Melaram kasut Lucca Vudor yang selesa dan berbaloi
Melaram kasut Lucca Vudor yang selesa dan berbaloi |
Assalamualaikum semua, bila sebut pasal orang perempuan ni biasa kalau kita dengar istilah bagi reward diri sendiri kan? Aku pun tak berkecuali jugak sebenarnya. Biasanya aku akan beli barang-barang yang aku boleh pakai dan tahan lama la. Kali ni aku pilih untuk reward diri dengan melaram kasut Lucca Vudor yang selesa ni haa..
Aku ada banyak jugak kasut, biasanya kasut kerja la. Tapi kali ni aku pilih kasut yang lain dari lain pulak. Bukan sebab nak nampak muda atau ikut trend sangat pun. Tapi bila umur makin meningkat ni aku rasa aku lebih pada nak bagi keselesaan pada kaki aku bila melangkah.
Yakin walau di mana berada |
Dan yang paling penting sekali ialah design kasut yang boleh dibawa ke mana-mana. Kiranya kalau pakai ke mana-mana majlis tu tak janggal la nanti. Jadi kenalah pilih yang boleh tawarkan kedua-dua ciri yang pastinya memberi kepuasan pada diri sendiri yang memakai ni nanti kan..
Masa mula-mula aku bukak laman web Lucca Vudor ni, aku terkedu tau.. sambil bertanya pada diri sendiri kenapalah baru tau pasal laman web kasut ni.. kesian betul la.. sebab apa tau?
Sebab bila dah belek satu-persatu jenis kasut yang ada dalam laman web ni aku terus jadi rambang mata. Percayalah aku ambik masa 3 hari 3 malam nak pilih sepasang kasut pilihan hati. Aku siap baca satu persatu perincian material yang digunakan untuk setiap kasut Lucca Vudor ni.
Fantasia Sport Sneakers |
Boleh katakan 80% pembuatan kasut ni adalah berasaskan kulit. Jadi tak hairanlah kalau hasil dia sangat-sangat lembut dan selesa pada kaki bila kita pakai tu nanti.
Macam kasut yang aku pilih ni, dipanggil Fantasia Sport Sneakers. Aku saja pilih warna coklat sebab senang nak sesuaikan dengan baju apa pun bila warna coklat ni. Ianya jugak nampak lebih menarik dan bukan warna yang membosankan.
Masa tengok di laman web, semasa nak pilih hari tu aku baca satu persatu material yang digunakan. Jelas ditulis lapisan atas, lapisan dalaman dan lining semuanya menggunakan kulit iaitu kulit biri-biri dan lapisan luaran tapak dia menggunakan getah.
Tapi kasut ni memang sangat-sangat selesa bila dipakai di kaki. Masa aku berjalan jauh dari hotel ke tepi pantai di JB untuk makan steamboat aritu aku tak rasa pun sakit kaki la. Rasa macam tak berjalan jauh pun waktu tu. Kaki pun langsung tak sakit. Memang selesa betul la.
Ada jugak kasut yang menarik perhatian aku macam kat bawah ni haa.. memang best seller di Lucca Vudor pun yang ni. Kalau aku jenis kerja dalam pejabat hari-hari memang dah lama aku beli sepasang yang ni.
Pendek kata aku memang cadangkanlah korang beli dan cuba dulu sepasang ke.. terutama yang kerjanya jenis banyak berjalan tu. Biasanya cikgu dan doktor atau jururawat la yang perlukan kasut yang selesa sebab banyak berjalan ni. Sesiapa yang berminat aku letakkan website dan maklumat lain untuk korang tinjau kat bawah ni ya.. oh ya walaupun kedai digitalnya ada di Singapura, ianya ada cawangan di Malaysia dan boleh dipos ke Malaysia, Australia dan Singapura tau..
Smart kan? |
Lucca Vudor
Alamat : Atria Shopping Gallary G-15Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400
Waktu Perniagaan : Dibuka setiap hari (11 pagi hingga 7 malam)
Facebook : https://ms-my.facebook.com/luccavudorsg/
Instagram : https://www.instagram.com/luccavudorsg/
Website : https://www.luccavudor.com/
Ceritaita
best sb kulit dan harga dia berpatutan juga
BalasPadamkasut yang Ita beli nih nampak tahan lasak... selain warna coklat ada warna apa?
BalasPadamnampak cantik dan mmg selesa la lucca vudor ni.. boleh pakai dgn apa2 gaya sekalipun tetap lawa ita
BalasPadamCantikk kasutnya.. haritu ada tengok kat SOGO, boleh tahan juga harganya yaaa
BalasPadamsalam singgah. mak aii. segak kasutnya. nampak selesa betul yg memakai. kami pun suka kasut - kasut macam tu.
BalasPadam