Seronoknya bermain hujan
Seronoknya anak-anak bermain hujan |
Assalamualaikum semua, baru ni PM umumkan cuti umum sempena meraikan kerajaan baru yang memerintah. Johor pulak umumkan cuti umum juga sempena pasukan JDT melangkah kaki ke pusingan akhir Piala Malaysia bertemu Selangor semalam. Sebab itu juga aku dapat menikmati pemandangan anak-anak seronoknya bermain hujan ni.
Lebat betul hujan siang tadi |
Jadinya bercuti panjanglah kami di Johor ni sampai Isnin esok. Kami tak kemana pun. Cuma balik kampung je. Di kampung pun masih ada tanggungjawab untuk diselesaikan. Itu pun selalunya kena berbahagi dengan adik beradik yang ada pasal tuntutan keluarga sendiri juga.
Macam kami ni agak berat juga. Shah selalunya akan terus buat pau untuk diniagakan. Anak-anak pulak terikat dengan aktiviti sekolah memandangkan masing-masing akan hadapi peperiksaan besar. Serba salah juga selalunya.
Walau terhad masa yang ada, juga kesihatan diri yang dah tak berapa baik. Kena luangkan juga untuk yang tersayang. Buat saja la apa yang terdaya.
Balik baru ni banyak melayan badan sendiri. Bila dah makin berusia ni kalau selalu kena berjalan jauh agak meletihkan juga. Jadi selalunya hujung minggu akan ambik juga masa untuk rehatkan diri.
lebih main hujan dari main bola |
team perempuan |
Anak-anak memang sukalah kalau balik kampung sebab dapat berkawan dan bermain dengan bebas. Jauh bezalah kalau duduk di bandar. Nak keluar rumah pun terhad.
Macam hari ni pulak hujan lebat. Apa lagi, anak-anak memang ambik peluang la berjeruk dalam hujan lebat. Lain tau rasa main bola waktu hari biasa dan waktu dalam hujan. Lebih seronok nampaknya mereka bermain dalam hujan.
mengigil dah minta masuk akhirnya |
Yang kecik macam si Adam tu pun tak nak kalah. Sama naik macam abang dan kakak. Tapi lepas setengah jam dah sejuk gigil dan dah minta nak naik rumah. Haha.
Bila dah malam, masing-masing akan tidur lena tanpa gangguan. Macam tu la kehidupan aku mas kecik-kecik dulu. Rindunya zaman tu. Yang mana memang takkan kembali dah. Tiada apa nak difikirkan selain bermain. Memang seronok.
Satu masa kenangan ini jugak yang akan menghiasi hidup anak-anak nanti. Mereka akan terkenang zaman kecil mereka bermain bersama sepupu dan kawan-kawan mereka. Walaupun arus kemodenan semakin menerjah kehidupan kita, jiwa kanak-kanak ini tetap sama, mendambakan keseronokan hidup.
Semoga kemakmuran dan keamanan ini akan kekal selamanya.. amin.
Ceritaita
wahh bestnya main ujan.. teringat zaman2 dulu sambil main hujan sambil basuh porch depan rumah
BalasPadamanak2 memang seronok kalau dapat main hujan
BalasPadamSaya yang dewasa pun suka jugak main hujan..tapi sekejapan jela..tak dan lelama..Ada masanya, memang nikmati je hujan tu lagi lagi time balik kerja, redah je..malas bukak payung or memang tak bawak payung..macam harini..huhu
BalasPadamSeronok betul mandi hujan erk..dia paling seronok hujan yang betul2 lebat..kalau dapat kat rumah kampung ada pokok2 lagi best....rindu plak nak mandi hujan
BalasPadamwah seronoknye... sesekali dapat main hujan... mesti tak ingat dunia happy nya
BalasPadam