Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kluang - Cerita Ita                                                             Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kluang Langkau ke kandungan utama

Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kluang

Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kluang

baju sekolah murah
Beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari Kluang



Assalamualaikum semua, hari ni dah masuk hari Khamis dan tinggal beberapa hari je lagi nak habis tahun 2022 ni haa. Macam tak percaya pun ada. Pejam celik pejam celik dah habis setahun. Biasanya kalau hujung tahun ni tengah sibuk ibubapa membuat persiapan persekolahan anak-anak kan? Tapi tahun ni agak berbeza disebabkan PKP yang lepas. Musim persekolahan baru akan bermula pada Mac 2023.

dekat mana cari baju sekolah murah
Kakak test baju sekolah sepasang. Murah je harga satu set je terus.



Jadinya tak banyak la kedai yang buat jualan Kembali Ke Sekolah di hujung tahun macam dulu-dulu. Tapi baru ni kami pergi beli baju sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari tau, sebabnya kat Pusat Pakaian Hari  Hari dah bermula pun jualan Kembali Ke Sekolah sekarang ni. Kebetulan pulak ada baju anak-anak yang perlu diganti baru jadi kita beli je la awal untuk persediaan tahun depan terus.

Kalender percuma
Kalender PERCUMA!



Yang paling best bila dengar ada promosi kembali ke sekolah yang boleh dapat kalender 2023 percuma bila buat pembelian barangan lebih daripada RM30 ke atas dalam satu resit. Suka kan kalau dengar benda percuma ni. Kalender pulak tu, sangat berguna di sepanjang tahun.

gigih ya adik tu melayan kami. terima kasih dik 

senget2 mulut mak bebelkan anak haha

Berapa kali test daaa...



Kami pun luangkan masa memilih baju anak-anak. Yang bagusnya kat Pusat Pakaian Hari-Hari ni pekerja dia yang sangat bagus dan komited. Kalau kau masuk je kedai dia dah siap bagi ucapan "Selamat datang" dengan senyuman pulak tu. Teruja kita yang tak berapa nak ada-ada ni bila disambut macam tu kan? Terus rasa semangat nak shopping! 

Betul tau sebab ada sesetengah peniaga yang siap tengok kita pakai kasut atau baju apa baru nak melayan. Kat sini takde ya.. semua sama je standard pada diorang. Lepas tu mereka tak jemu layan kita. Bagitau je saiz berdasarkan contoh yang ada terus dicarikan saiz yang kita nak. Mudah sangat tak payah nak tercari-cari sendiri. Jadi cepat je la kerja walaupun kena cari saiz untuk 4 beradik yang sekolah ni haa..


Abg ngah ni kalau dia senyum camtu aku seram tau haha

Kasih seorang bapa.



Hari tu kami berbelanja kat Pusat Pakaian Hari-Hari Taman Intan Kluang. Dekat je dengan rumah kami, tak sampai 10 minit pun. Kalau tanya kenapa kat sini jadi pilihan kami pada awalnya. Tentulah sebab lokasi. Dahlah dekat dengan rumah. Keluar tu kalau nak singgah beli barang kat pasaraya atau farmasi pun senang.. semuanya berdekatan. Tempat makan dekat-dekat pun ada.. Agak-agak ada yang teringin nak makan dulu sebelum beli baju sekolah anak-anak pun boleh.

Lagi satu pasal dekat Pusat Pakaian Hari-Hari ni semuanya ada dijual kat sini. Kira 'One Stop Center' untuk pakaian dan kelengkapan sekolah la kiranya. Kat sini ada dijual baju seragam sekolah, nak kaler apa semuanya ada. Dari pra sekolah sampailah ke sekolah menengah. Senang kan sekali arung je nak pilih baju anak-anak. Macam kami ni ada anak sekolah menengah dan rendah. Kira sekali jalan je la pilih semuanya.


Abg long pilih tali pinggang

beg sekolah murah
Kakak suka jumpa beg kaler pepel kegemaran

pakaian dalam lelaki

mask pun ada jual kat sini ok

borong alat tulis sekali

stokin, benda paling kerap kena ganti di musim persekolahan

pakaian dalam wanita

ada bekas pensil dia punya senyum sampai telinga



Ada jugak kelengkapan lain macam kasut sekolah, tali pinggang, stokin, beg sekolah, alat tulis termasuk bekas pensil. Kalau ada keluarga besar macam kami ni memang terasa senangnya beli kat satu tempat yang semuanya lengkap. Tinggal suruh anak-anak pilih je. Kat sini ada jugak dijual seluar sukan. Harga berpatutan kalau tengok pada kualiti dia. 

nak cuba tu adam sorang je dia punya kerumun haha
(adam kami nak hantar tadika tahun depan)

kasut sekolah.. haa senang beli sekali kat sini



Seluar tight pun ada kalau ada jenis anak-anak perempuan yang suka guna seluar pakai kat belah dalam sebelum pakai kain sekolah macam anak kami si kakak Husna tu. Ada banyak pilihan saiz kat sini selain pilihan kain dalam. Kami pun aritu beli sekali seluar pendek anak-anak buat pakaian basahan. Ada jugak pilihan baju tidur dan baju pakaian harian di tingkat bawah untuk perempuan dan tingkat atas untuk lelaki.

baju kanak-kanak kat tingkat atas

Shah cari seluar sekali.. selesa kata dia



Jadinya bukan setakat boleh buat pembelian untuk barangan atau baju sekolah je. Nak beli baju harian pun boleh. Paling kami suka harga berpatutan dan kualitinya bagus dan tahan lama. Korang yang tengah mencari tempat nak cari baju sekolah anak-anak tu boleh la ke Pusat Pakaian Hari-Hari yang dekat dengan korang. Kalau nak cari lokasi aku bagi link kat bawah ni boleh klik dan cari je lokasi yang berdekatan. Nak beli secara online pun boleh ya.


95 Hari-Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator
Hari-Hari Online Store: http://ehari.com.my 
Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari_ 

Marilah pergi Hari-Hari!


#PusatPakaianHariHari
#MarilahPergiHariHari #hariharisekolah
#backtoschool #bajusekolah #kelengkapanSekolah #ehari #bajusekolahOnline
#ParentingBlogger

Ceritaita






Ulasan

  1. Seronoknya anak-anak dah nak mula sekolah, shopping pula kat Hari-hari memang semua ada

    BalasPadam
  2. mmg dari dulu aku beli baju kat sini, potongan baju hari2 sesuai dgn syafi. harga opn berpatutan

    BalasPadam
  3. baju kat sekolah kat Hari-hari mmg berkualiti, kita pun beli baju sekolah anak kat sini

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...