Bau Gas Kuat Betul!
Bau gas kuat betul! |
Assalamualaikum semua, semalam masa kat rumah abah aku, aku ada basuh pinggan. Kebetulan tong gas rumah abah ni betul-betul kat bawah sinki dapur abah. Jadi aku dah tak sedap hati dah bila bau gas kuat betul masa tu.
Masa tu Along aku ada lagi, jadi aku tanya dia ada bau tak? Sebab sebelum tu dia ada masak megi special untuk mak abah sebelum kitorang sampai. Along aku kata ada gak bau.
Aku terus rasa tak sedap hati la.. sebab kawan aku sebelum tu baru je cerita pasal rumah mak mentua dia terbakar dan menyebabkan mentua dia dalam keadaan kritikal. Semoga Allah permudahkan urusan Ida dan keluarga dia. Bila dengar cerita macam ni buat aku lagi risau la bila bau gas kuat mencucuk hidung. Aku mintak Shah tengokkan.
Macam biasa kalau kat rumah kami memang suami aku ni ala-ala Macgyver dah. Semua dia pandai repair la setakat ni. Kagum aku dengan Shah ni. Bukan sesaja puji laki sendiri ya tapi memang dia boleh repair kereta, barang elektrik kalau kerosakan yang mudah-mudah setakat ni. Dia rajin la belajar. Walaupun dia takde kelulusan dalam bidang tu tapi setakat ni ok je semua yang dia repair tu.
Sebab tu kalau ada perkara-perkara macam ni laju je dia bantu. Jadi semalam tu cepat-cepatlah dia tengok apa yang bocor. Memula dia check kepala gas tu. Katanya macam dah longgar. Dia pun carilah kepala gas lain cuba tukar dulu. Kebetulan ada kepala gas lain kat dapur rumah abah tu. Bila dah tukar dia suruh aku hidu lagi kot-kot masih ada bau. Aku kata memang masih ada bau menyengat. Menakutkan ok.
Terus Shah susur paip gas tu pulak sampailah ke dapur kes tu sendiri. Susur punya susur sampai kat hujung paip yang jadi penyambung ke dapur gas tu. Shah kata macam tak kena kat situ.. Jadi malam-malam tu aku nemankan dia cabut segala yang berkaitan. Risau kami kalau tetiba abah memasak ke malam-malam kan.. Abah aku ni bukan boleh kira. Dia lapar kang dia bangun panaskan lauk semua, makan sorang-sorang taknak susahkan orang.
Jadi jalan selamat ialah cabut semua supaya tiada aktiviti memasak malam tu dah. Lepas tu barulah bau gas tu hilang. Dan pagi tadi kami keluarlah cari paip dan kepala gas pulak untuk gantikan yang dah tak selamat tu. Getah paip gas yang lama tu kan dah keras kat area penyambung tu jadikan dia macam longgar macam tu. Sangat merbahaya la. Mujur jadi masa kami ada.
Sebenarnya ada cara nak periksa kebocoran gas ni. Antaranya gunakan air sabun untuk periksa kebocoran pada paip gas. Tapi disebabkan kami risau dan malas fikir panjang benda yang melibatkan keselamatan ni. Elok je la tukar baru terus. Lagipun paip gas rumah abah ni memang dah lama tak tukar pun.
eloklah kepala paip ni ditanggalkan bila nak tinggalkan rumah |
Lagi satu kan.. kalau nak meninggalkan rumah eloklah tanggal kepala gas tu. Risau kejadian yang tak dijangka macam kawan aku cerita, dia balik kampung habis paip gas digigit tikus. Bau gas semerbak, mujur ada jiran sedar dan telefon bomba. Alhamdulillah selamatlah lagi bomba bantu waktu tu. Bayangkan kalau balik kampung je bukak-bukak pintu penuh gas dalam rumah.. nauzubillahimindzalik.
Ikan talapia masak lemak cilipadi yang abah masakkan tadi. Terima kasih abah 🥰 |
Balik dari bandar teruslah Shah pasang semuanya tadi. Alhamdulillah malam tadi jugak abah aku siap masakkan ikan talapia masak lemak cilipadi. Syukur. Sempatlah jugak Shah gantikan paip kat bilik air mak supaya lebih senang urusan mak nanti. Semoga Allah terus pelihara kedua ibubapa kami sepanjang ketiadaan kami.. amin.
Ceritaita
risau btl klu gas bocor ni..huhu
BalasPadamYa ampun kak Alhamdulillah peka. Saya pernah kena bau gas dekat rumah memang tak senang duduk jadinya
BalasPadamaku bab2 gas ni mmg lah, semoga kita semua dilindungi
BalasPadamBab ni memang menakutkan..kadang beli gas bila dah ganti tiber ada bau gas yang kuat...
BalasPadam