Mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah - Cerita Ita                                                             Mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah Langkau ke kandungan utama

Mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah

Mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah

Mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah


Assalamualaikum semua,  hari ni semua dicutikan sekolah sekali lagi. Dengan umminya sekali cuti kerja hari ni. Kami mengulang rutin yang sama ke Hospital Tun Aminah di Johor Bahru. 


Kali ni masih dengan tujuan yang sama iaitu rutin pemeriksaan dan prosedur gigi Abg Chik aka Hadi anak nombor empat kami. Aku pun dah lupa ni sebenarnya pemeriksaan kali ke berapa tapi memang sebelum ni rutinnya sebulan sekali la. 

Pipi bengkak pun masih tersenyum


Kisah dia sebenarnya bermula waktu kami masih tinggal di JB dulu. Pada 15 November 2020, Abg Chik tiba-tiba je alami tanda luar biasa iaitu bengkak pipi sebelah kanan. Aku rasa waktu tu pipinya panas dan tentu ada jangkitan. Tapi dia masih boleh makan dan tersenyum macam biasa kerana tak sakit. 

Risau kan.. dia kata tak sakit


Kami bawa dia ke Klinik Kesihatan Kempas waktu tu untuk pemeriksaan lanjut. Bermula dengan klinik biasa di tingkat bawah kemudian kami dirujuk ke Klinik Pergigian yang berada di tingkat atas. 


Waktu tu doktor gigi yang ada terus tak berani nak buat prosedur yang bukan-bukan. Jadi kes Abg Chik dirujuk terus ke Pakar Pergigian Kanak-kanak di Hospital Tun Aminah. Jadi bermulalah perjalanan yang sangat panjang buat Abg Chik. 


Menguruskan kes perubatan kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi-lagi bila melibatkan gigi pulak tu. Aku sangat kagum dengan cara bekerja di Pakar Pergigian Paedetrik di HSA ni kerana cara mereka yang sangat profesional dan sangat bersabar dengan kerenah kanak-kanak. 


Setiap prosedur terpaksa dipertimbangkan kerana melibatkan emosi kanak-kanak. Jadi adakalanya terpaksa diulang berkali-kali jika emosi anak tidak stabil. Macam tu la yang kami hadapi. Bayangkanlah dari November 2020 hingga ke sekarang ni Julai 2022, kami perlu hadir setiap bulan hanya kerana emosi anak yang asyik berubah-ubah. 


Akhirnya 3 bulan lepas berjaya cabut satu gigi dan bulan lepas pasang crown. Dan hari ni berjaya cabut lagi 2 batang gigi. Bunyi macam mudah je kan?  Tapi percayalah.. bila melibatkan anak yang manja ni ujian dia tinggi betul. 

Gigi yang dicabut

Gigi yang dicabut


Sejak bulan lepas Shah yang kena naik ke pakar tu sebab dengan aku dah tak jalan dah. Aku cuma mampu bagi moral support dari jauh je sejak 2 bulan ni. Sebabnya dia manja sikit dengan aku. Kena orang lain yang bantu. Tak lain tak bukan ialah ayah dia. 


Alhamdulillah gigi yang bermasalah utama semua doktor dah cabut. Tinggal ada beberapa gigi yang perlu ditampal. Kami diberi tarikh dengan jarak 2 bulan dari sekarang. Lega la sikit tak sebulan sekali macam dulu. 


Lega sikit bukan sebab apa. Tapi lebih kepada sebab cuti dan mencutikan adik beradik lain dari sekolah juga. Kalau dulu kami duduk di JB takde masalah sangat. Boleh aku ambik kebenaran keluar je dan adik beradik lain masih boleh bersekolah macam biasa. 


Tapi bila kami dah berpindah ke Kluang ni,  masalah jarak la yang paling utama. Kami terpaksa aturkan semuanya semula. Bukan kami tak minta kes dipindahkan tapi kekangan kerana hanya ada 2 Pakar Pergigian Paedetrik di Johor iaitu di JB dan Segamat. Tentulah kami memilih ke JB yang lebih dekat. 

Muka sedih lagi walau dapat belon,  ada 2 belon satu lagi untuk adik 😅


Suka dia tadi bila dapat hadiah set alat tulis dan belon bila dah selesai cabut gigi. Bagus layanan klinik ni. Anak pun jadi tak takut jumpa Doktor Gigi. Semoga lepas ni masalah gigi Abg Chik boleh selesai dengan baik dan kami tak perlu mengulang lagi ke HSA. Korang bantu doakan ya. Terima kasih. 


Ceritaita

Ulasan

  1. Ya Allah seram tengok gigi tu. Sedangkan kita yang dewasa pon takut apatah lagi anak kecil. Good boy la abang Chik

    BalasPadam
  2. alahai kesiannya Abg Chik sampai bengkak pipi tu.. tapi kalau doktor gigi bagus mmg boleh repeat la kan..

    BalasPadam
  3. Aduhai sakit tu. Sakit gg ni memang menguji kesabaran. Bertabahlah sis hadap jaga anak. Semoga cepat sembuh

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat