Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan - Cerita Ita                                                             Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan Langkau ke kandungan utama

Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan

Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan

Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan


Assalamualaikum semua, wah dia punya tajuk siri jelajah rumah peranginan persekutuan tu macam tajuk gempak je kan. Dah rupa siri jejak rasul pulak dah. Al maklum, bulan puasa dah menghampiri memang aura dia tu terasa-rasa jugaklah. Kekeke..

Yang siri aku nak buat ni bukanlah siri dapat tajaan macam siri jejak rasul tu haa.. dapat hadiah pun jauh sekali la.. yang aku nak tulis ni ialah pengalaman kami sepanjang bercuti dalam bulan 12 tahun lepas. Aku belum sempat nak tulis lagi. Cuma sempat tunjuk gambar dekat Instagram dan Facebook je. 

Eh sesiapa yang belum follow media sosial aku ada kat bawah sekali tu ya. Boleh tekan dan follow. Cuma Tiktok je aku tak reti lagi nak letak link. Banyak benar media sosial yang nak dibuatnya. Sudahnya semua ke laut dalam tinggal blog je yang masih bernyawa. Tapi Azam tahun ni memang aku nak kekal aktif dalam semua media. Moga dipermudahkan Allah la nanti.

Tapi kalau korang rajin korang search je kat google tu nama Cerita Ita, semua la yang berkaitan termasuk youtube, tiktok, page Cerita Ita, Instagram akan keluar. Boleh je terus klik kat situ dan follow. Eh marilah kita berbalik pada cerita asal.

Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan


Waktu cuti sekolah bulan Disember 2022 baru ni kami aturkan perjalanan untuk bercuti keluarga kecil kami ke Cameron Highland, Kuala Lumpur dan Port Dickson. Alhamdulillah ianya berjalan lancar walaupun adalah yang tak seperti yang kami rancangkan. Maklum je la, bila bergerak dengan keluarga yang kecil tapi besar ni agak susah nak kawal masa tu la sikit.

Kalau kita set nak jalan waktu sekian-sekian. Penyudahnya bergerak tak seperti yang dirancang. Banyaklah dugaan dia. Terutama bila kau ada anak kecik yang masih perlukan perhatian dari kau. Nak mandi dan bersiap pun masih mengharapkan kita sebagai mak bapak jadinya agak terhad di situ. Siapa suruh beranak kecik lagi Ita oii.. hahaha


Siri Jelajah Rumah Peranginan Persekutuan

Kenapa aku panggil siri jelajah Rumah Peranginan Persekutuan? Sebabnya kami menginap di semua rumah peranginan persekutuan kerajaan sepanjang kami bercuti kali ni. Alhamdulillah dipermudahkan untuk aku buat tempahan sebelum tu. Sedang elok je mudah untuk tempah bersambung-sambung antara tempat yang kami kunjungi ni.

Cuma macam biasalah akan ada masalah yang tak dijangka berlaku. Nanti aku kongsikan dalam perkongsian siri jelajah Rumah Peranginan Persekutuan ni nanti. Aku akan kongsikan satu siri setiap hari sepanjang cuti panjang Tahun Baru Cina ni. InsyaAllah. Sampai jumpa lagi.

Ceritaita


Ulasan

  1. Waaa, siap ada siri lagi. Tapi kalau nak cerita pasal cerita jalan2 ni memang tak cukup satu artikel je.. Hihi

    BalasPadam
  2. Next Ita boleh try Pulau Pangkor... Selesa sangat kat sana.

    BalasPadam
  3. syoknya keje gomen, gunakan lah dah ada kemudahan mcm ni kan

    BalasPadam
  4. Seronok jalan- jalan ngan family kan...budak2 seronok la...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...