Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang
Luangkan masa bersama anak-anak di Pantai Kempadang |
Assalamualaikum semua, hujung minggu baru ni kami dapat berita mak shah tak berapa sihat. Jadi kami buat keputusan bali ke Pahang sekejap. Kami gerak pagi Jumaat dari Kluang. Sampai ke kampung selepas Jumaat. Sempatlah singgah ke Kampung Paloh Hinai untuk rombangan lelaki menunaikan solat Jumaat.
abg ngah buat misi cari kepah juga ni |
budak yang paling aktif, berani betul dia |
Keesokkan harinya kebetulan pulak ada orang keluar dari homestay kami dan akan ada yang baru nak masuk, jadi kami kemaskan homestay dulu pagi tu. Siap berkemas semua, kami jalan-jalan ke Pantai Kempadang pulak. Sebelum tu sempatlah menyinggah beli makanan tengahari di Restoran Mabiq.
Waktu kami sampai tu dah lebih pukul 2 petang jadinya lauk-lauk banyak yang dah habis. Sebabkan niat kami memang nak makan ikan patin tempoyak, kami jenguk jugak apa yang ada. Malangnya waktu kami sampai tu nasi pulak dah habis. Jadi kami cuma bungkuskan lauk je la.. kami ambik paeh ikan patin dan ikan patin masak tempoyak, sambal ikan bilis tempoyak, sayur kacang masak kicap dan ikan keli goreng dan sambal. Semua ni RM45 harganya.
Pais ikan patin tu kami ambik bahagian badan, harganya RM14, Patin masak tempoyak pulak kami ambik bahagian kepala, harganya RM15, ikan keli pulak RM4.50 untuk seekor. Kami singgah beli nasi dan air pulak kat kedai lain. Bawak semuanya ni dan bentang tikar di tepi pantai sambil berkelah. Seronok la anak-anak.
ni masa main layang-layang tapi tak nampak layangnya |
Lepas makan tu anak-anak layan main layang-layang. Lepas tu apa lagi kalau bukan melayan mandi laut. Seronok la semuanya. Anak-anak ni semuanya dilahirkan di persekitaran Kampung Kempadang ni kecuali Abg Long dan Adik Adam. Jadi hati mereka sudah pastinya dekat dengan Pantai Kempadang ni. Kiranya kalau ke sini umpama macam balik kampung la pada mereka.
Lama juga kami bersantai di Pantai Kempadang ni. Selepas bersihkan badan dan salin baju, kami berjalan ke gerai yang ada di sepanjang pantai dan beli bekalan makanan untuk dibawa pulang. Kami sempat singgah beli corndog cheese, ayam gunting, aiskrim baba, kuih meneram, tauhu bergedil dan air ribena.
Kami tinggalkan pantai dengan janji kepada anak-anak yang kami akan datang bermalam di pantai di nanti. Berangan sangat nak berkhemah dengan anak-anak di pantai ni. Mesti lebih seronok nanti. Semoga dipermudahkan urusan kami nanti.
Ceritaita
Wahhhh, seronok duk tepi pantai... Lagi lagi bila cuaca elok, plan menjadik.. bestnya ❤️
BalasPadamSeronok anak2 dapat main pantai kan kak. Anak2 ana pun sama jugak.
BalasPadamseronok bebudak main pasir dan air pantai.. kalauberkhemah boleh lepak lagi lama kan
BalasPadamSama anak sedara kita, pantang nampak laut, kadang takde stanby baju pun, pun habis di terjunnya laut hahaha
BalasPadamSeronoknya...lama dah x bawak anak2 mandi laut...
BalasPadam