Kirei Kirei Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik di Sekolah-Sekolah Rendah Sekitar Kawasan Lembah Klang - Cerita Ita                                                             Kirei Kirei Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik di Sekolah-Sekolah Rendah Sekitar Kawasan Lembah Klang Langkau ke kandungan utama

Kirei Kirei Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik di Sekolah-Sekolah Rendah Sekitar Kawasan Lembah Klang

Kirei Kirei Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik di Sekolah-Sekolah Rendah Sekitar Kawasan Lembah Klang



4,000 orang murid-murid mengambil bahagian dalam fasa pertama program dengan rancangan untuk mencapai lebih ramai lagi pada program seterusnya

Assalamualaikum semua, dengan tujuan untuk memupuk amalan mencuci tangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak, jenama pencuci tangan No. 1 Jepun, Kirei Kirei telah menjalankan program mencuci tangan untuk murid-murid sekolah rendah di Lembah Klang sepanjang beberapa bulan yang lalu. Lebih 4,000 orang murid-murid mendapat manfaat daripada program ini dan produk bernilai RM50,000 telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut.

 

Sejak dua tahun lalu, amalan mencuci tangan menjadi salah satu rutin harian yang paling ditekankan dalam kalangan masyarakat. Sejak itu, amalan ini telah dilihat sebagai kaedah yang berkesan dalam membantu mencegah penyebaran penyakit, yang biasanya disebarkan melalui kebersihan tangan yang kurang baik. Apabila keluarga anda sihat, anda tidak perlu risau tentang ketinggalan waktu persekolahan, kerja atau aktiviti lain.

 

Mencuci tangan ialah cara yang mudah, menjimatkan dan berkesan untuk menghapuskan kuman, mencegah penyebaran kuman kepada orang lain dan mengelakkan penyakit. Ini amat berguna terutamanya untuk mencegah penyakit seperti penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) dan Influenza, yang menyaksikan peningkatan kes di negara ini dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

 


Walaupun ramai murid-murid mencuci tangan mereka dengan air, hanya sebilangan kecil yang benar-benar menggunakan sabun yang mampu membasmi kuman dengan lebih berkesan. Dengan itu, Kirei Kirei mencipta program yang menyeronokkan dan mendidik untuk memupuk amalan mencuci tangan dengan betul dalam kalangan murid-murid di Malaysia.

 

'Melentur buluh biarlah dari rebungnya'– pepatah ini menekankan kepentingan menerapkan nilai dan tabiat yang baik ketika seseorang itu masih muda. Melalui Program Sekolah Kirei Kirei 2022, lebih 4,000 murid-murid sekolah rendah telah dididik tentang kebersihan diri, dengan tumpuan khusus kepada kebersihan tangan.


 

Berikutan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kirei Kirei telah memulakan program di sekolah pada bulan Mac 2022 di sekolah swasta dan antarabangsa di sekitar Lembah Klang. Para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi bercerita tentang kuman dan kepentingan mencuci tangan. Mereka juga boleh mereka bentuk dan menghiasi label pelekat botol Kirei Kirei mereka sendiri untuk dilekatkan pada botol bagi mempromosikan dan menggalakkan tabiat mengisi semula yang membantu mengurangkan sisa dan kebimbangan alam sekitar.

 

Kirei Kirei menjadikan amalan mencuci tangan lebih mudah dan menyeronokkan dengan video 7 langkah mencuci tangan sambil diiringi lagu 'Selamat Hari Lahir'. Video "sebelum dan selepas" yang memaparkan penggunaan cahaya UV turut dikongsi bersama pelajar. Video ini menunjukkan bahawa teknik mencuci tangan yang tidak betul boleh meninggalkan kuman dan bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar.

 


 

Bagi memupuk amalan mencuci tangan yang betul, Kirei Kirei turut menyumbangkan produk Kirei Kirei Foaming Hand Wash bernilai RM53,000 kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen ini. Produk-produk ini diletakkan di seluruh perkarangan sekolah, seperti kantin, tandas, singki, dan kawasan lain yang sesuai supaya pelajar dapat menjaga kebersihan tangan pada bila-bila masa. Poster dan pelekat cermin juga diletakkan di tempat yang strategik sebagai peringatan tentang tujuh langkah mencuci tangan.

 

Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd., menekankan kepentingan memimpin melalui teladan. “Sebagai ibu bapa dan penjaga, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar anak-anak kita ke arah tabiat kebersihan yang baik. Kanak-kanak belajar dengan cara meniru tingkah laku orang dewasa dalam kehidupan mereka, dengan mengajar mereka cara yang betul untuk mencuci tangan, ia lebih mudah untuk rutin ini diamalkan dan menjadi tabiat sihat sepanjang hayat. Misi kami di Southern Lion adalah untuk membawa kehidupan yang lebih bahagia, bersih dan sihat kepada semua rakyat Malaysia dengan memperkenalkan produk seperti Kirei Kirei. Dengan menghasilkan produk untuk menyokong kebersihan yang lebih baik, kami berharap untuk mengubah, menambah baik dan memberi kesan positif kepada kualiti hidup mereka.”

 

 “Saya berharap Program Sekolah Kirei Kirei 2022 dapat memberi impak yang besar dan positif kepada generasi akan datang. Berdasarkan sambutan hebat daripada program tahun ini, kami akan terus mendekati lebih banyak sekolah dalam fasa seterusnya. Sasaran kami adalah untuk mengadakan lebih banyak sesi di sekolah-sekolah di Lembah Klang!” sambung Mabuchi.

 


Sabun Pencuci Tangan Anti-bakteria Kirei Kirei yang selamat untuk kanak-kanak didatangkan dalam dua varian: Moisturizing Peach dan Nourishing Berries. Setiap varian boleh didapati dalam bentuk botol 250ml (RM12.50) dan pek isi semula 200ml (RM8.50). Beli produk Kirei Kirei di cawangan Don Don Donki, AEON, AEON Maxvalu, AEON Wellness, Jaya Grocer, Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer yang terpilih. Anda juga boleh memesan di Lazada atau Shopee dengan penghantaran terus ke depan pintu rumah anda! Untuk lebih banyak kemas kini tentang Kirei Kirei, lihat halaman Facebook dan laman web rasmi Kirei Kirei Malaysia.

Anak-anak kat rumah ni pun suka guna sabun pencuci tangan Kirei Kirei ni. Di samping baunya yang wangi., buihnya yang ringan pun buat anak-anak rasa selesa dan mudah mencuci tangan. 


Ceritaita




Ulasan

  1. Kita perlu pupuk anak-anak menjaga kebersihan dan kesihatan diri sejak dari kecil lagi. Especially zaman sekarang ni yang terdedah kepada virus

    BalasPadam
  2. rupanya kirei kirei ni satu co dgn shokubutsu patutlah bagus.. syabad kirei kirei

    BalasPadam
  3. Saya dah cuba sabun kirei-kirei nih memang wangi betul

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...