Aku dan Kimchi - Cerita Ita                                                             Aku dan Kimchi Langkau ke kandungan utama

Aku dan Kimchi

Aku dan Kimchi

cara buat kimchi
Aku dan Kimchi

Assalamualaikum semua, hari ni ntah kenapa terasa nak tulis pasal kimchi. Cerita macamana aku boleh jadi terminat dengan kimchi dan suka makan kimchi. Sampaikan siap sentiasa ada stok kimchi kat rumah aku dah mengalahkan rumah orang Korea pulak.

Kisah aku sukakan kimchi ni bermula pada tahun 2017, masa tu aku berpeluang ke negara Korea Selatan atas tajaan JPA untuk latihan di sana selama 2 minggu. Ada aku ceritakan kisahnya kat entri Menggamit Kenangan EDP 79 sebelum ni.. tapi cerita aku terhenti pada hari ketiga je.. aku tak tertulis lagi dah kisahnya. Tambah lagi banyak gambar hilang dalam hard disk yang kena banjir hari tu. Terus la takde mood nak tulis pun.

Antara cara aku makan


Tapi kisahnya macam tu la, kalau dah hampir setiap hari aku cuma ambik sarapan nasi + kimchi + rumpai laut je. Sebab risau nak makan makanan yang lain kerana risaukan sumber halal atau tak. Lama-lama jadi tersuka la pulak. Kalau ikutkan bahan untuk buat kimchi tu pun ada jugak yang dari sumber tak halal. Tapi disebabkan ianya berasaskan sayur, aku tawakal je la masa tu.

Bila dah balik Malaysia, syukur jugak banyak jugak dijual kimchi yang halal. Cuma pilihan kimchi je la tak banyak. Yang biasa aku jumpa kimchi yang diperbuat dari kobis panjang tu je. Kimchi timun atau yang lain-lain pelik-pelik tu memang tak pernah jumpa.

Lepas tu boleh pulak terjumpa resepi nak buat kimchi pulak di facebook. Jadi lepas tu aku buatlah kimchi sendiri pulak. Dah tak membeli dah lepas tu. Bila dah tau buat ni pandai-pandailah nak adjust rasa tu ikut tekak kita je kan. Nak pedas lebih ke atau nak masak lebih ke atas kita la. Untuk perencah dia ada je dijual di Shopee yang halal. Jadi tak risau la. ada aku cerita pasal buat kimchi sendiri ni kat blog ni jugak.

Buat kimchi sendiri

Apa kaitan semua kisah ni dengan tajuk aku dan kimchi ni? Kaitannya ialah aku nak bagitau walaupun aku bukan orang Korea atau tinggal di Korea tapi aku memang suka sangat dengan Kimchi ni yang tentu asal usul kimchi dari Korea dan kalau boleh nak makan semua benda dengan kimchi. 

Kalau kat rumah aku ni pun walaupun aku tau buat kimchi sendiri dan suka makan kimchi, takde pun orang lain yang minat selain aku. Percaya tak kalau aku kata aku sorang je makan kalau buat sebiji besar kobis panjang tu pun. Tapi bagus jugaklah tahanlah untuk sebulan dua kalau sekali buat tu.

Apa yang aku makan dengan kimchi?

Aku makan macam-macam makanan dengan kimchi. Selalunya aku makan dengan megi, atau buat sup kimchi ditambah dengan rumpai laut. Tapi paling biasa sekali aku makan kimchi dengan nasi la, terutama bila takde lauk sayur untuk hari tu. Aku akan gantikan kimchi sebagai sayur.

Sedap ke kimchi ni?

Soalan ni payah sikit nak jawab. Sebab sedap atau tak ni subjektif. Ada orang kata sambal tumis petai tu sedap tapi untuk orang yang tak makan jering dan petai macam aku ni akan kata tak sedap. Begitulah sebaliknya dengan kimchi. Jadi mungkin benda yang aku kata sedap macam kimchi ni ada orang akan kata tak sedap. 

Kimchi ni sebenarnya rasa dia macam sayur jeruk je. Masam dan ada masin sikit. Kalau resepi aku ada tambah pedas-pedas sikit. Sebab tu aku suka makan sebagai menu tambahan dalam megi atau nasi panas.

Tapi pada aku senang je. Hidup ni senang dan jangan susahkan. Kalau tak suka tak perlu makan. Kalau kau suka silakan makan. Tak perlu nak susahkan diri pun. Takde orang pun yang paksa korang makan kalau korang tak suka kan. Dan cukuplah kita menghormati apa yang orang lain nak makan dan tak perlu pun nak mengeji makanan tu kalau kita tak makan. Itu pun dah cukup.

Jadi itulah kisah aku dan kimchi. Korang pulak macamana? Ada kisah dengan kimchi jugak ke?


Ceritaita




Ulasan

  1. Tidak pernah makan.mungkin dah rasa ketagih agaknya.

    BalasPadam
  2. Saya lebih sukakan Danmuji dan oi muchim tu kak

    BalasPadam
  3. salam singgah. pnh jual and makan. ade 2 jenis, 1 kami buat less korean. dah rasa mcm acar. yg fully korean. bapak masam n masinnya.

    BalasPadam
  4. wah bestnya ala korea fav ko ta.. aku ni tak berapa kena dgn tekak lagi kimchi ni.. mungkin kalau kurang masam aku suka kot

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat