Aktiviti kami di 11.11.2022
Aktiviti kami di 11.11 |
Assalamualaikum semua, sana sini sibuk pasal jualan 11.11. Tak kurang jugak yang tunjuk gambar menunjukkan ulangtahun perkahwinan masing-masing. Tarikh cantik la katakan. Aku je dulu berebut sangat nak kahwin sampai tak kira dah tarikh masa tu. Hahaha.
Tapi semalam bukan ada apa pun selain melayan kumpul coin yang banyak dan jualan di Shopee je. Pagi 11.11 tu kami, aku dengan Shah luangkan masa berjalan sekitar taman kami duduk di Kluang ni. Baru nak keluar berdua, si Adam jaga pulak dari tidur, sudahnya terpaksa bawak dia jugak.
Tapi kemudian tu kami hantar dia balik dan kami ulang ronda satu lagi pusingan. Adam tak ikut dapatlah jalan laju dan jauh sikit. Itulah dah tua-tua nak beranak kecik lagi. Padan muka kau ita. Hahaha.
Balik dari brisk walk tu aku terus perap yis konon berangan nak buat roti. Lepas tu biar dia berbuih sambil tu aku godeh buat kek marble pulak. Kek marble aritu tak cukup pulak. Berebut masing-masing makan. Maklumlah lama tak buat kek.
Biar je la dia buat keja kita |
Resepi kek marble ada kat post sebelum ni. Dalam masa yang sama aku masukkan adunan roti kat dalam bread maker dan biar je la dia buat kerja untuk aku. Selesai masalah. Bila dah siap masukkan kek marble dalam oven, sedang elok rehat kejap adunan roti dah siap dan sedia untuk disolekkan.
Nantilah aku bagi resepi roti senang ni. Nampak resepi ni senang je nak buat dan tak banyak bahan. Cuma itulah banyak lagi benda kena belajar dan perbaiki. Terutama kesabaran. Buat roti kena banyak sabar ya. Pengsan.
Petang tu kami balik kampung dan habiskan hujung minggu kami di kampung pulak. Minggu ni je sempat balik. Minggu depan dah kena balik Kuantan untuk mengundi pulak. Raya oiii.
Ceritaita
cantik kejadian roti tu yum yum mesti sedap. nanti share resepi tau. bg tips sikit buat roti
BalasPadamSama mesin roti kita. Dah lama tak meroti jugak ni lepas ketidakjadian terus rasa malas nak buat. Kena tunggu mood rajin.
BalasPadammenjadi roti Ita, lepas ni senang dan boleh buat sendiri..
BalasPadam