Cara Semak dan Padam Broken Link - Cerita Ita                                                             Cara Semak dan Padam Broken Link Langkau ke kandungan utama

Cara Semak dan Padam Broken Link

Cara Semak dan Padam Broken Link Dalam Blogspot

cara semak dan buang broken link
Cara Semak dan Padam Broken Link


Assalamualaikum semua, kalau ada yang perasan blog aku ni dah berubah wajah. Mungkin ada yang tak perasan sebab tengah sibuk aura AJL 37 kan.. Sebenarnya sejak bulan lepas aku dah mula ambik masa terluang untuk perbaiki prestasi blog Cerita Ita ni. Terutama bila tengok pageview agak sedih dan rupanya bila diselidik puncanya ialah 'broken link' yang terlampau banyak dalam blog ni.


online brokenlink checker


Bagi yang tak faham marilah aku terangkan dulu apa dia maksud broken link. Broken link ni ni ialah link atau pautan laman web yang tidak lagi wujud disebabkan pautan asal telah dipindahkan atau telah dihapuskan. Pautan tu wujud tapi tidak dapat diakses oleh pengguna lagi dah.

Jadi bila ada broken link atau pautan yang tidak lagi wujud ni ianya akan menganggu prestasi blog untuk muncul dalam carian google. Cara yang terbaik adalah kena semak dan padam broken link atau hapuskan broken link yang ada dalam blog tu. Yang ni memang kena sentiasa buat untuk pastikan prestasi blog sentiasa dalam keadaan baik.


Cara Semak dan Padam Broken Link

Cara Semak dan Padam Broken Link


Cara yang paling mudah ialah semak broken link melalui laman web ini www.brokenlinkcheck.com. Laman web ni boleh diakses secara percuma dan korang boleh semak broken link dalam blog korang sehingga ke 3,000 page dalam blog korang. Jika perlukan koata lebih korang boleh hubungi mereka. Tapi setakat ni aku cuma gunakan koata percuma tu je.

paparan laman web brokenlinkcheck


Bila buka laman web Brokenlinkcheck tu korang boleh nampak macam paparan gambar di atas ni. Korang boleh masukkan url blog korang dan tekan butang semak di bawahnya tu. Kemudian dia akan tunjuk paparan seterusnya seperti kat bawah ni.

masukkan url blog


Masukkan butiran security code macam yang ditunjukkan dan pilih samaada nak semak brokenlink yang nyata atau semua potensi broken link yang ada. Macam aku suka semak semua potensi brokenlink yang ada. Jadi aku klik yang bawah.


masukkan security code dan pilih mana satu yang korang nak kat bawah tu





Nanti laman web ni akan ambik masa sikit untuk semak dalam blog korang jika ada broken link. Biasanya masa yang diambik untuk semakan broken link ni bergantung kepada berapa banyak artikel yang telah ditulis dalam blog korang. Ianya juga bergantung kepada kelajuan internet yang korang gunakan semasa semakan brokenlink. 

Macam blog Cerita Ita ni sendiri, aku ambik masa dekat 2 jam jugak untuk semakan kali pertama. Masa tu memang broken link terlampau banyak sampai ada lebih dari 1 ribu broken link. Maklumlah dulu-dulu rajin join contest dan giveaway. Bila tuan punya contest tu dah remove post asal memang akan wujud broken link. Jadi memanglah kena rajin semak.


Bila dah semak brokenlink, macamana nak padam brokenlink pulak?

senarai penuh brokenlink yang keluar dari blog Cerita Ita


Haa.. di sini persoalan dan kerja keras akan bermula. Bila dah keluar senarai penuh broken link macam kat atas tu nanti korang kena perhatikan perkataan di hujung jadual senarai tu. Kat hujung tu akan ada ditulis 'SRC' macam kat bawah ni ya.

Klik SRC


Korang kena tekan SRC tu dan dia akan keluar satu window yang tunjuk semua perkataan dalam bentuk html code. Kat sinilah aku kata kerja keras bermula. Korang kena scroll html code ni untuk cari kat mana tulisan yang ditanda atau kena highlight. Macam contoh di bawah ni.


yang bertanda merah tu yang ada broken link


Lepas dah nampak bahagian tu, korang kena pulak pergi balik ke dashboard blogspot korang semula dan cari tajuk post yang ada masalah tu. Korang kena padam atau hapuskan satu-satu mengikut masalah yang muncul. Contohnya jika brokenlink tu disebabkan pautan asal web dah tak wujud korang kena padam pautan tu di fungsi 'edit post' macam biasa di dashboard blogspot.

korang kena tengok post mana yang bermasalah tu kemudian cari kat dashboard blogspot

Jika brokenlink disebabkan oleh pautan komen dari pautan yang tidak lagi wujud, korang kena cari komen tu dalam blog comment dan hapuskan atau padam jugak macam biasa. Korang kena ulang-ulang proses yang sama untuk tekan SRC dan cari keyword yang menyebabkan broken link dan padam pautan tu semua untuk semua yang ada dalam senarai. 


Cara Menaikkan Ranking Website tanpa Backlink

hasil kerja keras selama 2 minggu.. 0 broken links found tuu.. huhu


Kerja ni memang agak remeh dan memang memerlukan masa yang lama untuk selesaikannya. Sebab tu aku kata kerja keras. Aku ambik masa dalam 2 minggu jugak nak siap padam semua senarai yang ada. Itu pun sebab aku bukanlah blogger sepenuh masa. Rasa menyesal juga sebab sebelum ni main letak backlink tanpa faham apa kesannya. Kalau korang nak tau cara manaikkan ranking website tanpa backlink boleh baca lebih di Cara Menaikkan Ranking Website tanpa Backlink. Semoga korang berjaya ya!

Ceritaita




Ulasan

  1. Saya baru buat semalam kak..hari ni sambung lagi..tinggal tak banyak dah

    BalasPadam
  2. Keep writing, dah nampak SEO tu...hehehe...

    BalasPadam
  3. Bercinta juga semak backlink ni tapi puas hati kalau dapat selesaikan

    BalasPadam
  4. matilanak bercinta plak nak buat ha...nanti bila free betul2 baru bleh semak ni...nanti akak rujuk sini la...

    BalasPadam
  5. ada masa nanti aku refer balik post ni ye. tq sharing

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...