Adam dah sekolah! - Cerita Ita                                                             Adam dah sekolah! Langkau ke kandungan utama

Adam dah sekolah!

Adam dah sekolah! 


Back to school
Adam dah sekolah



Assalamualaikum semua,  hari ni ada kisah yang best untuk ditulis dan dikenang. Jadi wajib la kena tulis dalam blog ni. Kisah Adam dah sekolah! 

Teruja aku nak tulis sebab sejak Adam lahir tahun 2019 dia terus jadi budak yang membesar dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Waktu ni dia tengok ummi dia sentiasa ada kat rumah. Sebab tak boleh outstation kan.. 

Waktu ni jugak ayah terpaksa ubah kerjaya disebabkan masalah kesihatan. Jadi ayah dia luangkan sepenuh masa jaga dia di rumah sambil usahakan pendapatan dengan berniaga. 

Sekarang ni alhamdulillah lepas Shah lalui rawatan fisioterapi dan lain-lain tu dia dah nampak ada perubahan yang baik. Jadinya dia bercadang nak bekerja semula. Jadi sementara nak dapatkan pekerjaan baru dan perubahan baru nanti tentu akan ada kesukaran kalau Adam ni takde siapa yang jaga. 
gambar dalam kereta bukan main senyum si abg


Jadi keputusan drastik kami buat minggu lepas. Kena hantar Adam sekolah dulu. Jadi mula balik bercuti hari tu kami usaha cari tempat yang sesuai. Tanya Tadika Kemas yang berdekatan katanya dah penuh. Tanya PASTI pun sama. 

Aku sebenarnya lebih suka nak hantar tadika biasa je sebab umur dia baru je genap 3 tahun bulan 9 hari tu. Jadi sekarang ni baru 3 tahun 3 bulan. Jadi 2 tadika ni la yang jadi pilihan utama. Ianya lebih kepada nak kenalkan anak dengan dunia persekolahan dan latih dia berkawan je. 

Bila dalam proses pencarian tu tiba-tiba terjumpa iklan tadika baru dibuka kat taman sebelah ni je. Rezeki betul la bila Teacher tu kata boleh satang dan daftar. Ada harga promosi jugak untuk pelajar yang membuat pendaftaran awal. 

Jadi kami buat keputusan mendadak hari Khamis lepas untuk pergi sambil bawak Adam dan tinjau. Alhamdulillah kami rasa sesuai dan terus daftarkan dia. Ada 3 pakej kat sini. Pakej pertama dari 8 pagi hingga 12 tengahari. Kedua dari 8 pagi hingga 3 petang dan yang ketiga dari 8 pagi hingga 5 petang.

Kami ambik pakej pertama untuk bagi dia cari kesesuaian dulu. Kalau serasi baru akan dipertimbangkan untuk pakej mengaji dan lain-lain tu. 


Ceria je muka dia

Dan hari ni bermula hari pertama kami hantar Adam. Lambat juga ke sekolah tadi ni. Dah pukul 8 lebih. Sebabnya ada drama sikit masa bangun tidur dan nak mandi. Lepa tu dia teruja angkat beg nak pergi sekolah. 
Mas nak turun dari kereta

Sampai depan sekolah,  bersemangat dia ajak abang chik dia turun sekali. Agaknya masa ni dia ingat ummi, ayah dan abang chik boleh tunggu dia main macam hari Khamis lepas kot. Tu dia ceria je. 

Sekali bila masuk pagar sekolah je dia dah takut nak masuk sebab dia nampak muka orang lain. Bukan teacher yang jaga masa hari daftar hari tu. Puas juga la nak memujuk. 

masa ni tak nangis lagi

Sampai kat dalam, mintak dia bersalam dengan ayah dan abang chik dia. Masa ni la dia lain macam sikit. Sebab dia dah sedar yang dia akan ditinggalkan. Mula dah nak menangis. Akhirnya kami terus tinggalkan dia. 

Tipulah kalau tak berat hati wei. Anak yang tak pernah kena tinggal dengan orang lain tu selama ni. Abang dan kakak dia pun macam tak percaya je adik adam dah sekolah. Ulang-ulang kali tanya sekolah adik macamana. Tanya betul ke adik nak sekolah. Risau betul masing-masing nampaknya. 

Alhamdulillah,  tapi sekejap je Adam menangis. Tak lama tu Teacher hantar gambar dia yang tengah seronok buat aktiviti buat pelangi. Seronok nampaknya dia dan dah lupa kisah orang tinggalkan dia tadi. 

Abis bateri dah 😅

Balik rumah tengahari tadi. Balik-balik je rumah dia dah mandi kat sekolah kan.. jadi terus tidur. Letih benar agaknya. Bila aku balik tadi dia punya peluk macam apa. Bila aku tanya-tanya banyak jawapan dia jawab.. Nanti la yang ni aku upload dalam video kat youtube pulak ya.  Sampai kat sini dulu cerita Adam dah sekolah. 

Ceritaita


Ulasan

  1. Alhamdulillah
    Semoga Adam dapat menyesuaikan diri di alam persekolahan

    BalasPadam
  2. Seronok betul dia nak pi sekolah ye....good boy la

    BalasPadam
  3. tahniah ada, dah big boy.
    moga cecepat serasi dgn skola ye.

    BalasPadam
  4. aww adam comel dah sekolah, sekejapnya anak2 membesar. rasa mcm baru aje tgk dia baby

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...