Terkena serangan cengkenit - Cerita Ita                                                             Terkena serangan cengkenit Langkau ke kandungan utama

Terkena serangan cengkenit

Assalamualaikum semua, sejak pindah ke Kluang ni, setiap kali hujung minggu kami akan luangkan masa balik ke rumah mak abah aku di kampung. Dapat bermalam sekejap pun jadilah. Sebab masa hari bekerja nak menjenguk tu agak payah sikit. Maklumlah dengan anak bersekolah lagi tak terkejar jadinya.

cengkenit
Terkena serangan cengkenit


Bila dah balik kampung ni tau je la anak-anak ni. Biasa di rumah kami yang kawasan bandar ni kan tak boleh nak lepas bebas sesuka hati. Jadinya dia lepas geram la merayap merata-rata kat belakang rumah. Kat reban ayam. Kat bawah pokok. Main basikal. Berguling sana sini. Kalau hujan tu lagi la jadi kesukaan dia main hujan pulak.

Bukan boleh dilarang pun bebudak ni. Lagipun kalau nak dilarang berasa kesian pulak. Selama ni berkurung, nak main kat luar rumah sekali sekala pun payah. Jadinya ikut la anak, mainlah puas-puas. Bulan puasa je diorang ni agak kurang sikit aktiviti kat luar rumah tu. Kalau bukan bulan puasa. Rata la diorang main.

Antara aktiviti diorang kat kampung


Bila dah main merata-rata tu faham je la kampung yang ayam pun hidup berkeliaran ni. Haa.. bila malam mula masing-masing menggaru. Biasanya akan mengadu gatal sana sini. Sakit sana sini. Gatal la selalunya. Kalau dah mengadu gatal ni tak lain tak bukan memang terkena serangan cengkenit la biasanya.

Eh korang panggil cengkenit jugak ke benda alah ni. Ke aku je panggil nama dia cengkenit. Dia ni kecik je. Warna merah seakan-akan oren macam tu. Bila dah mengigit biasanya akan lebih gelap dan jelas lagi warna merah dia. Biasanya kita akan nampak rupa dia macam bulu halus berwarna oren kemerahan yang melekat kat tempat yang gatal dan dah bintat.

Biasa kalau dia ada kat satu-satu tempat ni, dia punya gatal tu akan terasa sampai sekitar kawasan berdekatan jugak. Contoh macam kalau dia kat hujung ketiak, nanti akan rasa gatal sampai ke sekitar ketiak tu. Semua tempat la gatal rasanya. Padahal dia sekor je bertenggek kat situ.

Kawasan yang biasa dia hinggap dan gigit ni biasa kawasan yang tersembunyi macam di alat kemalu*n, celah peha, celah ketiak dan kat pelipat perut dan dada. Tempat terbuka tu biasa dia tak suka. Senang kita nampak agaknya kan. 

Biasanya kalau orang tua akan kaitkan dengan kehadiran ayam la. Kiranya kalau main kat kawasan reban ayam ke mudah la kena serangan cengkenit ni nanti. 

Cara nak ubat serangan cengkenit ni ialah dengan menanggalkan cengkenit tu sendiri dan tindas dia sampai penyek. Cara yang aku selalu guna ikut mak aku ajar ialah guna jarum peniti. Kan hujungnya tu tajam. Jadi cungkil je dia keluar dan tindas. Bukan tak boleh guna tangan gitu je. Tapi biasanya sangat susah nak tanggal benda ni ya.

Cara lain yang lagi mudah orang tua ajar tenyeh je dengan tembakau atau minyak angin. Bila panas dia tanggal la sendiri. Tapi aku jarang guna cara ni sebab anak-anak ni sebenarnya tak tahan gatal. Selagi cengkenit tu tak ditanggalkan selagi tu la gatal tu terasa. Jadi elok la tanggalkan. 

Setiap kali kejadian serangan memang aku la umpama PBSM jadi penyelamat mangsa serangan. Tak memasal jugak kekadang asyik nak kena tengok alat sulit bebudak ni je.. hahaha. Gitu la cabaran seorang emak tau. Korang macam tu jugak ke? Ke tak pernah kena atau tengok cengkenit ni?


Ceritaita



Ulasan

  1. pernah dengar pasal cengkenit ni , tapi tu lahh belum berkesampatan nk tgk rupa cengkenit ni macam mana

    BalasPadam
  2. ahahhahaa.. teringat masa kecik duluu... benda tu biasa ada kat pusat....

    BalasPadam
  3. Saya selalu kalau kena letak kapur makan tu hiihih

    BalasPadam
  4. Sama panggil cengkenit juga, bias amemang dapat dari hama ayam tu haaa.. gosok tembaku hilang...

    BalasPadam
  5. nampak mcm habuk aje eh. aku pun x sure penah jumpa ke tak natang ni

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...