Ketahui 6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids ini boleh bantu anak-anak kekal fokus dalam pembelajaran
6 Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids |
Assalamualaikum semua, sejak negara kita dan juga seluruh dunia dilanda bermacam-macam jenis wabak dan penyakit berjangkit seperti Covid-19 sehingga menyebabkan ramai yang hilang ahli keluarga dan sahabat handai menjadikan aku lebih serius dalam penjagaan kesihatan dan kebersihan diri sendiri dan ahli keluarga aku. Sebagai seorang Vet, aku sangat mementingkan kebersihan diri apatah lagi ketika sedang bertugas.
Belum lagi kita bebas sepenuhnya dari Covid-19, virus Influenza A pula mengganas menyerang kanak-kanak dan di luar negara pula cacar monyet semakin merebak di kalangan masyarakat. Kes harian Covid-19 pun masih lagi tinggi ketika ini cuma masyarakat kita sekarang ni tak cakna, tidak seperti mula-mula Covid-19 melanda negara kita.
Sebagai umat Islam yang
beriman, kita boleh jadikan apa yang terjadi ini sebagai pengajaran dan ingatan
daripada yang Maha Esa agar kita sentiasa ingat kepadaNya. Jangan sesekali kita
lalai dengan duniawi sahaja hingga terlupa beribadah kepadaNya.
Jadi, bagaimana kita
nak hadapi semua ini? Selain daripada mendapatkan vaksin untuk Covid-19 dan
Influenza A, kita haruslah menitik beratkan aspek kebersihan dan pemakanan harian
kita. Golongan kanak-kanak merupakan golongan yang paling berisiko tinggi mudah
dijangkiti jangkitan virus dan kuman yang ada diluar sana.
2 – 3 bulan yang lepas
kita menyaksikan jangkitan Influenza A meningkat di kalangan kanak-kanak bawah
12 tahun sehingga mengakibatkan hospital penuh. Selain itu, ubat-ubatan untuk
demam, selesema dan batuk turut habis di kedai, farmasi dan klinik.
Kelas anak aku pun
jarang nak penuh kehadiran pelajar yang hadir ke sekolah. Mesti ada yang tidak
hadir kerana tidak sihat dan jangkitan ini juga banyak berlaku di sekolah.
Meskipun di sekolah
guru-guru sentiasa memastikan tahap kesihatan pelajar sebelum masuk ke kelas,
namun jangkitan tetap berlaku. Ini sebenarnya
bermula daripada pemakanan anak-anak yang kekurangan nutrisi di rumah.
Jika anak sentiasa sakit, mereka tidak boleh nak fokus dalam pembelajaran. Kita
sebagai ibu bapa pun pasti akan stress kan?
Kat sini aku nak
kongsikan tentang produk terbaru keluaran Eskayvie iaitu Eskayvie i-Qids,
booster untuk minda cergas yang dicipta khas untuk membantu kanak-kanak lebih
fokus dalam pembelajaran.
6 Bahan Nutrisi Utama Eskayvie i-Qids Untuk Otak Yang Sihat dan Minda
Yang Cerdas:
Untuk ibu bapa yang
masih lagi tercari-cari makanan tambahan yang boleh membantu merangsang minda
anak-anak, boleh la mencuba Eskayvie i-Qids ni. Aku tengok sendiri bahan-bahan
utama yang digunakan dalam produk ni pun memang baik untuk otak dan minda
anak-anak.
Jom kita tengok apakah
6 bahan nutrisi utama Eskayvie i-Qids ni.
#1 Phosphatidylserine (Serine)
Kalau nak tahu,
sebenarnya masih ramai kanak-kanak Malaysia yang kekurangan pengambilan
Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi otak yang baik,
kanak-kanak disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg
Phosphatidylserine sehari tetapi sayangnya, kanak-kanak kita hanya mengambil
sekitar 1/3 sahaja daripada jumlah ini!
Phosphatidylserine ni
bukan sahaja penting untuk bantu sel-sel otak berhubung, tapi juga boleh
meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran maklumat jadi
laju, semestinya kanak-kanak akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang
baru! Malah pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga mendapati
dengan corak pemakanan hari ini, ramai individu terdedah dengan pengambilan
Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.
Phosphatidylserine
boleh didapati daripada makanan harian walaupun kebiasaannya jumlahnya tidak
mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil Phosphatidylserine daripada sumber
makanan tambahan.
#2 Alpha-Linolenic Acid (ALA)
Rasanya ramai yang tahu
sebenarnya ikan mengandungi sejenis nutrisi yang dipanggil Omega 3 dan sangat
penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh dipecahkan kepada EPA dan DHA yang
mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang sel-sel otak untuk berhubung.
Sayang sekali,
pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan nutrisi
ini sehingga mengganggu perkembangan minda mereka. Selain daripada makanan
semula jadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati dalam minyak ikan. Namun,
akibat rasa dan baunya yang sedikit hanyir menjadikan kanak-kanak kurang gemar
untuk mengamalkannya.
Sebab itu pengambilan
Alpha Linolenic Acid (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber EPA dan DHA
kepada otak si kecil memandangkan rasanya yang lebih lazat.
#3 22 Ekstrak Buahan dan Sayuran
Sayur-sayuran dan
buah-buahan merupakan sumber antioksidan utama dalam pemakanan harian kita. Ini
fakta yang kebanyakan orang dah tau. Dan fakta berikutnya lebih mengejutkan.
Lebih daripada 90%
rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buahan secara mencukupi termasuklah
kanak-kanak. Tapi apa nak buat kalau anak kita jenis tak suka makan sayur dan
kurang gemar mengambil buahan?
Sebab itu, pengambilan
makanan tambahan dalam bentuk ekstrak buahan dan sayuran amat diperlukan buat
masa ini untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam kedua-dua bahan
tersebut.
Ekstrak buahan dan
sayuran ni bukan saja mempunyai kandungan antioksidan yang lebih tinggi
berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai penyerapan
bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk memenuhi keperluan nutrisi
kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang kurang makan sayur.
#4 Moringa Oleifera
Kebiasaannya tumbuhan
ini turut dikenali sebagai 'daun kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai' yang merupakan
sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat.
Malah, ia dikaji boleh
meningkatkan memori dan pembelajaran kanak-kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat
daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas pandemik di mana banyak
kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak
negatif terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran mereka.
Walaupun khasiat daun
Moringa luar biasa hebatnya, ada ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk
mengajar anak mereka mengamalkan superfood ini.
#5 Prebiotik
Prebiotik merupakan
baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria baik di dalam
usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia akan membentuk satu ekosistem usus
yang sihat dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien.
Disebabkan bakteria
probiotik lebih mudah terjejas dan rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar
mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai alternatif untuk memastikan
kesihatan usus.
Macam-macam sebenarnya
fungsi prebiotik ni. Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti
inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak lagi.
Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk
diamalkan oleh kanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat, penyerapan nutrisi
ke dalam badan juga menjadi lebih mudah.
#6 Multivitamin dan Mineral
Sebenarnya ramai
kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran
yang sihat. Lebih-lebih lagi sejak pandemik bermula, beberapa siri perintah
berkurung telah dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan nutrisi anak
anda. Pemakanan yang tidak terjaga, banyak terdedah dengan makanan segera,
makanan terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi makanan yang
tidak sihat menyebabkan wujudnya jurang nutrisi dalam pemakanan si kecil.
Sebab itu pengambilan
gabungan vitamin dan mineral amat penting untuk melengkapi dan mengisi jurang
nutrisi harian kanak-kanak.
Ibu bapa harus sentiasa
peka dengan pemakanan anak anda. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih sempurna,
amalan mengambil multivitamin dalam bentuk makanan tambahan semestinya boleh
membantu.
Kanak-kanak amat
memerlukan makanan yang sihat dan seimbang untuk tumbesaran dan minda mereka.
Ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam memastikan nutrisi yang
diperlukan oleh anak-anak ini mencukupi.
Namun kadang kala kita
terlepas pandang atau anak-anak itu sendiri yang tidak gemar makan ikan, sayuran
dan buah-buahan. Itu memang biasa dan bagaimana kita nak pastikan mereka ini
mendapat nutrisi yang mencukupi? Jadi itulah tugas ibu bapa mencari nutrisi
tambahan untuk anak-anak ini.
Banyak feedback positif
ibu bapa yang dah mencuba memberikan Eskayvie i-Qids ini kepada anak-anak
mereka. Dari yang susah nak makan, kini makin berselera makan.
Ada juga yang kini ada
perubahan positif dalam pembelajaran dan lebih yakin dengan diri sendiri
berbanding sebelum ini.
Kesimpulannya kalau
korang terdiri daripada ibu bapa yang sedang mencari suplemen terbaik untuk
anak-anak dan nak pastikan anak-anak ada bantuan makanan tambahan yang lengkap,
bolehlah dapatkan Eskayvie i-Qids ni untuk anak-anak korang. Ramai ibu bapa
diluar sana dah mencuba Eskayvie i-Qids. Anda bila lagi?
Jika anak-anak kita
berselera makan, ceria dan fokus dalam pembelajaran kita juga akan tumpang
gembira dengan perkembangan mereka. Eskayvie i-Qids ni diformulasikan oleh
Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri dengan menggunakan
bahan-bahan semula jadi dan ianya halal serta selamat diambil oleh kanak-kanak.
Rasanya juga lazat berperisa coklat dan sangat mudah diamalkan. Anak-anak
korang pasti gemarkannya.
Nak dapatkan Eskayvie
i-Qids ni?
Korang boleh layari
laman web atau laman sosial Eskayvie untuk dapatkannya.
Website: www.iqids.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/
Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official/
#EskayvieDiffenz
#EskayvieDiffenzJunior #KitaIkhtiar
Ceritaita
dimusim serba mencabar ni eloklah lindungi diri dgn eskayvie
BalasPadamSaya pun bagi anak bongsu I-Qids ni ternyata nampak cerdik semacam berbeza dgn abg2 nya waktu umur 5 tahun. Berbaloi dgn byk khasiat dlm 1 tablet coklat yg sedap. Sgt sesuai utk anak yg picker eater dan kurang mkn sayur dan buahan tau :)
BalasPadam