Bawak bekal atau makan kat luar?
Gambar Soto dan Air Limau Ais di Kedai Nasi Bariani Hj Dollah Kluang |
Assalamualaikum semua, kejap je dah Jumaat kan? Aku suka Jumaat datang sejak duduk Johor ni, sebab Jumaat adalah hari cuti kat sini. Dia punya suasana cuti hari Jumaat tu lain macam tau. Aku dah penah rasa masa kerja kat Kelantan dulu pun cuti Jumaat.
Bila pindah Pahang jadi pelik bila kena kerja hari Jumaat. Tapi lelama jadi biasa la jugak. Suasana memang rasa lainlah sebab tetiba Jumaat kena kerja jadi masa cuti hujung minggu tu rasa sangat pendek tau. Entahlah orang lain rasa sama ke tak macam aku rasa. Tapi aku memang rasa gitu la.
Bila cerita pasal kerja ni pulak. Sejak dulu aku jarang makan kat luar waktu kerja. Rehat pun bawak bekal, sejak 16 tahun kerja macam tu la. Boleh bilang berapa kali je makan kat luar. Hati cekal je boleh makan sorang-sorang kat luar ni.
Kebanyakan masa sebab aku takde kawan merayap. Tapi lebih kepada rehat adalah 'Me Time' untuk aku. Jadi masa tu la nak layan drama, masa tu la nak baca novel. Kalau berjalan kang masa tu dah takde dah, rugi. Haha.
Lagi satu aku ni jenis 'Family-oriented person' sejak dulu lagi. Apa-apa kena dulukan family. Sampaikan nak makan pun kat luar pun kalau family takde aku akan rasa pelik gila. Susah la nak gambarkan rasa dia tu macamana. Sudahnya akan makan luar bila dengan keluarga je la.
Bila umur meningkat perangai taknak makan kat luar tu lagi teruk. Sanggup tak makan pun takpe kalau tak sempat bawak bekal. Inilah orang ambivert sebenarnya. Dalam segi ni aku selalu jadi introvert.
Ada ke yang perangai macam aku ni?
Ceritaita
Akak ok je makan sorang kat luar...tapi kena ada hp atau novel la...lepas tu...sebelum ni memang suka bawak bekal sebab mahal kan makanan kat sini...sekrang penyakit M tu yang timbul...terasa mahalnya tapi x cukup masa lepas tu sampai rumah dah penat kan nak masak..kena mulakan semula ni...x leh selalu x bawak bekal
BalasPadamelok perangai mcm tu.. aku pulak skrg byk makan luar sebab kitaorg berdua aje, asyik2 ngeteh dgn ngopi aje haha
BalasPadam