Empire Studio





Pakej yang ada macam dalam gambar kat atas ni tau.. harga serendah RM150 dan korang boleh pilih mana-mana studio yang korang berkenan dan mereka akan ambil gambar, edit dan email hasilnya. Jika nak simpan gambar kenangan atau framekan gambar tu boleh je tambah add on mengikut apa yang korang nak. Nak tambah studio lain pun boleh.


Siap berbaring dah si Adam haha


Yang paling best pada aku jurugambarnya sangatlah sporting dan bersabar dengan kerenah anak-anak. Pandai pulak tu pikat anak sampai sempoi je bergambar termasuk la si kecik Adam kami tu haa.. faham je la budak kecik macam tu bukan nak duduk diam sangat pun, tengok je la gambar atas ni gelagat dia.


Jadi korang yang berhajat nak ambik gambar sekeluarga bersempena raya Syawal nanti dan nak potretkan sekali kenangan raya korang aku cadangkan korang berhubung dengan The Empire Studio ni melalui alamat kat bawah dan nombor telefon yang diberi ya. Terutama pada yang sedang mencari pakej gambar raya murah di JB. Peringatan harga pakej hanya sah untuk Ramadan dan Aidilfitri sahaja ya.




The Empire Studio

Alamat : 49, Jalan Aliff 4, Taman Damansara Aliff, 81200 Johor Bahru, Johor.

Call/Whatsapp : 019-7008889 / 0134273320

 https://wa.link/msyfd4

 https://wa.link/oheshp

Laman Web : https://theempirestudio.com/

Facebook : The Empire Studio

Instagram : The Empire Studio


Ceritaita


Ulasan

  1. Lawaaa studio dia kali ni.. geramm nengok, harga pun berbaloi kannnn..

    BalasPadam
  2. Try sekali lagi, tadi komen hilang plak...

    BalasPadam
  3. Singgah datang komen lagi, tadi komen tapi hilang ermmmmm

    BalasPadam
  4. suka tgk gambar kat tangga tu ita. nampak real. tapi semua gambar pun cantik2 laa

    BalasPadam
  5. wah menarik background dia boleh tukar2..

    BalasPadam
  6. Unik dan cantik2 la setup studio dia ni

    Follow here #683

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...