Contoh Soalan PKSK Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
|
Contoh Soalan PKSK Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus |
Assalamualaikum semua, semalam kan aku ada cerita yang abg long hadir ke ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus bagi Tingkatan 4 tahun 2023 kan.. Jadi terfikir juga nak tuliskan contoh soalan PKSK Ujian Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus ni untuk panduan sesiapa yang memerlukan.
Sebelum tu marilah kita jelaskan apa maksud PKSK tu. Bagi yang taktau marilah kita terangkan maksud PKSK tu dulu. PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Aku letakkan soal jawab yang berkaitan dengan PKSK ni untuk rujukan korang semua. Kat bawah ni adalah sekali penerangan maksud single entry point semua tu.
PENTAKSIRAN KEMASUKAN SEKOLAH KHUSUS (PKSK)
1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
2. Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
3. Apa yang dimaksudkan dengan single entry point ?
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
4. Bagaimanakah untuk saya mengetahui saya layak memohon dan menduduki PKSK?
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
Yang ni korang sebagai ibubapa kena sentiasa perihatin dengan tarikh buka permohonan dan pemohonan untuk PKSK ni ditutup. Lepas tu kena juga cakna bila tarikh yang ditentukan untuk anak masing-masing. Biasanya takkan ada email pemberitahuan. Kena check secara online dan cetak terus untuk kegunaan di hari ujian tu nanti.
5. Adakah PKSK menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3) ?
PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.
6. Apakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?
PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
Haa.. inilah cabarannya bermula, kalau ikutkan ianya terbahagi kepada 3 bahagian. Biasanya anak-anak takkan ada masalah sangat bagi Bahagian A dan Bahagian B tu. Sebab dia menggunakan komputer je. Macam abg long bagitau semalam. Ada 150 soalan yang perlu dihabiskan dalam masa 1 jam setengah. Jadi lebih mudah nak pilih jawapan dan dijawab pada ketika itu. Tapi biasanya anak-anak akan ada tekanan sikit pada Bahagian C tu. Yang ni betul-betul nakkan pengetahuan luas anak-anak walaupun cuma peratusan yang kecil.
7. Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit. Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Kat Bahagian C ni la yang abg long kata agak susah, masa abg long hari tu dia ditanya 3 soalan, pertama tu dia dah tak ingat soalannya. Ada 2 lagi soalan yang dia ingat. dan satu lagi adalah sumbangan contoh soalan seorang kawannya yang hadir sesi 30hb.
1.Mengapakah kita perlu wang saku?
2. Tuliskan 3 cabaran untuk menjadi murid yang berjaya.
3. Apakah kelebihan dan kekurangan teknologi dalam kehidupan?
Inilah contoh-contoh soalan PKSK Bahagian C yang akan ditanya. Boleh jadi juga nanti akan berjumpa soalan yang lain. Tapi rasanya tak akan lari jauh. Ianya lebih kepada soalan KBAT yang memerlukan pelajar untuk berfikir dan berkongsi idea mereka. Semoga bermanfaat.
Ceritaita
anak ammi will seat for his T1 PKSK this coming 15/2. semoga adalah harapannya anak-anak kita ni ye
BalasPadamkena kreatif nak menjawab, inilah msa utk serlahkan potensi diri
BalasPadam