Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Johor - Cerita Ita                                                             Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Johor Langkau ke kandungan utama

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Johor

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Johor

World Kite Festival 2023
 Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2023

Assalamualaikum semua, Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang Johor atau World Kite Festival kembali lagi wei! Kali ni diadakan pada  22 Februari hingga 26 Februari 2023 di Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor. Harap kali ni kami ada rezeki la nak pergi. Asyik melepas je pergi. Tak kena tarikh je selalunya.

Kali ni pulak kebetulan dianjurkan waktu cuti sekolah. Bagus betul, jadi sesiapa yang teringin nak datang tu boleh la atur plan sekarang ni. Boleh mula cari hotel berdekatan dan tempah. Risau nanti bila dah dekat masanya semua akan penuh.

Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2023 aka Pesta Layang-Layang Antarabangsa

Festival ni sinonim juga dengan nama Pesta Layang-Layang bagi penduduk tempatan. Waktu ni la biasanya akan meriah dengan pengunjung dari serata dunia. Dikhabarkan akan ada lebih dari 25 buah negara akan menyertainya nanti. Paling menarik la ni sebab dapat tengok pelbagai jenis layang-layang serata dunia.

Bersempena dengan Festival Layang-Layang Sedunia Kali Ke-25, akan juga diadakan pelbagai aktiviti untuk penduduk di sekitar kawasan Pasir Gudang. Antara aktiviti yang akan diadakan ialah:

PERTANDINGAN MEWARNA


1. Pertandingan Mewarna 


Kategori Keluarga: Seorang ibu/bapa & 2 orang anak berusia 4-17 tahun

Tarikh: 23 Februari 2023

Kategori Tahap 1: 7-9 tahun

Tarikh : 25 Februari 2023

Kategori Tahap 2: 10-12 tahun

Tarikh : 25 Februari 2023

Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat: Astaka Diraja, Taman Bandar, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor


PERTANDINGAN DOODLE ART



2.Pertandingan Doodle Art


Individu 18 tahun ke atas

Tarikh : 24 Februari 2023

Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat: Astaka Diraja, Taman Bandar, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor

 
PERTANDINGAN TREASURE HUNT

3.Pertandingan Treasure Hunt 


18 tahun ke atas berkumpulan

3 orang/kumpulan

Tarikh : 26 Februari 2023

Masa: 8.30 pagi hingga 1.00 petang

Tempat: Astaka Diraja, Taman Bandar, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor

 
Makluman tarikh, masa dan tempat bagi setiap pertandingan adalah seperti yang tertera di atas ni. Semua penyertaan adalah PERCUMA dan boleh mendaftar sebelum atau pada 20 FEBRUARI 2023, jam 5.00 petang. Pendaftaran & Syarat-syarat penyertaan adalah melalui KOD QR yang disediakan di poster ataupun melalui pautan berikut:


Pertandingan Mewarna:

shorturl.at/dsFN5


Pertandingan Doodle Art & Pertandingan Treasure Hunt:

shorturl.at/kRTU7

Sebarang pertanyaan mengenai pertandingan boleh berhubung dengan pihak urusetia ditalian 014-7056548 (Pn. Mazni) atau 018-2704076 (Cik Izwana)


LAYANGKASA IDOL

4. Pertandingan Nyanyian


Pada masa yang sama juga mereka akan adakan pertandingan nyanyian tau. Kalau ada sesiapa yang ada bakat nyanyian pun boleh serlahkan bakat nyanyian korang di LANGKASA IDOL bersempena Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang 2023 ni. Menggunakan tanda pagar #voiceofkite , ianya menawarkan hadiah yang cukup lumayan tu. Korang yang berminat boleh hubungi Cik Leen 013-8901505 dan Cik Atika 019-7506574. Semoga bermanfaat.

Ceritaita





Ulasan

  1. Tak pernah pergi FLL ni. Agaknya masa tu mesti dah summer kan, hihi.

    BalasPadam
  2. X sabar..Harap kuatlah angina untuk menerbangkan lelayang kalini 🤩

    BalasPadam
  3. Kalau cuaca elok, hari hari Sy singgah 😂

    BalasPadam
  4. musim berangin ni mmg sesuai main layang2

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...