Assalamualaikum semua, akhirnya Homestay Gapai Pelangi beroperasi! Macam best je baca kan? memang berita best setakat ni.. alhamdulillah.. Gembira nak umumkan projek homestay yang kami idamkan selama ni dah bermula.
Homestay Gapai Pelangi di Bandar Putra, Kuantan
Secara rasminya projek kami ni dan beroperasi dan menerima kehadiran tetamu sebagai penyewa di sini bermula dari lepas raya hari tu. Tu yang agak sibuk sampaikan blog ni pun tergendala. Banyak kisah nak cerita tapi nanti kita cerita satu-satu ok.
Pasal homestay ni kami sangat-sangat teruja nak umumkan pada semua. Kalau sesiapa yang mencari penginapan di sekitar Bandar Kuantan boleh la hubungi kami nanti. Nak selesa sangat macam duduk hotel tu tidaklah. Cuma cukup semua kelengkapan asas insyaAllah.
Eh aku letak sini la semua kemudahan dan butiran mengenai Homestay Gapai Pelangi kami tu kat blog ni. Senang jadi rujukan sesiapa yang memerlukan.
Homestay Gapai Pelangi
Lokasi : Bandar Putra, Tanjung Lumpur, Kuantan, Pahang.
Rumah teres 2 tingkat
3 bilik 3 bilik air
Bilik utama (1 katil queen) -Di tingkat atas
Bilik kedua (1 katil queen) -di tingkat atas
Bilik ketiga (1 katil queen + 1 katil single) - Di tingkat bawah
Kipas di setiap bilik, 2 ruang tamu dan dapur
Kemudahan:
Ruangan parking 2 buah kereta
Set sofa
Set meja makan
TV (mytv)
Peti sejuk
Periuk nasi
Oven
Sterika
Dapur gas dan peralatan memasak
Ruangan solat
Toto tambahan (sedia ada)
Berdekatan :
3 minit ke TMG Mall Tanjung Lumpur, 7elevan, Dobi Layan Diri, Pizza Hut, MrDIY, Eco Shop, Kedai makan, Yayasan Pahang, University College of Yayasan Pahang Kuantan, Maahad Tahfiz Negeri Pahang dan lain-lain (1km)
8 minit ke Pantai Kempadang (3km)
20 minit ke Pantai Teluk Cempedak, Zoo Teruntum (12km)
10 minit ke KPJ (6km)
10 minit ke Medan Ikan Bakar Tanjung Lumpur (8km)
18 minit ke Dewan Jubli Perak (11km)
15 minit ke Pusat Bandar Kuantan (8.5km)
Check in : 2.30 petang
Check out : 12.00 tengahari
Harga : RM180 semalam (promosi)
Hubungi untuk tempahan/pertanyaan :
Whatsapp : https://wa.me/60137428301?text=Homestay%20Gapai%20Pelangi
Facebook : https://www.facebook.com/homestaygapaipelangi/
Instagram :
https://www.instagram.com/homestaygapaipelangi
#homestaygapaipelangi #homestaykuantan
Akan datang akan ada projek menaiktaraf homestay pulak dari masa ke semasa. Cuma perlukan modal untuk naiktaraf tu. Kalau sambutan menggalakkan akan datang pasti akan ada tambahan kemudahan lain nanti. Buat masa ni memang kemudahan asas je la.
Setakat ni sambutan agak menggalakkan, hampir setiap hujung minggu penuh dengan penyewa. Syukur juga la. Tambahan pulak ada antaranya penyewa yang dah berulangkali menyewa kerana ada urusan di Hospital KPJ yang berdekatan dengan homestay kami.
Ada yang tanya kenapa nama homestay tu Gapai Pelangi? Sebabnya ialah nama syarikat kami Gapai Pelangi Entreprise. Jadinya bersempena nama syarikat kami jugak ni. Lepas ni mana tau akan ada Gapai Pelangi Cafe ke kan.. haha.. berangan.
Doakan kami ya kawan-kawan. Semoga makin bertambah rezeki kami dan anak-anak nanti. Semoga penyewa yang menginap di Homestay Gapai Pelangi juga tidak serik singgah ke sini.
Ceritaita
wah bestnya homestay ni. semoga ramai yang check in sini. nampak bersih. masuklah dlm airbnb ta. kalau semua bilik ada ekon lagi best
BalasPadam