Krisis Makanan di Malaysia - Cerita Ita                                                             Krisis Makanan di Malaysia Langkau ke kandungan utama

Krisis Makanan di Malaysia

Assalamualaikum semua,  kali ni di Malaysia ni aku kira dah sibuk pasal krisis makanan. Rasanya semua dan perasaan. Ada yang ambik serius pasal ni dan ada yang tak kisah. 

Krisis Makanan di Malaysia


Krisis Makanan di Malaysia

Mula-mula kurang ayam di pasaran. Lepas tu pasal perang di negara lain, terpalit pulak masalah stok tepung. Belum lagi masalah kekurangan sayuran dan lain-lain sumber makanan.


Bila dah jadi macam ni rasanya semua orang perasan jugak harga barang dah mendadak naik dari biasa. Ini semua disebabkan pemintaan dan penawaran. Masa sekolah dulu-dulu adalah aku belajar pasal ekonomi asas ni sikit. Tapi belum cukup la nak jadi pakar ekonomi. Cuma layak bercakap daripada pendapat je. 


Bila dah jadi krisis makanan utama macam ayam dan tepung ni ada bermacam keluhan keluar.  Tak kurang jugak yang bercakap takde hal pun kekurangan sumber penting macam ni pasal dia tak makan ayam, ada jugak orang lain yang cakap dia jugak tak makan tepung. Kiranya dia punya pola makanan la yang terpaling sihat. 


Padahal dia tak sedar,  di sebalik sesuatu barang yang dijual di pasaran tu, terdapat orang yang bergantung dengan barang itu untuk sara hidup. Macam ayam tu,  walau mungkin orang tu tak makan tapi dia mungkin menjual lauk siap dimasak atau menjual di pasar malam atau di tepi-tepi jalan.


Sama juga dengan tepung,  ada orang yang memerlukannya untuk membuat kuih bagi menyara hidup sehari-hari walau mereka tak makan pun kuih dibuat tu. Orang yang bukak kekadi kek dan roti jugak akan terjejas. Itu baru cerita pasal pekerjaan. Belum pasal kesan rantaian makanan pulak.


Cubalah fikirkan jika ayam tiada di pasaran contohnya. Permintaan ke atas sumber makanan terutama sumber protein yang lain macam makanan laut tu semua cukup ke untuk tampung keperluan ?  Kalau dah jadi tak cukup,  bukan ke akan naik harga mendadak juga ? 

Macam tu jugak kalau berlaku kekurangan makanan tak halal macam daging babi semua tu. Walau orang Islam tak makan babi tapi bila pasaran babi dan ada masalah tak ke akan sebabkan orang mencari sumber protein yang lain ? Dalam keadaan ni semua akan terkesan. 

Jadi tak ke yang kononnya ada pola pemakanan terpaling bagus dan sihat tadi pun akan sama-sama mengeluh sebab harga barangan lain turut naik ?  Ya,  naluri manusia begitulah. Selagi tidak ada sangkut paut kepada mereka, mereka boleh bercakap sesuka hatinya tanpa endahkan orang lain. 


Kena faham yang krisis makanan sedang berlaku di Malaysia. Samada kita suka atau tak,  kita bersedia atau tak,  kita makan makanan tu atau tidak, semua masyarakat akan terlibat. Kerana ianya melibatkan keseluruhan ekonomi dalam Malaysia dan secara tak langsung sosioekonomi Malaysia jugak akan berubah. 


Satu je nasihat aku nak cakap dalam entri ni setelah panjang lebar membebel. Cukup-cukuplah komen yang tak membantu sesiapa pun. Jadi lebih sensitif dengan persekitaran. Tak bermakna jika kita rasa tidak terlibat secara langsung dalam sesuatu isu tu kita boleh kata apa je. 


Termasuklah ada yang komen makanan itu ini tak bagus. Kita tak tau mungkin ada keluarga yang bergantung hidupnya dengan tepung berbanding beras hari-hari. Ramai yang begitu. 


Nak bercakap mengenai kesihatan boleh,  tapi jadilah lebih sensitif dan berhemah. Itu pun salah satu moral yang kita boleh dapat melalui krisis makanan di Malaysia ni. Jadilah insan yang lebih cakna dengan orang lain. 


Ceritaita

Ulasan

  1. mmg kena bersedia kan ita. nak atau takna semua akan terkesan..

    BalasPadam
  2. makan ikut kemampuan sahaja sekarang ni..huhu

    BalasPadam
  3. Betul tu Ita.. kalau tak ada benda baik nak cakap atau tulis baik lah diam. Apapun kita tetap kena bersediakan..

    BalasPadam
  4. Moga semua para peniaga tabah akan kenaikan harga.. kita pengguna pulak kena bijak berjimat..

    BalasPadam
  5. Saya yang business kecil-kecilan buat kuih pun terkesan huhu..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat