Hanya Keranamu Keledek Goreng
Keledek Goreng |
Assalamualaikum semua, peh tajuk tak menahan. Haha.. ya hanya kerana keledek goreng pun. Ceritanya aku ada cerita kat Facebook. Cerita pasal aku teringin nak makan keledek goreng.
Balik dari kerja kelmarin aku singgah la nak beli keledek goreng dekat makcik biasa yang aku beli pisang goreng kalau petang-petang. Sekali ada la keledek goreng tu. Aku dah nampak dah dari jauh.
Tapi sebab orang ramai aku beratur la tunggu giliran. Sekali tu orang depan aku beli RM2 terus habis keledeknya. Ya Allah terkilannya aku masa tu.
Aku tanyalah makcik tu, ada lagi tak keledek. Jawapan makcik tu sangat mengecewakan ok. Dia kata takde, pakcik goreng cukup-cukup je untuk abang tadi yang nak beli RM5 sebenarnya.
Tak boleh nak gambarkan la kekecewaan aku macamana. Muka aku memang masam je la Shah kata. Buruk perangai! Haha. Sudahnya malam tu dia bawak aku keluar jugak cari memana ada jual keledek goreng yang bini dia nak sangat ni.
Tak dapat jugak. Penyudahnya aku beli keledek mentah kat KS Mart balik tu terus goreng. Tak fikir apa dah. Memang teruk la perangai kalau teringin. Boleh jadi gaduh.
Keledek goreng dan sambal kicap |
Teringat masa aku mengidam nak makan ikan bakar cencaru cicah kicap lada. Masa tu mengandung Abg Ngah. Boleh waktu nak tu Shah ronda cari ikan cencaru satu Kuantan takde. Padahal aku dah siap buat kicap dengan lada kat rumah. Sekali dia balik ikannya takde. Hish sampai nangislah aku sebab terkilan.
Dia punya risau aku siap nangis tu esoknya gi cari lagi memang dapat tapi waktu tu aku dah tak teringin dah nak makan. Teruk tu dia punya merajuk. Itu agaknya dia ngeri melayan rasa teringin nak makan aku ni agaknya. Haha. Maafkan ita ya bang. Inilah perangai binimu. Apa nak dibuat. Korang ada rasa teringin macam tu tak?
Ceritaita
alahai makcik tu pun bgtau la siap2 keledek habis kesian beratur tak dpt.. tp lagi puas hati masak sendiri. cicah sambal kicap pehh.. kelakat plak aku baca cerita mengidam ko ta
BalasPadam