Tahniah Abg Long Terima Anugerah - Cerita Ita                                                             Tahniah Abg Long Terima Anugerah Langkau ke kandungan utama

Tahniah Abg Long Terima Anugerah

Tahniah Abg Long Terima Anugerah

anugerah pelajar cemerlang
Tahniah Abg Long Terima Anugerah

Assalamualaikum semua, minggu ni dah merupakan minggu terakhir persekolahan bagi sesi 2022-2023. Sekejap je rasa masa berlalu kan. Sejak minggu lepas banyak sekolah dah mula adakan majlis penyampaian anugerah bagi penghargaan kepada pelajar yang cemerlang atau yang mengharumkan nama sekolah. Alhamdulillah rupanya tahun ni ada rezeki abg long terima anugerah lagi di sekolah.

Tahniah abg long sebab terima anugerah ni. Walaupun keputusan peperiksaan abg long tak berapa baik tapi dia menduduki tempat pertama dalam kelas dia. Syukurlah ada juga rezeki abg long. Nampaknya abg long masih lagi berpeluang mencapai kejayaan yang lebih jika abg long berusaha.

Tahniah juga buat abg long kerana berjaya walaupun asyik diduga kena berpindah sekolah ke sana sini. Ummi faham dugaan anak-anak yang asyik berpindah sekolah ni kadangkala akan buat anak-anak sedikit ketinggalan dari rakan-rakan sebaya yang lain. 

Jadi selalunya ummi takkan minta yang lebih dari yang anak-anak mampu. Apapun ummi sentiasa doakan yang terbaik buat anak-anak ummi supaya anak-anak dapat menempuh kejayaan dalam apa jua bidang yang anak-anak ceburi. Semoga anak-anak juga akan menjadi umat yang berbakti kepada agama dan bangsa.

Tahniah sekali lagi buat abg long dan semoga anugerah yang diterima akan menjadi pemangkin untuk abg long terus berjaya seterusnya menjadi contoh yang baik untuk diikuti oleh adik-adikmu yang lain ya nak..

Ceritaita

Ulasan

  1. Tahniah abg long.. Moga dipermudahkan segala urusan , cemerlang dunia dan akhirat. Aamin..

    BalasPadam
  2. Cuya nk bgi digital drawing ni. Jemputlah singgah dan join ^^ https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/02/segmen-pencarian-model-lukisan-digital.html

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih sudi tinggalkan komen :) Link blog tidak dibenarkan sama sekali. Jika ada, komen anda akan dibuang atau ditandakan spam.

Catatan popular daripada blog ini

Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ?

assalamualaikum semua, aku ingat dulu pernah terima soalan dari blog ni la.. lama dulu.. pasal perbezaan antara Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas dan jugak Tadika biasa.. memang lama aku menung bila baca soalan tu.. pasal masa tu aku memang tak tau nak jawab apa.. hahaha.. serius ko.. masa tu aku baru je ada anak sorang dan aku hentam je hantar memana ikut kemampuan kami masa tu.. Apa Beza Pra Sekolah, Tabika Perpaduan, Tabika Kemas, Tadika ? memang tak pernah la terfikir pun nak cari info atau nak tanya sapa-sapa pun masa tu.. bila fikir-fikirkan balik terasa jugak masa alahai teruknya kami sebagai ibubapa.. dan kami terasa jugak semakin teruk bila abg long dah masuk 2 tahun kat salah satu tadika swasta ni.. tapi nampaknya kenal huruf pun tak tau.. pengsan aku bila ingat balik.. aku mula fikir mungkin sebab abg long sendiri jenis budak yang ada masalah dyslexia.. tapi minor la.. nanti la aku cerita pasal dyslexia tu.. lepas tu kami buat keputusan pu...

"Dia r*gol-r*gol saya..."

assalamualaikum semua, alahai payah betul nak menulis sekarang ni...macam-macam halangan ada.... tapi hari ni nak jugak cari kekuatan nak menulis...sebab apa tau? haaa... cuba tengok tajuk tu haa... pengsan tak kalau baca tajuk tu? kalau korang nak pengsan baca tajuk aku lagi la tau... sebab apa tau? yang sebut tu anak aku....diulangi ANAK AKU ....adoiiii la... apa la nak jadi dengan budak-budak sekarang ni ntah...kecut perut ummi kau dengar ni nak oiiii.... nak tau lanjut? ok meh aku cite... ceritanya gini.... semalam waktu balik keja aku ajak la shah singgah Giant beli barang sikit...dalam perjalanan dari dalam kereta tu biasalah kan kami memang akan pimpin anak-anak jalan sampai masuk dalam... dan kebiasanya bagi anak 4 macam kami ni bahagi-bahagi lah siapa nak pimpin siapa... dan biasanya aku akan dukung adik hadi sambil pimpin kakak husna... yang abg ngah dengan abg long terserah pada shah la pulak.. tapi kalau ikut anak-anak semua nak ummi pimpin... ajer rebeh ba...

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu?

Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? assalamualaikum semua, baru - baru ni aku ada buat ujian personaliti.. sebabnya cuma nak tau samaada aku ni termasuk dalam golongan introvert atau extrovert.. mesti ada yang tertanya-tanya kenapa aku nak tau kan? sebenarnya sesaja je nak tau.. ianya lebih kepada penting untuk aku sesuaikan diri dalam apa jua keadaan bila aku dah tau aku ni kategori mana.. dan hasil ujian mendapati aku adalah golongan Ambivert.. Aku golongan Ambivert, apa ambivert tu? Maksud Introvert dan Extrovert apa dia ambivert tu kan? kalau orang yang tak biasa dengan istilah introvert atau extrovert mesti nak tau apa maksudnya kesemua perkataan ni kan? kalau nak tau introvert ni sebenarnya lebih kepada golongan yang suka menyendiri dan tak suka bercampur gaul dengan orang ramai.. mereka selalunya agak tak selesa bila berada dalam kelompok orang ramai atau majlis yang melibatkan orang ramai..mereka jugak orang yang suka berfikir secara mendalam tentang sesuat...