Semuanya boleh dibuat di Al Fateh Printing and Trading! - Cerita Ita                                                             Semuanya boleh dibuat di Al Fateh Printing and Trading! Langkau ke kandungan utama

Semuanya boleh dibuat di Al Fateh Printing and Trading!

Semuanya boleh dibuat di Al Fateh Printing and Trading!
Semuanya boleh dibuat di Al Fateh Printing and Trading!


Assalamualaikum semua, baru ni kami ada sibuk nak cari tempat nak tempah banner untuk iklankan homestay. Punyalah payah nak cari yang boleh buat design yang kami nak. Sudahnya buat yang simple je cuma ada tulisan dan nombor telefon. Dah siap banner tu baru la tau pasal Al Fateh Printing and Trading. Paling sedih bila tau semuanya boleh dibuat di Al Fateh Printing and Trading ni rupanya.

Sebab apa tau rasa sedih.. kalau kami tempah di Al Fateh Printing and Trading ni rupanya design pun dia boleh bantu buatkan. Itu yang rasa agak terkilan tu. Siap cakap kat Shah, takpe nanti kita tempah banner untuk pau frozen dan kad nama la pulak kat sini nanti.

Bila scroll facebook Al Fateh ni lagi la rasa teruja.. siap ada servis design, cetak dan pemasangan wallpaper yang cantik untuk cermin kedai. Pulak tu dari luar gambar cantik je siap cover dalam kedai. Tapi elok je orang dalam kedai boleh nampak panorama dekat luar tu, termasuklah boleh nampak kalau pelanggan datang. Menarik betul aku rasa! Tak tau lah kalau teknologi ni dah lama tapi aku yang ketinggalan.. macam biasa.. hahaha..

Aku senaraikan je la apa yang boleh korang buat kat Al Fateh Printing and Trading ni walaupun korang boleh baca dari banner pertama dia tu. Biasalah penerangan kalau ada banyak gambar lagi senang faham kan? Betul tak? aku rasa betul.. sebab tu aku letakkan gambar sekali dengan senarai.

Kalau aku sebut pasal syarikat pencetakan mesti ada yang bayangkan cetak baju, banner semua tu kan? Ala itu semua dah biasa sangat dah.. korang tengok la pulak senarai benda yang tak berapa biasa boleh ditempah dekat syarikat ni.. Yang penting syarikat Al Fateh ni menawarkan servis yang berkualiti, mampu milik dan terbaik.


Apa yang korang boleh tempah di Al Fateh Printing and Trading?


1. Cetakan buku

cetakan buku

Buku bil


Yang ni biasa kedai pencetakan akan mintak kuantiti minima selalunya kan? tapi kat sini korang nak cetak dalam kuantiti sikit pun boleh. Korang cuba la tanya lanjut dengan diorang ya. Sebab diorang ada promosi harga terutamanya untuk kakitangan awam dan sekolah-sekolah. Buku bil pun korang boleh tempah ya.


2. Rantai Kunci atau keychain

tempah keychain atau rantai kunci


Ini barang yang dikira 'Rare' sebab tak semua kedai pencetakan buat. Lebih lagi pulak mereka boleh bantu designkan nak rantai kunci yang macamana. Tukarlah bagi rantai kunci sebagai cenderahati perkahwinan pulak ke kan.. baru vogue!


3. One way vision sticker

one way vision sticker


Haa yang ni la yang aku tulis memula tadi. Hebat teknologi dia. Luar tak boleh nampak tapi dalam boleh nampak dengan jelas. Dah la design dia cantik pulak tu.


4. Mouse pad

mouse pad hari guru

mouse pad custom made


Ada tak sejenis macam aku yang suka mouse pad berbeza dari orang lain? kalau ada eloklah korang tempah kat sini. Boleh design di Canva dan dapatkan hasil yang menarik di mouse pad korang. Boleh dah tempah untuk hadiah hari guru tahun depan ni.


5. Sticker poster di dinding

peta malaysia ni menarik

aku berangan nak buat gini la.. tapi gambar laut.. pehh



Yang ni kalau ada cikgu-cikgu atau sesiapa la yang berminat nak cantikkan ruangan sekolah atau pejabat dengan sticker di dinding boleh la cuba tempah ni. Aku bila tengok terasa pulak nak tempah gambar cantik macam air terjun atau laut ke buat tampal kat homestay kami.. macam best kan?


6. Kotak custom made

kotak custom made


Kalau korang peniaga yang mencari tempat nak tempah kotak custom made berlabelkan perniagaan korang boleh la berhubung dengan Al Fateh Printing and Trading ni. diorang boleh adjust la bagi jadi ikut kemahuan yang korang nak.. insyaAllah..


7. Banner, bunting dan flyers

banner

bunting



flyers


Yang ni macam biasa la semua kedai pencetakan buat tapi macam aku cakap tadi, kalau sesiapa yang memang zero pengetahuan dia pasal design biasanya memang tak reti apa nak diletakkan dalam banner. Jangan risau sebab mereka boleh bantu.


8. Kad nama dan sampul duit raya

kad nama

sampul duit raya


Aku dah aim dah macam nak tempah je lepas ni. InsyaAllah nanti aku riki dengan diorang je senang.


9. Sticker kenderaan dan sticker produk

sticker kenderaan

sticker produk


Kalau nak tempah sticker untuk kenderaan syarikat atau iklan berkaitan nak tampal kat kereta boleh jugak dibuat kat sini. Sticker produk pun boleh jugak ya.


10. Baju uniform, t-shirt dan topi

Tempahan baju Tshirt, baju korporat dan topi


Yang terakhir tapi bukanlah bermakna tak bagus. Dia cuma tak boleh jadi yang pertama hehe.. Korang boleh mintak mereka designkan dan cetak baju mengikut spesifikasi yang korang nak. 


Yang paling bestnya diorang ni boleh servis merata Johor kalau melibatkan pemasangan sticker, signboard semua tu ya. Untuk barang-barang lain pulak ada je servis pos disediakan untuk hantar tempahan tu nanti ke seluruh negara. Jadi kalau ada yang kata jauh ke apa ke.. takde masalah ok.. boleh pos punya.. boleh settle punya..


Aku kongsikan media sosial Al Fateh Printing and Trading dan cara korang nak hubungi termasuk sekali alamat dia kat mana. Kalau yang berada berdekatan dengan Johor Bahru ni terutamanya boleh terus je ke cawangan dia yang ada kat JB


Al Fateh Printing and Trading

Kualiti | Mampu Milik | Terbaik

Alamat : 9, Jalan Pendidikan 8/2, Taman Universiti, 81300 Skudai, Johor 

Alamat : 41-GF, Jalan Padi Emas 1/8, Bandar Baru Uda, Trigon Uda Business Centre, 81200 Johor Bahru, Johor

Facebook : https://www.facebook.com/alfatehprinting

Telegram :  https://t.me/promofatehprinting

Whatsapp : http://www.senang.la/nak/alfatehprintingharga


Ceritaita











Ulasan

  1. Saya pun suka dgn servis dorg nih.. huhu.. Pernah guna dah dulu.. Mmg terbaik dan trusted seller wooo

    BalasPadam
  2. wah macam2 boleh buat kat Al fateh ni sampai sticker keta pun boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. lengkap....apa saja bisa dikerjakan di sini. bagus

      Padam
  3. menarik nih boleh try servis Al Fateh nih lps ni

    BalasPadam
  4. Semua benda boleh print dekat sini. Design pun dorang boleh buatkan. Senang kerja.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...