PT3 Mansuh, aku tak setuju! - Cerita Ita                                                             PT3 Mansuh, aku tak setuju! Langkau ke kandungan utama

PT3 Mansuh, aku tak setuju!

PT3 Mansuh,  aku tak setuju! 

Assalamualaikum semua,  sejak semalam bila diumumkan berita peperiksaan PT3 dimansuhkan oleh Menteri Pendidikan, aku rasa macam nak marah pun ada. Dalam hati dah menjerit kata "Aku Tak Setuju!".

PT3 Mansuh,  Aku Tak Setuju! 


PT3 Mansuh,  aku tak setuju! 

Maaflah korang ya. Bunyinya agak beremosi post kali ni tapi ini adalah pendapat peribadi seorang ibu kepada salah seorang yang sepatutnya menjadi calon PT3 tahun ni. 


Pada aku eloklah diadakan satu peperiksaan besar juga tapi tumpukan pada hanya subjek wajib sahaja. Balik ke sistem peperiksaan asal Penilaian Menengah Rendah atau PMR macam dulu ke.  Yang lain tu korang nak buat PBS ke apa ke ikut korang la. 


Sebab apa tau?  2 tahun sekolah yang selam belum kata orang kampung ni menyebabkan anak-anak tak rasa keperluan untuk ke sekolah. 


Bila takde peperiksaan?  Lagilah rasa  takde kepentingan pergi sekolah. Mereka tak serius nak belajar pun. Pergi sekolah hanya untuk jumpa kawan dan main-main macam budak tadika. Level sekolah menengah bukan begini sepatutnya. Mereka patut diasuh merasa tanggungjawab dan peperiksaan juga salah satu cara melatih mereka. 


Aku kecewa. Entahlah apa yang mereka semua ni fikir. Patut mereka lebihkan masa fikir beban subjek pada pelajar sekolah rendah berbanding dengan asyik nak ubah sistem penilaian anak-anak ni. 


PT3 dimulakan pada tahun 2014. Pada aku masih di peringkat mengumpul hasil kajian sama ada ianya berjaya ataupun tidak. Tiba-tiba mansuh. Entahlah labu. 


Sedangkan di zaman kami yang ada PMR dulu pun, bila masuk tingkatan empat ramai yang ingat honeymoon year sebelum SPM.. kalau sekarang ni agaknya honeymoon years la jadinya.. Berat tanggungjawab cikgu SPM nanti.. naya! 


Ceritaita

Ulasan

  1. kan..ammi pun tak setuju.
    even bila dia mansuhkan UPSR pun ammi tak setuju sebenarnya

    BalasPadam
  2. Aini pun tak berapa setuju.. duk dimansuhkan bit by bit la.. lepas ni mansuh certain subjek plak.. tak tau lah apa nak jadi.. kesian anak2 zaman sekarang..

    BalasPadam
  3. walaupun syafi nx year baru masuk form 3 tapi aku pun kurang setuju gak ita

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat