Simpanan wajib yang perlu simpan setiap tahun
Simpanan wajib yang perlu simpan setiap tahun |
Assalamualaikum semua, dah lama aku nak menulis pasal simpanan ni. Sebenarnya sebab dalam banyak-banyak perkara, simpanan ni la yang selalu kami gagal nak buat dengan tertib. Terutama simpanan wajib yang perlu simpan setiap tahun.
Jadi aku rasa eloklah kalau aku tulis satu entri blog pasal simpanan wajib ni untuk aku ingatkan diri sendiri tentang keperluan yang kena disimpan dulu sebelum berbelanja setiap bulan.
Mesti ada yang akan kata, dah tau namanya simpanan wajib.. kenapa pulak sampai nak kena ingatkan diri untuk simpan. Patutnya dah awal-awal diketepikan untuk simpanan wajib ni. Tapi itulah.. dah ada pun peribahasa. Seberat-berat beban, di atas kepala juga.
peribahasa tentang hidup |
Jadi bukanlah perlu nak pertikaikan kehidupan orang lain. Cukup sekadar kita ambil sesuatu sebagai iktibar. Mungkin ada orang yang dari luaran dia nampak mampu segalanya tapi cuma dia je yang tahu berat tanggungan yang ada.
Marilah kita sambung apa yang kami perlu simpan setiap tahun dan kaedah yang kami gunakan. Kalau korang ada kaedah lebih baik, marilah kongsikan. Oh lupa kalau sesiapa yang belum ada kaedah nak menyimpan mungkin boleh tengok formula menyimpan kat SINI.
Antara simpanan wajib yang perlu simpan setiap tahun kami buat adalah:
1. Simpanan Pendidikan/Sekolah
Yang ni memang sangat-sangat perlu la setiap tahun. Setakat ni kami ada 4 orang anak yang bersekolah. Jadinya paling kurang pun perlukan lebih kurang RM500-RM1000 seorang anak untuk persediaan anak-anak naik sekolah setiap awal persekolahan.
Ini termasuklah keperluan bayaran buku sekolah, pakaian sekolah, kasut dan yuran jika ada. Jadi setiap bulan kena beringat pasal ini dulu la sebelum benda lain. Kira je la anggaran tu kalau didarabkan dengan 4 orang jadi berapa.
Ini jugak boleh dijadikan simpanan untuk anak-anak jika dapat sambung belajar ke peringkat lebih tinggi akan datang nanti.
2. Simpanan Perayaan
Yang ni peristiwa yang jarang berlaku dalam setahun. Setahun ada 2 je perayaan besar dalam Islam. Jadi kena sediakan pakaian baru dan juga persediaan duit raya dan makanan raya.
Tentunya 2 perkara ni je pun dah perlukan komitmen kewangan yang sangat besar. Biasanya kalau set baju Melayu dan baju Kurung dah siap untuk kami sekeluarga pun boleh jejak RM600-800 untuk sekeluarga. Itu baru baju, belum yang lain-lain lagi. Bayangkan kalau takde simpanan tu.
3. Simpanan Perubatan
Yang ni sebenarnya sangat perlu, walau nak jumpa sakit yang kritikal tu jarang-jarang. Sebab walaupun kami ada insuran perubatan keluarga, bila melibatkan kemasukan ke wad masih perlukan duit untuk deposit dan keperluan asas lain.
Belum lagi kalau masa terdesak kena jugak ke mana-mana klinik swasta. Masih perlukan duit juga tu. Simpanan ni yang selalunya kami agak culas secara jujurnya.
4. Simpanan Pembelian Barangan Rumah
Yang ni bukanlah sangat perlu tapi masih perlu disenaraikan. Antara sebab ialah bila dalam keadaan mendesak. Keadaan mendesak macam yang berlaku pada kami tahun lepas. Waktu kami ditimpa bencana banjir. Kami pulak memang dah lama tak gunakan kad kredit.
Semua simpanan terpaksa dikeluarkan untuk tampung kerosakan yang dah terjadi. Termasuk baiki kereta dan ganti peralatan rumah yang rosak. Ada juga barangan yang kami masih tak boleh beli sebab takde simpanan yang cukup untuk buat pembelian. Hanya beli yang betul-betul penting dan utama saja.
Jadi walaupun ianya bukan kemestian tapi ianya adalah keperluan simpanan yang wajib kena ada.
5. Simpanan Bercuti
Yang ni bukanlah satu kemestian juga tapi tetap aku nak masukkan. Sebab kadangkala ada jugaklah terdetik nak bawa anak-anak bercuti walaupun cuma percutian bajet dan singkat.
Asalkan dapat jenguk tempat orang dan belajar sesuatu dari masyarakat setempat dari segi budaya dan makanan yang berbeza pun dah cukup buat anak-anak.
Untuk zaman sekarang ni waktu komunikasi antara keluarga agak kurang disebabkan kerja dan sekolah serta komitmen luar lain sedikit sebanyak buat ikatan keluarga tu renggang. Jadi aktiviti bercuti bersama keluarga amatlah kami perlukan.
Kadang-kadang jika tak dapat berjalan jauh, bajet yang ada boleh digunakan untuk aktiviti makan di luar sekali sekala. Ikutlah cara nak raikan keluarga masing-masing kan. Ini cara kami.
6. Simpanan Roadtax /Cukai Kenderaan
Yang ni benda wajib yang kena masuk dalam senarai. Kalau tak selalu lupa. Bila nak buat tu mula la mengagau mencari duit mana yang ada. Maklumlah jumlahnya bukan sedikit.
Jadi kenalah buat simpanan tetap yang wajib untuk ni supaya tak menyusahkan diri bila nak hidupkan roadtax kereta nanti. Walaupun ikutkan aku ni senang je, calling-calling adik aku je settle. Sesiapa nak buat roadtax marilah roger.
7. Simpanan Menunaikan Haji/Umrah
Setiap umat Islam tentunya menyimpan hasrat nak ke Tanah Suci Mekah tu kan. Kami tak berkecuali juga. Saban tahun membaca pengalaman rakan-rakan yang dah berpeluang sampai dengan penuh rasa cemburu.
Sambil berdoa satu hari akan ada rezeki kami jugak. InsyaAllah takde yang mustahil di dunia ni kan. Kita serahkan je la pada Allah untuk susun perjalanan hidup kita lebih baik. Dalam ada tu panjatkan doa supaya dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik bila sampai waktunya nanti.
Semua 7 simpanan wajib yang ada setiap tahun aku dah senaraikan. Antara nak tercapai atau tidak je la tinggalnya. Kena kuat semangat dan selalu diuji bila bab simpanan ni. Selalunya bila melibatkan masalah kewangan tak dijangka tu la.
Kami gunakan pelbagai cara nak menyimpan ni. Antaranya guna cara konvensional iaitu simpan dalam tabung dan bank. Ada juga kami kumpul bersama kawan-kawan istilahnya 'main kutu' untuk bantu satu sama lain. Ada juga masa kena gunakan barangan kemas yang ada untuk bantu saat susah.
Itu cara kami, banyak jugak dah cuba cara-cara simpanan yang orang ajar macam simpanan duit berwarna, simpanan harian tapi itulah tak semua orang mampu nak buat. Buat je la ikut kemampuan masing-masing. Itu lebih mudah. Yang penting menyimpan walau sedikit.
Ceritaita
semuia simpanan tu mmg perlu.. tapi kdg2 simpanan tertentu yg gemuk dulu ada yg terlupa hihi
BalasPadammenyimpan buat masa sekarang ni memang sangat perlu... selain untuk kecemasan ianya standby untuk keperluan yang lain yang penting
BalasPadamTerima kasih jugak mengingatkan semula..saya walaupun takda anak lagi, kena jugak beringat....untuk orang single, simpanan nak kahwin tu sy kena ada..Kadang memang rasa tak mampu, mengalir laju je duit ni...aigooooo!
BalasPadam