Akhirnya Kami Bakar Kek Marble
Kek Marble |
Assalamualaikum semua, hari ni plan nak mengemas rumah. Jadi minggu ni kami tak ke mana-mana pun. Betul-betul duduk rumah je minggu ni. Tapi tadi ntah macamana akhirnya kami bakar kek marble pulak.
Sebabnya bila mengemas tu ternampak tepung naik sendiri yang dah menghampiri tarikh luput. Jadi jangan membazir kita gunakanlah dengan baik. Apa lagi buat kek marble la.
Memula berangan nak buat kek span pandan tapi bila tengok bahan tak berapa cukup, ovelate takde pulak. Jadi kita buat je la apa yang ada dan mencukupi. Maka akhirnya kami bakar kek marble.
Eh marilah tengok resepi. Dulu pernah letak kat blog jugak cerita pasal resepi kek marble Mak Jemah. Jemah tu sempena nama mak aku ya. Tak tipu. Jemah binti Awang. Dan resepi kek ni pun memang dari mak.
Resepi Kek Mable Mak Jemah
BAHAN-BAHAN
5 biji telur
1 cawan gula kastor
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung naik sndiri
1 sudu teh esen vanilla
300 gram marjerin (kali ni aku guna butter)
1 sudu teh baking powder
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar serbuk koko..agak2 la..nak pekat letak lebih.. (aku letak lebih dalam 3 sudu besar)
CARA-CARA
1. Asingkan putih dan kuning telur
2. Putar putih telur dgn separuh gula sampai bertanduk (meringue)
3. Pukul kuning telur + marjerin + baki gula (a)
4. Ayak baking powder dgn semua tepung
5. Masuk tepung, esen vanilla, susu n bahan a dalam meringue
6. Kacau dgn senduk atau spatula sampai rata
7. Buat 2 bahagian, satu letak serbuk koko dan sebatikan
8. Sapu butter atau marjerin dlm loyang
9. Lapis adunan ikut kreativiti
10. Bakar dlm suhu 180°c-200°c dalam 30-40 minit..ikut saiz oven korang..(lagi besar oven lagi tinggi suhunya)
Ingat petua dia aku pernah kongsikan dulu. Bahan-bahan kena keluarkan awal 2-3 jam jika asal duduk dalam peti. Sejuk-sejuk dia payah nak jadi dan naik elok. Jadi kalau tak naik cantik kalau korang guna bahan terus dari peti sejuk tu jangan nak salahkan aku pulak. Aku dah ingatkan.
Ada kisah lain dia sebenarnya, masa aku masukkan dalam oven tu tak perasan pulak setting oven tu dah berubah ke api atas je. Naya betul kek jadi rentung lepas 10 minit bakar. Patut bau hangit je. Cecepat tukar ke setting api bawah je pulak. Mujur tak bantat keknya hahaha. Naya betul.
waktu petang tu tinggal ni je |
Jadilah buat makan anak-anak je yang bakar kali ni. Sebelum malam dah habis. Sabar je la. Maklumlah ummi dia dah lama tak buat kek. Macam ni la jadinya.
Ceritaita
Sedapnya kek marble homemade.
BalasPadamKalau saya bakar kek, rasa tak sabar nak makan apabila terbau aroma dari oven.
sedap nya kek marble mmg fav aku ta tapi tu la selalu buat tak naik cantik.. rupanya kena biarkan suhu bilik dulu ye haha teruknya aku bab membaking ni
BalasPadamkek gebuss nih., hehee
BalasPadamsaya suka cake simple macam nih, nak-nak makan panas-panas sedapnye
BalasPadam