Assalamualaikum semua, hujung minggu baru ni aku berkesempatan menjengah ke kedai kegemaran semua wanita di dunia. Mana lagi kalau bukan kedai emas. Bukan kedai emas biasa-biasa tau.. tapi merelip mata bila masuk ke Miragold ni.. Haha.. dia punya intro bukan main kan.
Pengalaman ke Kedai Emas Viral Miragold |
Pengalaman ke Kedai Emas Viral Miragold
Orang perempuan ni kalau disebut pasal emas, jaranglah kalau tak berminat nak tau. Termasuklah aku, dulu adalah rasa tak minat tapi sebab masa tu tak tau pasal nilai emas ni. Bila dah tau, rasa menyesal pulak tak mengumpul emas dari dulu. Hujung minggu baru ni aku macam dapat 'me time' bila dapat berkunjung ke Kedai Emas Miragold di Taman Masai, Pasir Gudang.
Cincin Emas V Viral |
Masa memula nak melangkah masuk tu pun aku dah rasa wow sangat tau. Sebab apa tau? sebab pertama tentulah sebab ternampak emas yang mengerlip di sebalik tirai kaca tu. Sebab kedua pulak ialah terasa macam masuk kedai yang sangat esklusif.
Macam dilimpahi rasa mewah bila melangkah masuk bila terpandang warna korporat yang digunakan oleh Miragold ni. Gabungan warna Tiffany Blue, putih dan emas sangat menyejukkan pandangan dan terus rasa nak duduk lama-lama la kat sini. Tapi akhirnya memang aku duduk lama pun.. mau taknya.. emas ni memang kena belek lama-lama nak cari mana yang berkenan.
Suasana dalam Kedai Emas Miragold |
Kenapa aku ke Kedai Emas Miragold?
Mesti ada yang tanya aku kenapa aku boleh sampai ke Miragold ni yang nun jauh di Pasir Gudang. Kalau ikutkan memang la jauh dari tempat aku tinggal kat Kluang tu pertamanya sebab namanya la.. dah aku tulis tu Kedai Emas Viral Miragold kan.. dah agak terkenal di penjualan secara online. Harga yang ditawarkan oleh Miragold ni pulak berbaloi la pada aku. Harga emas 916 ditawarkan bermula dari RM272/gram. Ada juga barang kemas yang ditawarkan dengan harga tanpa upah.
Harga emas terkini |
Harga Emas Terkini |
Kalau korang jenis suka nak letak emas lama dan nak tukarkan dengan emas baru yang designnya lebih moden atau design emas viral eloklah ke sini. Sebab mereka ada tukang emas dan designer yang profesional. Untuk kes 'trade in' macam ni mereka tawarkan dengan harga setinggi RM233 untuk satu gram emas. Agak tinggi kan?
Harga Trade in tertinggi |
Tapi antara sebab terpanggil nak datang sini ialah layanan dari Miragold ni sendiri. Kalau tak pernah datang macamana tau layanan ok ke tidak kan? mesti ada yang nak tanya soalan tu. Korang tentu biasa sangat dengan jualan secara live di facebook, tiktok dan instagram kan? Haa.. kat sini la korang boleh tengok macamana semua staff di Miragold layan pelanggan. Setiap yang masuk kedai disapa dengan sangat meriah ok.. I like haha..
Staff tengah sibuk live... mereka juga melayan tanpa jemu |
Lagi satu aku teruja bila dengar cerita yang founder Miragold ni berasal dari Kluang sama je macam aku.. cuma bezanya beliau baru berumur 32 tahun sekarang ni dan dah miliki Kedai Emas Miragold sendiri, malu pulak nak ceritakan apa je pencapaian yang aku ada.
Koleksi Viral |
Pn Mira, founder Miragold ni bukan calang-calang orang pada pendapat aku. Beliau dah mulakan kerjaya dalam emas ni 7 tahun secara online sebelum beliau akhirnya membuat keputusan untuk membuka Kedai Emas Miragold secara fizikal pada tahun 2018. Kini dah 4 tahun beliau buka Kedai Emas Miragold ni.
Waktu kebanyakan peniaga diuji dengan PKP satu masa dulu, Kedai Emas Miragold terus teguh berdiri kerana mereka telah pun menjalankan perniagaan online sebelum ini lagi. Kagum betul aku dengan semua staf mereka yang berkebolehan membuat live samada di Facebook, Tiktok dan juga Instagram.
Diskaun untuk ahli |
Masa aku pergi baru ni aku perhatikan ramai antara pelanggan mereka adalah pelanggan tetap di sini. Mana tidaknya mereka ada menyediakan sistem keahlian. Untuk pertama kali menjadi ahli pelanggan perlu membayar RM29 dan kemudiannya pelanggan boleh dapat keistimewaan diskaun harga ahli sehingga RM5 bagi setiap satu gram emas yang dibeli. Berbaloi kan?
Eh belum habis pasal keistimewaan keahlian ni.. setiap RM1 yang dibelanjakan korang boleh kumpul mata keahlian dan kemudian mata keahlian ni boleh ditukarkan kepada jumlah wang tunai menjadikan pembelian emas korang lebih berbaloi. Korang hanya perlu perbaharui keahlian dengan bayaran hanya RM10 setiap tahun sahaja. Bagi penggemar emas terutamanya yang sentiasa nakkan design terkini tentu rasa promosi keahlian ni amat berbaloi.
Satu lagi yang aku rasa patut cerita pasal Miragold ni sebenarnya ialah mereka tawarkan simpanan di kedai emas mereka. Ala cerita dia macam dulu-dulu kita suka main kutu untuk beli emas. Tapi cara ni lagi selamat. Sesiapa yang nak menyimpan untuk pembelian emas ni boleh bertanya lanjut dengan Kedai Emas Miragold ni je terus. Aku rasa dalam banyak-banyak kelebihan Miragold ni, ini yang paling best nak ceritakan pada korang la..
Yang pentingnya korang boleh simpan berapa banyak nak simpan takde had minimum atau maksimum dan korang punya simpanan akan diberikan resit untuk disimpan sebagai bukti simpanan. Cukup masa nak beli emas idaman tu boleh je terus membeli guna simpanan yang ada. Cara ni lebih mudah dan selamat.
Melaram sambil simpan impian.. Kenan betul yang jagung kiri sekali tu |
Aku dah ceritakan panjang lebar pasal Miragold ni kenalah belanja gambar dengan barang kemas impian aku sepanjang aku pusing dalam kedai ni kan.. kenalah ada buat pasang angan-angan.
Promosi emas 999 |
Belum habis lagi tau, Miragold ada juga menjual emas 999 kat sini. Siap ada promosi setiap pembelian 10 keping emas 999 boleh dapat 1 keping percuma. Dan setiap pembelian 5 keping emas 999 boleh beli emas keenam dengan harga 50%. Marilah mula mengajak kawan-kawan yang suka membeli emas 999 tu beli sama-sama ya.
Antara design yang hot |
Koleksi yang comel-comel |
Kalau yang mencari emas viral dan emas design terkini tu sinilah tempatnya. Korang juga boleh buat kenangan dengan ukiran nama yang korang nak terletak cantik kat barang kemas pilihan. Jangan ragu-ragu dah. Senang aku letak la sekali lokasi dan semua link media sosial yang Kedai Emas Miragold ni ada untuk rujukan korang.
KEDAI EMAS MIRAGOLD
Facebook: https://www.facebook.com/kedaiemasmiragold2/
Instagram: https://www.instagram.com/emasmiragold/
Tiktok: https://www.tiktok.com/@emasmiragold
Ada live setiap hari dari semua channel di atas ni tau.
Paling aktif di Facebook dia la.
Telegram rasmi: https://t.me/KEMIRAGOLD
Yang ni untuk info terkini dan tentunya gambar ‘close-up’
emas yang lebih JELAS.
Juga info tambahan lain termasuk cara menempah secara online.
http://Wasap.my/60143839582/telegram
Website: www.miragold.com.my
Ingat Emas Ingat Miragold.. Hola.. hola.. hola
Ceritaita
wow menariknya design2 kat kedai emas ni. paling suka dgn environment kat sini. combination warna mmg cantik dan selesa sgt
BalasPadamIngat emas, ingat Miragold.. kalau haus yee Marigold hahahaha..
BalasPadamSuka sini banyak pilihan dan harga boleh tawar menawar...
Rambang mata nak pilih
BalasPadam