Hidangan pulut kuning dan rendang daging di Hari Lahirku
Pulut kuning dan rendang daging |
Assalamualikum semua, dah malam baru ada masa nak menulis. Itu pun bila dah selesai rutin harian. Baru boleh menulis dengan tenang. Malam ni aku nak tulis pasal menu yang aku masak sempena hari kelahiranku semalam.
Bukan best sangat pun cuma melepaskan rasa teringin nak makan je. Bila teringin lepas tu nak cari kat kedai tu biasanya anak-anak tak puas makan jadinya. Jadi lebih baik masak sendiri je la.
Sebenarnya aku teringin nak masak yang lebih dari teringin nak makan. Itu yang kena jugak masak. Tapi banyaklah cabaran dia walau cuma nak masak pulut kuning dengan rendang.
ni masa tengah proses memasak |
Sebelum tu aku meronda cari ayam kat 2 pasaraya dekat-dekat rumah. Sebab stok ayam dah habis kat rumah. Sekali tengok licin semuanya tau. Risau la kita, macam kena rompak tray ayam tu. Kosong sekosong-kosongnya tau.
Lepas tu sebabkan nak jugak buat rendang kami gantikanlah dengan daging sudahnya. Dah itu je yang ada. Janji jadi rendang kan... Dengan terkejar-kejar nak hantar anak mengaji dan nak kejarkan maghrib. Orang ramai luar biasa pulak tu.
Kali ni aku cuba rempah rendang dari Babas. Tak pernah lagi cuba. Tu yang bila nampak aku rasa la nak cuba. Aku tambah bawang besar, bawang putih, halia, lengkuas dengan serai je. Lain-lain tak bubuh. Cuma tambahkan rempah rendang Babas tu je.
Alhamdulillah akhirnya dapat jugaklah aku masak pulut kuning untuk dimakan bersama rendang daging. Shah pulak bantu rebus ketupat segera. Kira lengkaplah hidangan raya kami.. eh bukan.. hidangan sambutan hari lahir. Kira sedap jugaklah rempah rendang Babas ni.
Kali ni takde beli kek pun untuk sambut. Kita makan pulut kuning je. Kalau zaman aku kecik-kecik dulu mak akan masakkan bubur putih dan bubur merah. Kira macam meraikan kesyukuran la macam tu. Tapi semalam aku lupa pulak nak buat.
Sup tauhu dan seaweed |
Aku ada jugak masak sup tauhu dan rumpai laut ala-ala tradisi orang Korea sambut hari lahir tu. Terpengaruh dengan drama Korea la ni. Tapi sebab benda sedap kita ok je haha.
Apapun terasa sangat bahagia dapat makanan yang aku nak di hari lahir, dapat cuti dan rehat sekejap kat rumah. Dan paling best masih dikeliling orang tersayang dan limpahan kasih sayang dari setiap sudut. Terima kasih semua. Sampai hari ni masih ada yang raikan dan beri ucapan. Syukur.
Ceritaita
ammi selalu buat pulut kuning ngan sambal ikan bilis sbb anak2 suka gitu...tp sekali2 makan dgn rendang pun mantop
BalasPadamsedap kak pulut dgn rendang tu. selalu makan pulut kuning masa katam quran zaman sekola. la ni dah takdok hahaha.
BalasPadamtu dia sedap betul pulut kuning ko tu.. aku tak penah makan Sup tauhu dan seaweed sagi
BalasPadamAkak memang x makan pulut tapi tgok rendang tu terus terliur
BalasPadam