Homestay Gapai Pelangi di Bandar Putra, Kuantan - Cerita Ita                                                             Homestay Gapai Pelangi di Bandar Putra, Kuantan Langkau ke kandungan utama

Homestay Gapai Pelangi di Bandar Putra, Kuantan

Assalamualaikum semua, akhirnya Homestay Gapai Pelangi beroperasi! Macam best je baca kan?  memang berita best setakat ni.. alhamdulillah.. Gembira nak umumkan projek homestay yang kami idamkan selama ni dah bermula. 



Homestay Gapai Pelangi di Bandar Putra,  Kuantan

Secara rasminya projek kami ni dan beroperasi dan menerima kehadiran tetamu sebagai penyewa di sini bermula dari lepas raya hari tu. Tu yang agak sibuk sampaikan blog ni pun tergendala. Banyak kisah nak cerita tapi nanti kita cerita satu-satu ok.



Pasal homestay ni kami sangat-sangat teruja nak umumkan pada semua. Kalau sesiapa yang mencari penginapan di sekitar Bandar Kuantan boleh la hubungi kami nanti. Nak selesa sangat macam duduk hotel tu tidaklah. Cuma cukup semua kelengkapan asas insyaAllah.


Eh aku letak sini la semua kemudahan dan butiran mengenai Homestay Gapai Pelangi kami tu kat blog ni. Senang jadi rujukan sesiapa yang memerlukan. 


Homestay Gapai Pelangi




Lokasi : Bandar Putra,  Tanjung Lumpur,  Kuantan, Pahang. 


Rumah teres 2 tingkat

3 bilik 3 bilik air

Bilik utama (1 katil queen) -Di tingkat atas

Bilik kedua (1 katil queen) -di tingkat atas

Bilik ketiga (1 katil queen + 1 katil single) - Di tingkat bawah

Kipas di setiap bilik, 2 ruang tamu dan dapur


Kemudahan:

Ruangan parking 2 buah kereta

Set sofa

Set meja makan

TV (mytv) 

Peti sejuk

Periuk nasi

Oven

Sterika

Dapur gas dan peralatan memasak

Ruangan solat

Toto tambahan (sedia ada) 


Berdekatan :

3 minit ke TMG Mall Tanjung Lumpur, 7elevan, Dobi Layan Diri,  Pizza Hut,  MrDIY, Eco Shop, Kedai makan, Yayasan Pahang, University College of Yayasan Pahang Kuantan, Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan lain-lain (1km)

8 minit ke Pantai Kempadang (3km) 

20 minit ke Pantai Teluk Cempedak, Zoo Teruntum (12km) 

10 minit ke KPJ (6km) 

10 minit ke Medan Ikan Bakar Tanjung Lumpur (8km) 

18 minit ke Dewan Jubli Perak (11km) 

15 minit ke Pusat Bandar Kuantan (8.5km)


Check in : 2.30 petang

Check out : 12.00 tengahari


Harga : RM180 semalam (promosi) 



Hubungi untuk tempahan/pertanyaan : 


Whatsapp    : https://wa.me/60137428301?text=Homestay%20Gapai%20Pelangi


Facebook : https://www.facebook.com/homestaygapaipelangi/


Instagram :

https://www.instagram.com/homestaygapaipelangi


#homestaygapaipelangi #homestaykuantan




Akan datang akan ada projek menaiktaraf homestay pulak dari masa ke semasa. Cuma perlukan modal untuk naiktaraf tu. Kalau sambutan menggalakkan akan datang pasti akan ada tambahan kemudahan lain nanti. Buat masa ni memang kemudahan asas je la. 


Setakat ni sambutan agak menggalakkan,  hampir setiap hujung minggu penuh dengan penyewa. Syukur juga la. Tambahan pulak ada antaranya penyewa yang dah berulangkali menyewa kerana ada urusan di Hospital KPJ yang berdekatan dengan homestay kami. 


Ada yang tanya kenapa nama homestay tu Gapai Pelangi? Sebabnya ialah nama syarikat kami Gapai Pelangi Entreprise. Jadinya bersempena nama syarikat kami jugak ni. Lepas ni mana tau akan ada Gapai Pelangi Cafe ke kan.. haha.. berangan. 


Doakan kami ya kawan-kawan. Semoga makin bertambah rezeki kami dan anak-anak nanti. Semoga penyewa yang menginap di Homestay Gapai Pelangi juga tidak serik singgah ke sini. 


Ceritaita

Ulasan

  1. wah bestnya homestay ni. semoga ramai yang check in sini. nampak bersih. masuklah dlm airbnb ta. kalau semua bilik ada ekon lagi best

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...